Wednesday, May 14, 2014

MB, ADUN UMNO Terengganu Jumpa Najib Petang Ini

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Beliau berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan ADUN Umno dijangka bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini untuk membincangkan perkembangan politik di Terengganu.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri, berkata Ahmad Razif yang ditemani beliau dan beberapa Adun lain dijangka membincangkan perkembangan politik dalaman negeri selepas perdana menteri mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata ADUN Bukit Besi, Encik Roslee Daud telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.


Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

No comments:

Post a Comment