Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
"Sebaik-baiknya, pada tahun baru Hijrah ini, PAS dan UMNO menilai semula hubungan mereka. Jangan kerana dendam,kebencian, kepentingan peribadi dan politik, sesama Islam terus berpecah."
Pengarah
Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali –sehari sebelum Maal Hijrah 1437 -
menegaskan PAS tetap tidak akan menjalin kerjasama politik dengan UMNO, juga
Pakatan Harapan.
Sebaliknya,
beliau berkata, PAS hanya akan kekal bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat
(PKR) sahaja.
"Pada
waktu ini, dari segi politiknya kita hanya bekerjasama dengan PKR. Kita tidak
langsung ada kerjasama dengan Pakatan Harapan dan juga UMNO," katanya pada
sidang media selepas pertemuan hampir dua jam antara PAS dan Pertubuhan Pribumi
Perkasa di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam.
Turut
hadir Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim
Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Alhamdulilah,
pertemuan itu setidak-tidaknya antara sebuah NGO ‘Islam’ dan parti ‘Islam’.
Amat nyata
bagi PAS, UMNO tetap musuhnya, apa lagi Amanah.
Kita faham
dengan Amanah – serpihan PAS yang terpaksa berjuang di landasan lain kerana
tidak lagi boleh bersama kepemimpinan PAS selepas Muktamar terakhir parti
berkenaan.
Namun
dengan UMNO, sebagai ‘musuh dan rakan’ yang berada dalam satu pakatan – Barisan
Nasional- pada awal 1970-an, selama mana lagikah PAS merasakan UMNO sebagai
saingan utamanya.
PAS
sebenarnya tidak jelas ‘memusuhi UMNO’ selain saingan mereka dalam pilihan
raya.
Ada
pemimpin PAS yang agak berlembut dan ada yang sampai tak boleh bersua muka.
Apapun
bagi pemimpin PAS, khususnya Mustapa sendiri, kenapa mencari kelainan atau
perbezaan dan tidak kepada persamaan.
Kalau PAS
dan Perkasa sudah tidak boleh duduk bersama lagi dengan DAP, UMNO lagilah.
DAP
dilihat bukan sahaja menentang kepimpinan Melayu dan Islam, sebaliknya
dasar-dasarnya sangat dipersoalkan oleh orang Melayu dan Islam.
Cuma
mungkin UMNO tidak boleh duduk semeja dengan PKR yang dianggap ‘rakan politik’
oleh PAS.
Selain
perkara sedemikian, beberapa perkara ini hendaklah direnungi bersama:
1. PAS
berjuang untuk Islam, UMNO berjuang untuk Islam dan menjamin kedudukannya dalam
Perlembagaan;
2. PAS
berjuang untuk orang Melayu Islam, UMNO juga berjuang untuk kepentingan orang
Melayu Islam;
3. PAS
melindungi bukan Islam, UMNO juga melindungi bukan Islam – melalui UMNO
khususnya di Sabah dan melalui Barisan Nasional secara menyeluruh;
4. PAS mahu
menegakkan syariat Islam, UMNO juga melakukan yang sama;
5. PAS taat
kepada Raja-Raja Melayu, UMNO juga melakukan yang sama dan membentuk Perlembagaan
untuk menjamin kedudukan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu;
6. PAS
mempertahankan Bahasa Melayu, UMNO memperjuang dan menjamin ia menjadi Bahasa
Rasmi negara;
7. PAS
menyokong Perkara 153 Perlembagaan, UMNO membantu merangka dan
mempertahankannya;
Banyak
lagi persamaan yang tidak perlu diperkatakan, jika mahu melihat persamaan.
Yang
membezakan hanya dua tiga perkara membabitkan politik dan kuasa yang jika
dihalusi ia bukanlah suatu perbezaan ketara.
PAS pernah
perintah Kedah dan masih kuat di sana, PAS pernah perintah Perak dan masih kuat
di sana. PAS berusaha kembali memerintah di Terengganu selepas dua kali
berkuasa pada 1959 dan antara 1999- 2004 yang menunjukkan orang Melayu
sebenarnya memberikan undi bergantung kepada keadaan semasa.
UMNO
pernah menang di Kelantan dan kini diperintah oleh PAS. Pada pilihan raua umum
2008, PAS hanya menang dengan satu kerusi dan kelebihan satu undi. Maknanya
tidak jauh perbezaan PAS dengan UMNO.
Di
Selangor, sekiranya PAS memilih UMNO bukan PKR, mungkin suasana politik di
negeri itu akan jauh berbeza.
Di
Kelantan dan Terengganu, ada penyokong PAS dan ada penyokong UMNO dalam satu
rumah. Malah ada suami isteri yang berlainan parti tetapi berkeluarga dengan
aman dan bahagia.
Sebaik-baiknya,
pada tahun baru Hijrah ini, PAS dan UMNO menilai semula hubungan mereka. Jangan
kerana dendam,kebencian, kepentingan peribadi dan politik, sesama Islam terus
berpecah.
Islam
menyuruh kita bersatu dan mengambil persamaan bukan perbezaan berterusan yang
kelak akan merugikan umat Islam.
Bermuhasabah
dan bersatulah umat Islam di Malaysia dan jauhkan kebencian berasaskan
perbezaan yang begitu tipis.
Kita bukan
banyak kelompok dan mazhab seperti di sesetengah negara.
Melayu
Islam di Malaysia adalah pengikut SunnahWaljamaah. Kita tegakkan Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih
dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in. Rasul
kita Muhamad dan hanya Allah yang Satu.
Berdamai
dan carilah persamaan dalam hubungan seharian dan politik kita!
Oleh Hambali Abdul Latiff
No comments:
Post a Comment