Monday, April 7, 2014

Ketua Komuniti Digalak Tubuh Pusat Rehabilitasi - Dr Noor Hisham


Kementerian Kesihatan menggalakkan ketua komuniti menubuhkan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia (PR1M) di kawasan masing-masing bagi membantu mengurangkan kesesakan di hospital dan poliklinik di negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kementerian bersedia menyediakan perkhidmatan kepakaran di PR1M bagi pesakit strok atau angin ahmar, darah tinggi, kencing manis, masalah buah pinggang dan sebagainya.

Katanya, PR1M dibangunkan oleh ketua komuniti dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan namun penubuhan pusat seperti itu bergantung kepada inisiatif ketua komuniti di sesuatu kawasan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PR1M yang pertama negara ini di Seberang Takir dekat sini Ahad.

Turut hadir pada majlis itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah kesihatan negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman.

Dr Noor Hisham berkata kementerian mahu galakkan penubuhan PR1M bukan sahaja di peringkat daerah tetapi juga negeri dan seterusnya hingga ke peringkat kebangsaan.

Beliau berkata ini kerana PR1M adalah satu konsep strategi lautan biru yang bagus kerana mewujudkan kerjasama antara kementerian dengan komuniti setempat.

No comments:

Post a Comment