Sunday, October 18, 2015

1MDB Sangkal Kenyataan Salah Yang Sengaja Dibangkitkan Semula


Seronok membaca kenyataan 1MDB hari ini: "Jika Pua benar-benar mahukan kebenaran, beliau sepatutnya membiarkan pihak berkuasa meneruskan siasatan mereka dan mengikut setiap proses, membahaskan keputusan tersebut dalam forum yang sewajarnya, seperti Jawatan Kuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Parlimen."

Pua dirujukkan kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Syabas keapada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana memberikan reaksi segera kepada segala pertanyaan dan persoalan yang dikemukakan, khususnya oleh DAP.

1MDB jangan membisu dan reaksi spontan akan menjadikan 1MDB lebih berwibawa dan sedikit sebanyak akan meringankan beban Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Isu 1MDB perlu dijawab oleh 1MDB, bukan orang lain, Pentadbirannya diberikan amanah untuk mentadbir dan mengemukakan pelan rasionalisasinya dengan jelas.

1MDB tidak perlu bertanya apakah DAP dipacu oleh agenda politik?

Memang itulah hasrat dan perjuangannya. Benar apa yang dikatakan oleh 1MDB bahawa DAP mahu menggagal dan menghalang pelaksanaan pelan rasionalisasinya.

Jika itu berjaya bukan 1MDB sahaja yang akan dilihat gagal, malah juga Perdana Menteri dan akhirnya ialah Barisan Nasional (BN).

Malah, 1MDB yang sudah berjanji untuk terus memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menyiasat syarikat itu, perlu menunaikan janji.

1MDB perlu dilihat telus dan berhasrat membersihkan imejnya dan semua pihak yang dilihatkan, khususnya Perdana Menteri.

Hari ini syarikat pelaburan kerajaan (diubah statusnya oleh The Malaysian Insider kepadasyarikat syarat hutang), 1MDB mengulangi matlamat utama pelaburan ekuiti US$1 bilion dalam PetroSaudi International (PSI) adalah untuk mendapatkan 40 peratus pegangan ekuiti, yang telah dicapai.

Semua dana yang dibayar oleh 1MDB adalah mengikut perjanjian-perjanjian yang dilaksanakan dengan sewajarnya dan tertakluk kepada setiap terma undang-undang, bayaran dibuat kepada akaun bank atas arahan PSI.

1MDB berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini untuk menjelaskan lagi mengenai beberapa perkara memandangkan dakwaan lama dan gambaran tertentu maklumat yang dibangkitkan semula Tony Pua  mengelirukan orang ramai.

PSI mengesahkan semua dana yang dipindahkan atas arahannya telah diterima dan tiada lagi baki hutang tertunggak dalam syarikat usaha sama, apabila 1MDB memperoleh pemilikan.

Semua maklumat berhubung pindahan itu, termasuk perjanjian berkaitan yang dilaksanakan dan aliran dana, dibentangkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB.


Pada Jumaat, (16 Oktober 2015), DAP menggesa 1MDB mengesahkan jika ia melanggar peraturan pindahan wang luar negara ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM), susulan pengesahan syarikat itu terhadap minit mesyuarat lembaga pengarah yang didedahkan laman pemberi maklumat Sarawak Report, adalah sahih.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Sarawak Report menyiarkan surat kebenaran BNM kepada 1MDB bertarikh 29 September, 2009, untuk memindahkan dan melabur AS$1 bilion dalam satu usahasama dengan PetroSaudi Development Limited.

Katanya, surat itu memberi kebenaran kepada 1MDB untuk memperoleh 40% daripada 1MDB-PetroSaudi Limited berdasarkan kepada maklumat tertentu yang disediakan 1MDB dalam permohonannya, iaitu termasuk:

* usaha sama itu akan mempunyai gabungan dana ekuiti AS$2.5 bilion untuk digunakan bagi pelaburan dalam pelbagai sektor.

