Thursday, November 12, 2015

Ugutan Hanya ‘Modal Lama & Hawaii 5-0 Siri Kedua’ Husam?


"Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, insya Allah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan." 
- Datuk Husam Musa

Melalui Facebook Dato Husam Musa, ada banyak komen mengenai kenyataan bekas Naib Presiden PAS itu yang mengatakan dia menerima ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas.

Ia dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

Ada memberikan semangat dan tidak kurang yang mengutuknya.

Walaupun sudah buat repot polis ada mengatakan kenyataan ini bagaikan pusingan seterusnya drama Husam dan ‘modal lama’.


Sekadar memetik beberapa komen negatif terhadap Husam:

Pak Zat anggap cerita terbaru Husam ini sebagai modal lama apabila berkata ‘modal lamo dato sam wehhh..modal lamo..’ Iskandar Ibrahim pula dalam komennya berkata : “Hahahaaa perangai pn jd mcm umno doh pulok mu huse..... buat2 crito”

Ada pula menganggap apa yang dikatakan sebafai taktik lapok. Fairuzk Mubarak membuat komen: “Taktik lapok lar... Cr citer lain lar... Kalu sms tu sng sgt nk trace... Dlm masa seminggu kalau x jumpa jugak sape yg antor, datok mmg pembohong... dan  Zakaria Din Muhamad bertanya, Drama Hawaii 5-o siri kedua ko dato?”

Namun ramai yang bersimpati dan memberikan semangat umpamanya Mohd Kamal Mohd Rathi berkata, “Molek kalau ugut nak bunuh Alvin Tan yg hina Islam & Al Quran...Kalau setakat kritik kepimpinan Pas, kemudian terima ugutan bunuh, tak munasabah & tak matang langsung politik mcm ni...”

Sementara Mat Aken
 berpendapat: “mungkin bukan sebab kritik kepimpinan Pas, tapi apabila kelulusan tebang habis disiasat semula ataupun ditarik balik, ade pihak yang mungkin rugi/tidak dapat keuntungan yang sepatutnya/menjejaskan sumber pendapatan mereka. Siapa yang dengan mudahnya ade no isteri YB selain daripada orang yang terdekat ataupun orang yang memang mengenali YB serta isterinya.”

Husam seperti ditulis pada Facebooknya hari ini berkata dia menerima ugutan daripada seorang lelaki melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit isterinya Isnin lepas dipercayai susulan tegurannya kepada kerajaan negeri.

"Ugutan seorang lelaki yang tidak dikenali diterima melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) menerusi telefon isteri saya pada petang Isnin lalu, 9 November.

"Ugutan itu ditujukan kepada saya," kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husam berkata, beliau membuat laporan polis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan Kota Baru pada hari yang sama bersama isterinya.

Seorang penama Wan Aqsa yang membuat komen di wall FC Husam seakan meragui laporan dibuat oleh Husam apabila berkata: “Dato..boleh tak kami nak tengok surat report bertarikh 9 november 2015..kami nk baca isi kandungan report..”
  
Husam nampaknya tetap berteori bahawa berdasarkan kandungan pesanan SMS, saya berat mengagak teguran kepada kerajaan negeri punca ugutan itu dibuat.

"Daripada 6 teguran utama saya, 3 adalah berkaitan pembalakan dan ladang,  khususnya kelulusan hutan simpan kekal untuk tujuan perladangan.

 "Berdasarkan temubual persendirian saya, jika saya ditanya suspek utama, saya katakan perlukan siasatan pembalak yang ada kepentingan dengan kelulusan tebang habis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, walaupun beliau bimbang dengan ugutan itu namun akan meneruskan tugasnya.

"Sungguh pun saya merasa gentar akan keselamatan saya dan keluarga, insya Allah saya tidak akan berganjak dari tugas saya membuat teguran yang benar mengikut hemat dan pegangan perjuangan saya, hatta jika nyawa saya menjadi taruhan," kata Husam lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kerajaan negeri mempertimbangkan tegurannya mengenai isu yang dibangkitkan bagi mengelak pertikaian berlanjutan khususnya kelulusan kawasan hutan simpan yang baru.

"Saya berharap kerajaan negeri menimbangkan teguran saya dengan saksama bagi mengelakkan pertikaian yang berlanjutan, khusus bagi kelulusan kawasan hutan simpan yang baru, sekalipun atas alasan sambungan kepada kelulusan dasar yang lama.

"Saya juga berharap pihak keselamatan menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh demi mengelakkan provokasi dan kejadian yang lebih buruk," katanya.

Malaysiakini melaporkan 11 November lalu, ketika ketegangan Husam dan PAS, anggota keluarga bekas naib presiden PAS itu didakwa menerima ugutan bunuh.

Bekas rakan seperjuangannya dalam PAS sebelum ini, Salahuddin Ayub berkata beliau dimaklumkan oleh Husam bahawa kejadian berlaku dua hari lalu (9 November 2015).

Salahuddin, yang kini berada di Kelantan, berkata ugutan itu dibuat melalui SMS dan laporan polis sudah dibuat pada hari yang sama.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung sebab ugutan itu dibuat selain enggan menuduh mana-mana pihak.

“Dalam keadaan tegang sebegini (antara PAS dan AMANAH) saya tidak boleh membuat sebarang kenyataan,” kata bekas naib presiden PAS itu yang kini pemimpin nombor dua Parti Amanah Negara (AMANAH).

Apapun kisahnya, malam esok, Husam akan turut ditanya mengenai perkara ini pada satu majlis untuk mengumumkan sama ada dia akan terus bersama PAS atau sebaliknya.

Bagi Husam, "Allah sebaik Penolong dan Pelindung. Kepada-Nya saya bertawakal.”

No comments:

Post a Comment