Thursday, April 10, 2014

Empangan - MOA Tubuh JK Penyiasatan Sebelum Laporan Audit 2013 Siri 1


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sudah  mewujudkan satu jawatankuasa penyiasatan bagi menyiasat dan mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat kontraktor yang gagal menepati terma kontrak bagi menyiapkan Projek Empangan Paya Beda di Besut, Terengganu sebelum pun Laporan Audit 2013 Siri 1 dikeluarkan.

"Kami juga telah mewajibkan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat menyiapkan projek itu pada bulan Jun tahun ini dan jika mereka gagal untuk menyiapkannya, denda sebanyak RM50,000 sehari akan dikenakan," katanya.

Setakat ini Projek Empangan Paya Beda telah siap hampir 80 peratus.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin lepas mendedahkan prestasi pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

Menurut laporan itu, kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor menepati terma kontrak.

Laporan itu  mendedahkan prestasi pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

Menurut laporan berkenaan, kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor menepati terma kontrak. Audit yang dilakukan mengesan beberapa kelemahan antaranya pemilihan kontraktor tidak berkelayakan serta berpengalaman selain penggunaan bilangan jentera yang kurang daripada yang ditetapkan.

Pihak terbabit juga gagal menubuhkan Emergency Response Team, kata laporan itu lagi.

Sehubungan itu Ketua Audit Negara mengesyorkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) serta Kementerian Kewangan (MOF) melaksanakan beberapa penambahbaikan antaranya memastikan asas pemilihan kontraktor dibuat secara komprehensif dari segi kewibawaan, kelayakan, keupayaan dan pengalaman.

MOA, perunding dan kontraktor juga hendaklah segera menubuhkan pusat informasi bagi meningkatkan penglibatan serta menyediakan Emergency Response Plan (ERP) yang lengkap, kata laporan itu. MOA juga diminta memantau bilangan loji dan peralatan asas di kawasan pembinaan bagi mengelak kelewatan dalam pembinaan.

No comments:

Post a Comment