SME Corp Malaysia Terengganu menyediakan pinjaman RM2.5 juta di bawah Program Dana Usahawan Belia bagi membantu golongan berkenaan menceburkan diri dalam dunia perniagaan tahun ini.
Pengarahnya, Muhammad Ibrahim berkata, pinjaman yang diperkenalkan sejak Mei tahun lepas bertujuan meringankan beban mereka yang ingin memulakan perniagaan.
"Pinjaman bergeran ini adalah inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai golongan belia menceburkan diri dalam bidang keusahawanan," katanya.
Menurutnya, setakat ini 15 permohonan telah diterima dan tujuh daripadanya sudah diluluskan manakala lapan lagi dalam proses pertimbangan.
Muhammad berkata, hampir 30 peratus pinjaman diberikan kepada usahawan industri pemakanan manakala industri perkayuan, simen dan produk berasaskan gentian (17 peratus), minyak dan gas (14 peratus), tekstil (11 peratus) serta percetakan dan mesin masing-masing tujuh peratus.
"SME juga membantu melahirkan peniaga untuk penjenamaan, pelabelan dan pembungkusan serta mencapai piawaian halal untuk ke pasaran global," katanya.
Selain itu, katanya, usahawan yang baru memulakan perniagaan juga boleh memohon pinjaman di bawah program terbabit.
Muhammad berkata, pinjaman itu melibatkan pembelian peralatan untuk perniagaan, pengubahsuaian dan penyewaan premis.
No comments:
Post a Comment