Tuesday, April 8, 2014

Umno Hulu Terengganu Nilai Prestasi AJK Berdasarkan KPI

Umno bahagian Hulu Terengganu akan menilai anggota jawatankuasa bahagian itu berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama bagi memastikan mereka terus memberi komitmen dan prestasi yang baik.

Ketua bahagian berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata penilaian itu akan dilakukan dari semasa ke semasa.

"Mereka yang dilantik ini saya nasihatkan supaya tidak terlalu selesa dan perlu diingatkan pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan penuh jujur dan amanah," katanya ketika merasmikan persidangan berkelompok Umno Bahagian Hulu Terengganu.


Dalam perkembangan lain, Jailani, yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata Umno bahagian Hulu Terengganu memmperuntukkan RM67,000 kepada 134 cawangannya tahun ini bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar.

Katanya setiap cawangan akan menerima RM500 dan beliau berharap wang itu dapat digunakan untuk mereka mengadakan mesyuarat dalam keadaan lebih selesa.

No comments:

Post a Comment