* AS$2.5 bilion itu akan didepositkan ke Banca della Svizzera Italiana SA, Geneva sementara menunggu bakal pelaburan dikenal pasti.

* dana itu akan dipindahkan secara berperingkat untuk memastikan ia mengikut pasaran pertukaran asing.


Tony Pua mendakwa 1MDB secara jelas mengelirukan bank pusat itu dalam permohonannya untuk memindahkan dana AS$1 bilion di luar negara.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata usaha sama itu tidak pernah memperoleh dana AS$2.5 bilion memandangkan PetroSaudi tidak menyuntik sebarang tunai dalam usaha sama itu bagi bahagiannya sebanyak 60%.

Sebaliknya, Tony Pua berkata, PetroSaudi memasukkan asetnya yang didakwa bernilai lebih AS$1.5 bilion, yang kemudiannya dibuktikan satu penipuan atau tidak wujud.

“Malah, AS$1 bilion yang dilaburkan oleh 1MDB juga tidak pernah didepositkan ke Banca della Svizera Italiana SA.

“Sebaliknya, AS$700 juta disalahgunakan secara langsung ke akaun Good Star Limited dengan Coutts Bank, Switzerland yang dikawal Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low,” katanya.

Tony Pua berkata, dana itu juga tidak pernah dipindahkan mengikut bahagian tetapi secara sekali gus dalam 2 akaun berbeza, tidak berapa lama selepas menerima surat BNM.

Beliau lantas menggesa Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk mengesahkan surat BNM itu tulen, sambil menambah ia akan memberikan bukti jelas kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan supaya peguam negara boleh mendakwa pegawai terbabit kerana pecah amanah, salah guna dan menggelapkan wang serta jenayah lain mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan.

Reaksi daripada itu, 1MDB berkata DAP dipacu oleh agenda politik yang bertujuan menggagal dan menghalang pelaksanaan pelan rasionalisasinya.

Mengulas kenyataan DAP yang dikeluarkan itu,  1MDB berkata, ia secara konsisten menyatakan yang jika terdapat sebarang salah laku, tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang.

DAP sedar mengenai perkara ini, kata 1MDB, kerana ahli PAC termasuk AhliParlimen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua.

"Siasatan oleh pihak berkuasa undang-undang adalah forum yang sesuai untuk fakta dan kebenaran ditentukan.

"Oleh itu kami terkejut, DAP seolah-olah berhasrat untuk terus menjadikannya isu umum, didorong oleh apa yang boleh dianggap sebagai pertimbangan agenda politik," katanya.

1MDB berjanji untuk terus memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menyiasat syarikat itu, tambahnya.



Lanjutan penjelasan itu, hari ini, 1MDB berkata, adalah penting untuk menjelaskan bahawa nilai ekuiti keseluruhan dan pelaburan murabahah US$1.83 bilion oleh 1MDB dalam PSI akhirnya meningkat melalui satu siri urus niaga kepada US$2.33 bilion dalam bentuk unit dana setakat 31 Mac, 2014.

"Kami telah menjelaskan, paling terbaru pada 10 Okt, 2015, bagaimana US$1.39 daripada jumlah ini ditebus dalam tunai, meninggalkan baki US$940 juta dalam bentuk unit dana yang akan menjadi sebahagian daripada 'pertukaran hutang kepada aset' dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dari Abu Dhabi," tegas 1MDB.

1MDB turut menjelaskan dakwaan Tony Pua bahawa syarikat itu memerlukan jaminan keluar adalah salah.

Syarikat itu berkata penjualan Edra Global Energy Bhd, digabungkan dengan RM16 bilion 'pertukaran hutang kepada ekuiti' dengan IPIC yang diumumkan sebelum ini dan jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, akan mengurangkan hutang 1MDB sehingga RM42 bilion.

Angka itu tidak termasuk tunai lagi jangkaan ana daripada jualan baki tanah di TRX, Pulau Indah dan di Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment