|
Muhyiddin (dua dari kanan) menunjukkan perkataan Iqra' sebagai simbolik
perasmian program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti
Ledang di Johor semalam. Turut kelihatan Mohamed Khaled (dua dari kiri) |
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) dengan memilih Kolej Komuniti sebagai institusi penggerak pelaksanaannya.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, program yang menggabungkan aspek kemahiran dan pendidikan agama mampu melahirkan modal insan dengan imbangan duniawi dan ukhrawi.
"Peringkat awal dahulu, program pendidikan Islam ini telah dimulakan tetapi di tempat-tempat terpilih, namun kita telah buat keputusan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat ini menjadi salah satu dasar nasional," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Kolej Komuniti Ledang di Ledang, semalam.
No comments:
Post a Comment