Monday, April 14, 2014

Terengganu Gagal Mendahului Liga Perdana, Kalah Mengejut Kepada Sarawak

Penyerang Terengganu, Mohd. Nor Farhan (tengah) dicabar dua pemain Sarawak pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.


Sarawak berjaya menyekat peluang Terengganu untuk menerajui persada Liga Super selepas mengalahkan pasukan Pantai Timur itu 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Jumaat malam.
Keputusan tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan skuad Penyu untuk terus kekal tangga ketiga carta liga Super yang diterajui oleh Pahang.

Sarawak bermula garang apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi jaringan S.Chanturu.

Kesilapan yang dilakukan oleh Junior Eldstal mengundang padah kepada pasukan 'Bujang Senang' apabila pemain tengah itu menjaringkan gol sendiri pada minit ke-38 sebelum Ryan Griffiths mengesahkan kemenangan bagi pasukan pelawat pada minit ke-76.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor, pasukan Johor Darul Ta'zim mengalahkan Selangor PKNS 1-0.

Kesilapan pada barisan pertahanan mengundang padah pasukan Selangor PKNS apabila pemain pertahanan, Mohd Aminuddin Mohd Noor menjaringkan gol sendiri pada minit ketiga.

No comments:

Post a Comment