Monday, April 7, 2014

T-Team Ganti Fabio Flor Dengan Leanero Dos Santos

Pasukan T-Team telah menggantikan pemain pertahanan import dari Brazil Fabio Flor dengan rakan senegaranya Leanero Dos Santos, dalam usaha melonjakkan pasukan itu daripada zon penyingkiran Liga Super musim ini.

Meskipun belum sampai detiknya, T-Team mengorak langkah merombak barisan pemain import serta menambah baik struktur pasukan yang sedia bagi mengharungi cabaran pusingan kedua musim Liga Super.

Selepas 11 perlawanan, T-Team kini menduduki tangga ke-10 daripada 12 pasukan. Bagi mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan, pasukan itu kini dalam keadaan terdesak untuk menguji beberapa calon import baharu sebelum jendela perpindahan pertengahan musim berakhir 22 April ini.


Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh berkata Santos, bekas pemain kelab Bangkok Glass FC dalam liga Thailand, telah menandatangani kontrak bersama T-Team dalam majlis ringkas di sini semalam.

"Dia (Santos) datang ke sini dua hari lepas dan beliau telah berjaya lulus ujian yang ditetapkan oleh T-Team," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Rashid mengakui pasukan berstatus kelab itu terus bergelut dengan pelbagai masalah termasuk barisan pemian import yang kurang menyerlah sehingga tidak begitu selesa menghadapi kempen Liga Super musim ini.

No comments:

Post a Comment