Sunday, April 6, 2014

Sanggup Kelar, Tikam Ibu Kerana Telefon Pintar Samsung

Berang permintaannya untuk memiliki sebuah telefon pintar jenis Samsung tidak dipenuhi, seorang remaja bertindak di luar batas kemanusiaan apabila mengelar leher dan menikam ibunya dengan pisau sehingga mati di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di Miri semalam.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mayat Marife R. Wong, 42, warga Filipina, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya oleh seorang pelajar yang baru selesai menjalani sesi latihan tenis di kompleks sukan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, wanita yang bekerja sebagai guru tuisyen itu dikatakan menghantar anak lelakinya yang berusia 18 tahun tersebut ke kompleks sukan berkenaan pada pukul 7.30 pagi.

Seorang pelajar yang menemui mayat mangsa, Ericson Mahaeh, 17, berkata, dia melihat mangsa di dalam kereta jenis Hyundai Atos yang diletakkan di hadapan kompleks berkenaan ketika tiba di situ untuk mengikuti sesi latihan tenis pada pukul 8 pagi.

Bagaimanapun katanya, dia tidak menaruh sebarang perasaan curiga kerana melihat mangsa seolah-olah sedang tidur di dalam kereta itu.

No comments:

Post a Comment