Monday, May 30, 2016

Kakitangan Kemas Terengganu DiLantik Tetap 1 Julai

Seramai 1,106 daripada 3,000 kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Terengganu bakal diserapkan ke jawatan tetap.1 Julai depan.

Mereka ini kumpulanyang berada dalam lantikan kontrak dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun, 
 "
Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Dr. Faridah Mat berkata, ia selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2016 bagi menghargai perkhidmatan awam atas segala sumbangan serta khidmat bakti kepada negara.

"Di Terengganu kini terdapat hampir 3000 orang kakitangan KEMAS. Sekarang ini, 1106 yang cukup syarat kelayakan untuk memohon ke jawatan tetap.

Kita bagi peluang kepada mereka mulai 1 Julai 2016 nanti akan kuatkuasa daripada skim kotrak kepada skim tetap,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program “Wihdatul Fikri” dan Sambutan Hari Pendidik KEMAS Negeri Terengganu 2016 di Primula Beach Hotel, semalam.

Seramai 1300 kakitangan KEMAS yang terlibat dalam bidang jahitan, masakan, pendidikian awal kanak-kanak dan sulaman dirai pada majlis tersebut. (teganukita).


1 comment:

  1. Fast cash offer for you today at just 3% interest rate, both long and short term cash of all amounts and currencies, no collateral required. Apply now for your instant approval financialserviceoffer876@gmail.com WhatsApp +918929509036

    ReplyDelete