"Kita berpengalaman dua tiga kali menghadapi banjir besar. Tahun lepas Terengganu telah dinobatkan negeri paling bagus dalam pengurusan banjir, jadi kita kekalkan dan pastikan pengurusan tahun ini akan lebih baik."
- Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
Kerajaan
negeri Terengganu menyediakan pelbagai persiapan rapi untuk menghadapi musim
tengkujuh dan bencana banjir yang boleh melanda negeri itu pada bila-bila masa
sahaja bermula sekarang.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata simulasi banjir telah diadakan di lokasi-lokasi yang biasa berlaku bencana itu selain manual tindakan dikeluarkan kepada jentera pengurusan banjir di daerah.
"Kita berpengalaman dua tiga kali menghadapi banjir besar. Tahun lepas Terengganu telah dinobatkan negeri paling bagus dalam pengurusan banjir, jadi kita kekalkan dan pastikan pengurusan tahun ini akan lebih baik," katanya.
Ahmad Razif, yang ditemui pemberita di Karnival Pesona Terengganu 2015 di Dataran Dewan Bandrajaya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuala Lumpur semalam, berkata pelbagai tindakan jangka pendek seperti membina penebat banjir di seluruh negeri telahpun dilaksanakan dengan kos kira-kira RM300 juta.
Menurut Jabatan
Meterologi Malaysia angin monsun timur laut atau lebih dikenali sebagai musim
tengkujuh dijangka bermula awal minggu pertama bulan depan dan berakhir pada
Mac tahun depan.
Dengan
bermula musim tengkujuh, negara dijangka mengalami sekitar empat episod hujan
lebat yang menyeluruh selama tiga hingga lima hari yang boleh mengakibatkan
banjir.
Negeri Pantai Timur dijangka mengalami banjir pada bulan November ini hingga Januari tahun depan dan di barat Sarawak mulai Januari hingga Februari tahun depan.
Negeri Pantai Timur dijangka mengalami banjir pada bulan November ini hingga Januari tahun depan dan di barat Sarawak mulai Januari hingga Februari tahun depan.
Ketua
Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata kelmarin,
bagamanapun, risiko beberapa negeri mengalami bencana banjir besar ekstrem dan
hujan lebat dijangka akan berkurang dengan kehadiran fenomena El Nino
berintensiti kuat ketika ini," katanya kepada Bernama.
Che Gayah berkata fenomena El Nino dijangka akan dapat mengurangkan risiko hujan lebat dan banjir besar ekstrem seperti yang dialami semasa musim tengkujuh tahun lepas.
Che Gayah berkata fenomena El Nino dijangka akan dapat mengurangkan risiko hujan lebat dan banjir besar ekstrem seperti yang dialami semasa musim tengkujuh tahun lepas.
Setakat
hari ini, Jabatan Metrologi telah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning
di Kelantan dan Terengganu dan menjangkakan keadaan akan berterusan sehingga
Selasa depan.
Amaran hujan lebat peringkat kuning merupakan hujan lebat dalam tempoh satu hingga tiga hari.
Amaran hujan lebat peringkat kuning merupakan hujan lebat dalam tempoh satu hingga tiga hari.
Sementara
itu, Ahmad Razif berkata, sebanyak 521 pusat pemindahan banjir dan 162
Pangkalan Hadapan Banjir turut disediakan dan dilengkapi bekalan makanan serta
kelengkapan lain termasuk bot.
Katanya sebanyak 100,000 anggota sukarelawan juga telah bersiap siaga untuk dikerah pada bila-bila masa bagi membantu mangsa banjir.
"Kita juga telah terima bajet untuk selesaikan isu banjir di Kemaman lebih kurang RM400,000 dan projek ini akan dilaksanakan awal tahun hadapan," katanya.
Sumber – Bernama

No comments:
Post a Comment