Pemain Sarawak, Mohd. Lot Abu Hassan (kiri) diasak tonggak
import Terengganu, Mario Karlovic pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam tadi |
Pasukan pantai timur itu kini menduduki tangga teratas carta Liga Super selepas mengumpul 20 mata dengan perbezaan satu mata dihadapan pencabar utama Pahang selepas 10 perlawanan.
Terengganu bermula garang apabila Zairo Anuar Zailani membuka jaringan pada minit ke-20. Namun selang lapan minit kemudian, Sarawak menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohamad Rashid Aya.
Skuad Penyu yang mula menguasai perlawanan pada babak kedua perlawanan menggandakan jaringan menerusi import barunya, Moustapha Daco (kanan) pada minit ke-64 sebelum Mohd Nor Farhan Muhammad mengesahkan kemenangannya pada minit ke-68.
Selangor PKNS pula mencatat keputusan seri 1-1 dengan Johor Darul Ta'zim di Stadium Shah Alam. Selangor PKNS membuka jaringan pada minit ke-37 hasil jaringan Patrick Ronaldinho sebelum Mahali Jasuli menyamakan kedudukan pada minit 55.
Sementara itu, pendahulu Liga Perdana, Polis mencatat kemenangan besar selepas membelasah SPA Putrajay.a 7-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Tujuh gol PDRM dijaringkan oleh Ali Ashfaq pada minit ke-21 dan ke-88 , Bobby Gonzales (minit ke-31), Charles Souza Chad (minit ke-66 dan ke-85 ), Mohd Fazilidin Khalid (minit ke-86) dan gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain SPA, Hafiszuan Salehuddin pada minit ke-90.
Sementara gol saguhati SPA dijaringkan oleh A.Puvana Rajah pada minit ke- 71 Felda United turut mengutip tiga mata selepas mengalahkan DRB Hicom 3-1 di Stadium Hang Jebat, Krubong , Melaka.
DRB Hicom membuka jaringan menerusi tendangan Ashadi Mohd Yusoff pada minit ke-37 namun Felda United berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Zah Rahan Krangar dua minit kemudian.
Felda united kemudianya menggandakan jaringan menerusi Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-60 sebelum Zah Rahan Krangar mengesahkan kemenangan pada masa tambahan akhir perlawanan.
Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Negeri Sembilan mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perlis hasil jaringan Kim Jin Ryong pada minit terakhir separuh masa pertama.
Keputusan lain-lain perlawanan, Kedah mengalahkan UiTM 3-1 di Stadium UiTM Shah Alam, Sabah mencatat kemenangan 3-1 keatas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang ( PBAPP) di Stadium Likas, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang pula mengalahkan Johor Darul Ta'zim II 4-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment