Saturday, May 17, 2014

Najib Akan Hadir Kenduri Kahwin Anak Ahmad Said Hari Ini

Datuk Seri Najib Razak yang mengakui kemelut politik Terengganu berlaku kerana salah faham akan menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu di Kemaman hari ini.

Difahamkan beliau akan hadir tengah hari.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata, apa yang berlaku disebabkan salah faham dalam komunikasi antara beliau dengan Datuk Seri Ahmad Said.

"Saya menghargai tindakan beliau (Ahmad Said) kerana meletakkan kepentingan parti melebihi segala-galanya," katanya kelmarin.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional mengulas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal yang untuk kembali bersama Umno.

Kemelut politik negeri berkenaan tercetus apabila permohonan Ahmad untuk menangguhkan proses peralihan kuasa di negeri berkenaan selepas majlis perkahwinan anak perempuannya ditolak.

No comments:

Post a Comment