Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyediakan depoh
utama sebagai persiapan menghadapi kemungkinan berlaku banjir pada musim
tengkujuh.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata
depoh utama berkenaan akan menempatkan barangan keperluan mangsa banjir dan
berperanan sebagai Pusat Bilik Gerakan Operasi Banjir KKLW.
"Dari segi infrastruktur, 13 pangkalan hadapan ditambah untuk menempatkan barangan keperluan seperti tikar, selimut dan pelbagai keperluan lain.
"KKLW sedang melihat keperluan dan bentuk bantuan yang sesuai disalurkan kelak kepada mangsa banjir selain keperluan asas yang sedia ada. Ia akan diteliti dalam mesyuarat Tindakan Simulasi Banjir yang akan diadakan dalam waktu terdekat," katanya kelmarin.
Katanya agensi utama KKLW iaitu Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) juga diberi tanggungjawab sebagai penyelaras setiap negeri.
Ismail Sabri berkata ini untuk memastikan bantuan kepada mangsa dapat diselaraskan secara efektif.
Tambah beliau, KKLW juga akan menyediakan sukarelawan banjir dan melancarkan Tabung Bencana Banjir dalam kalangan warga kerja KKLW untuk meringankan lagi beban mangsa yang terlibat.
Ismail Sabri berkata tahun lepas, KKLW menyalurkan RM4,565,650 peruntukan kepada mangsa banjir dan bagi tahun ini KKLW menyiapkan aset dan menambahkan infrastruktur untuk membantu mangsa banjir.
Sementara anggaran nilai kerosakan akibat banjir di bawah KKLW adalah RM345 juta dan melibatkan 128,514 mangsa, katanya lagi.

bernama.com
No comments:
Post a Comment