Saturday, May 17, 2014

Wan Abdul Aziz Galas Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu

Ketua Penolong Pengarah Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu yang baharu menggantikan ACP K. Manoharan.

Manoharan akan mengambil alih tempat Wan Abdul Aziz. Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Supt Md Tahir Kassim akan bertukar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi menyandang yang sama.

Tempat beliau diambil alih Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis, DSP Fajarudin Agos dengan memangku pangkat Penguasa.

Upacara serah terima tugas antara keempat-empat mereka diadakan di IPK Terengganu semalam dengan disaksikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Md Jamil.

Wan Abdul Aziz, 56, yang berasal dari Kota Baharu, Kelantan memberitahu pemberita, buat permulaan beliau perlu menilai beberapa perkara sebelum melaksanakan beberapa perubahan mahupun rancangan bagi memperkukuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu.

Beliau yang telah berkhidmat selama 35 bersama PDRM berazam untuk terus menurunkan indeks jenayah di negeri ini.

 Jamshah pula berkata kehadiran kedua-dua pegawai baharu itu diharap dapat membantu polis Terengganu meneruskan perkhidmatan gemilang dan cemerlang serta melaksanakan rancangan bagi membanteras jenayah.

No comments:

Post a Comment