Wednesday, April 16, 2014

Dewan: Terengganu Usahakan Projek Tanaman Nangka Madu, Nanas Secara Komersil

Kerajaan negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan projek penanaman pisang di Kampung Padang Pulut dekat Dungun yang melibatkan 72 peserta, sebaliknya akan menggantikan dengan nanas dan nangka madu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata ini kerana kajian mendapati tanah di kawasan itu tidak lagi sesuai untuk penanaman pisang.

"Memang sebelum projek itu berjalan, satu kajian sudah pun dibuat dan tidak timbul sebarang masalah....malangnya terdapat serangan sejenis bakteria yang menyebabkan tanah itu tidak lagi sesuai untuk tanaman tersebut.

"Jadi, kita akan gantikan pisang kepada nanas dan nangka madu kerana ia lebih sesuai dan telah kenal pasti 200 hektar kawasan untuk penanaman nangka madu dan 200 hektar lagi untuk nanas di beberapa lokasi sesuai termasuk di Kampung Padang Pulut, Dungun," katanya ketika menjawab soalan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) pada persidangan Dewan Negeri semalam.

Nawi berkata walaupun projek penanaman pisang itu gagal, kerajaan negeri telah mengambil pendekatan lain dalam memastikan penduduk dapat menjana pendapatan isi rumah hasil daripada bidang pertanian.

No comments:

Post a Comment