Monday, July 7, 2014

RMK-11 - Ikut Kemampuan Kerajaan Pusat, Keperluan Kerajaan Negeri


Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) akan dibuat berdasarkan kepada kemampuan kerajaan pusat dan keperluan kerajaan negeri dengan mendahulukan projek yang perlu diberi keutamaan. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan mendapatkan maklumat daripada setiap negeri sebelum rumusan dapat dibuat dalam RMK-11 nanti.

"Saya tidak membuat keputusan serta-merta, tetapi ini merupakan proses yang saya lakukan untuk tiap-tiap negeri dan akan kita kumpul dan kita rumuskan untuk kita lihat kemampuan Kerajaan Pusat melaksanakan apa-apa yang perlu kita lakukan dalam tempoh RMK-11 nanti,'' katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mendengar taklimat pembangunan kerajaan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam beliau berkata setakat ini Perak dan Kedah telahpun beliau lawati untuk mendapatkan maklumat serta keperluan untuk dimasukkan dalam RMK-11 memandangkan RMK-10 akan berakhir tahun depan.

Beliau berkata keutamaan dalam RMK-11 adalah mengikut kehendak kerajaan negeri terlebih dahulu, sebagaimana yang diperlukan kerajaan Terengganu iaitu projek pencegahan banjir di kawasan Kemaman selain meningkatkan taraf ekonomi rakyat di Terengganu.

No comments:

Post a Comment