Friday, November 13, 2015

Apabila Pemimpin PAS yang BEBAL & BODOH Berbicara Mengenai LPT2...


"Menteri Besar kelihatannya seperti mahu memperbodohkan rakyat dengan kenyataan beliau bahawa 70 peratus kemalangan di LPT2 adalah berpunca dari sikap pemandu, ataupun dia dibodohkan dengan perasaan ingin mengelak dari dituduh membazirkan duit rakyat." 
- Mohd Nor Hamzah, Ketua Penerangan PAS Terengganu

Kenyataan BEBAL seorang pemimpin PAS bahawa Menteri Besar Terengganu, ‘Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman 'Memperbodohkan Rakyat’ sebenarnya memberi implasi besar kepada pegawai awam dan kakitangan agensi kerajaan yang diamanahkan berkaitan Lebuh Raya Pantai Timur 2 atau LPT2.

Dalam kenyataannya hari ini (13 November 2016), Ketua Penerangan PAS Terengganu,  Mohd Nor Hamzah mahu berindak bijak tetapi beliau sebenarnya BODOH.

Beliau menuduh Menteri Besar Terengganu itu membuat kenyataan ‘bodoh’ dan ‘menipu rakyat’ apabila mengatakan banyak kejadian kemalangan maut di LPT akibat kecuaian pemandu.

Mohd Nor mempertikaikan kenyataan Razif dengan memetik laporan Utusan Malaysia (akhbar Umno kata Mohd Nor) yang menyebut laporan dari LLM mengatakan ‘lebih separuh daripada 184km LPT2 dibina di atas tanah lembut’ .

Ia menyebabkan berlakunya pemendapan tanah dibanyak tempat di LPT2. Jumlah keseluruhan kos pembinaan LPT2 ialah kira-kira sebanyak RM4 billion, kata laporan itu.

“Bermakna secara matematik mudah, RM2 billion duit rakyat dimendapkan oleh kerja-kerja yang tidak dibuat dengan betul. Hampir sama kesnya dengan kira-kira RM500 juta yang terselam di dasar Sungai Terengganu bagi projek Monsoon Cup. Namun jumlah di LPT2 jauh mendahului.”
 
Itu analogi Mohd Nor, sambil menambah: “Dengan laporan ini juga sekaligus menunjukkan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman kelihatannya seperti mahu memperbodohkan rakyat dengan kenyataan beliau bahawa 70 peratus kemalangan di LPT2 adalah berpunca dari sikap pemandu, ataupun dia dibodohkan dengan perasaan ingin mengelak dari dituduh membazirkan duit rakyat.

Umno dengan wang rakyat, memang sentiasa berkrisis, maka isu medapan di lebih 92km dan berjumlah kira-kira RM2 billion itu, pastinya akan menjadi tugu yang kekal kepada pemerintahannya.”

Soalannya:

1.     Razif tidak membuat kenyataan melulu dan pastinya selepas mendapat penerangan daripada pihak berkuasa LPT2;

2.     Razif juga mendapat input yang baik  sebagai Menteri Besar daripada Jabatan Kerja Raya, termasuk Menteri Kerjaraya dan pegawai berkaitan;

3.     Razif membuat kenyataan sealiran dengan kenyataan yang di buat oleh banyak pihak (lihat di sini, di sini, di sini , di sini dan di sini)


Mohd Nor membuat andaian dan tuduhan hanya melalui laporan berdasarkan kenyataan seorang pegawai LLM dan belum pasti ‘penjelasan’ selanjutnya.

Ternyata Mohd Nor membuat tuduhan semborono untuk mengaitkan belanja pembinaan LPT2 dengan Razif.

Juga persoalan, apakah adil mengaitkan Razif dengan perbelanjaan membina LPT2? Masa siapa tender di keluarkan dan siapa meluluskannya?

Lagipun, sejauh ini apakah ada tangkapan dan dakwaan terhadap ‘pesalah’ yang meluluskan peruntukan dan yang meluluskan penggunaannya?

Semuanya di luar bidang kuasa Razif. Apa yang Mohd Nor dok merepek dan meroyan ni?

Mohd Nor jelas seperti mempertikaikan maklumat yang diberikan kepada Razif apabila mengatakan ‘dia dibodohkan’ sambil menuduh Razif menggunakan maklumat yang diberikan kepadanya untuk mengelak ‘daripada dituduh membazirkan duit rakyat’.

Wahai Mohd Nor-  mati hanya sekali dan janganlah penuhi diri dengan fitnah dan prasangka kejahatan yang amat sangat. Berdosa besar tu….

Ingatlah PAS kini sedang dinilai oleh rakyat dengan perpecahan partinya. Apakah kerana pemimpin seperti ini dalam PAS menyebabkan rakyat semakin menjauhi PAS?

Pegawai kerajaan, pegawai awam dan kakitangan syarikat berkaitan LPT2 sewajarnya tampil memperbetulkan kenyataan Mohd Nor ini.

Bukan demi mempertahankan Razif tetapi mempertahankan diri anda bahawa maklumat yang disalurkan kepada Razif adalah benar bukan ‘memperbodohkan Razif untuk memperbodohkan rakyat’.

Jika berdiam diri tanpa tindakan, bermakna benarlah kata-kata Mohd Nor bahawa ‘Razif memperbodohkan rakyat’ yang mana kenyataan itu dibuat berdasarkan input dan maklumat yang disalurkan oleh penjawat awam dan kakitangan agensi yang berkaitan dengan LPT2.

Juga kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jika benar-benar ikhlas mahu menasihati kerajaan Terengganu, nasihatlah dulu Mohd Nor yang mulut celupar dan tidak tahu dosa pahala apabila membuat tuduhan dan fitnah yang jelas ‘syaitan dan iblis’ menebal dalam dirinya.

Amat nyata dalam kes ini,  Mohd Nor ini bukan manusia berdarah merah seperti Allah kurniakan tetapi berdarah hijau karat yang penuh dengan dendam kesumat!


Beristighfarlah Mohd Nor banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment