Sunday, April 6, 2014

Mesyuarat Cawangan Umno Bahagian Kuala Nerus Ikut Kawasan DUN

Persidangan cawangan Umno dalam Bahagian Kuala Nerus akan diadakan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam tempoh seminggu.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Basir Ismail berkata mana-mana cawangan yang mempunyai masalah atau tidak dapat mengadakan mesyuarat boleh mengadakan persidangan 'pada masa kecederaan' iaitu antara 11 Mei hingga 18 Mei.

"Ia bermula dengan DUN Seberang Takir yang mengadakan persidangannya dari 1 April hingga 17 April, diikuti DUN Tepoh (18 April hingga 25 April), DUN Bukit Tunggal (26 April hingga 2 Mei) dan terakhir DUN Teluk Pasu (3 Mei hingga 10 Mei)," katanya pada Persidangan Tahunan Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kuala Nerus semalam.

Majlis dirasmikan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Basir berkata, Umno Bahagian Kuala Nerus mempunyai 118 cawangan dari empat DUN yang layak mengadakan persidangan masng-masing dengan keahlian sebanyak 30,842 orang.

Sementara itu, Ahmad Razif dalam ucapannya berkata persidangan tahunan cawangan Umno Bahagian Kuala Nerus yang dibuat secara berkelompok adalah antara strategi Umno bahagian itu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan anggotanya.

No comments:

Post a Comment