Harapkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional
(BN) dari UMNO buka mulut?
Tidak akan sekali-sekali.
Jauh sekali Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri atau Exco.
Mahu cari nahas? Silap-silap hilang jawatan sekiranya
mengkritik kepimpinan negeri atau Perdana Menteri.
Anehnya, ADUN PAS pun tidak buka mulut. Tidak tahu isu atau
sengaja!
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat jelas
bagai hilang arah sementara yang lain nampaknya tidak fokus.
ADUN Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya tumpukan
soal mahu jadi ‘penasihat’ dan tidak mahu masuk campur hal ehwal UMNO.
Dalam keadaan sekarang, isu yang disebut Hadi itu tidak
relevan tetapi isu membabitkan masa depan rakyat Terengganu yang lebih penting,
tidak disuarakan.
Hadi seolah-oleh mahu ‘membebaskan’ dirinya kononnya tidak
mahu terlibat langsung dengan kepentingan rakyat Terengganu.
Apakah apabila menyebut isu mengenai kepentingan rakyat, lebih-lebih
‘Rahsia Besar’ ia suatu bidaah, fitnah atau ‘membuka aib orang lain’?
Syed Azman (paling kanan) membuat laporan terhadap Ahmad Said |
Selain itu agak pelik apabila ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman
Syed Nawawi bagaikan sedang ‘berpantang untuk mengkritik atau menyatakan
sesuatu’ dalam isu penting di Terengganu ketika ini.
Syed Azman sebelum ini adalah yang aktif mengkritik
kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said, sama ada melalui repot polis, repot
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau juga pada persidangan DUN.
Pelbagai isu ditimbulkan termasuk isu pakaian sekolah,
kilang mengeluarkan laptop, isu bijih dan sebagainya.
Malah, Syed Azman digelar ‘pembohong bersirti’ oleh Ahmad
Said kerana gelagat dan kritikannya itu.
Namun sekarang Syed Azman menyepi. Kenapa?
Di kalangan ADUN PAS, Syed Azman dilihat ‘paling bijak’,
bukan sahaja kerana memiliki ijazah PhD tetapi hujah-hujahnya berfakta.
Namun kini Syed Azman hanyut dan tidak lagi menyuarakan
pandangannya dalam isu semasa Terengganu, termasuk isu penarikan pingat
kebesaran terhadap menteri Besar Terengganu.
Malah, Dr Syed Azman bagaikan ‘layu’ dan apakah kerana
beliau kini sedang cuba beralih angin untuk berjuang dengan ‘team’ lain?
Azan Ismail (tengah) pada satu sidang media di Kuala Terengganu. |
Yang tinggal hanya ADUN tunggal dari parti PKR, iaitu ADUN
Bandar, Azam Ismail.
Dia banyak tahu malah mungkin sedang menyiapkan ‘peluru’
untuk menyerang. Azan, walau bersaorangan dilihat mampu mengemukakan pendapat
bernasnya.
Apakah bentuk serangannya selepas ini?
Dia dilihat rapat dengan pemimpin UMNO berbanding PAS.
Juga dia dilihat seiring dengan Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul
Bahrin Shah Raja Ahmad
Dia juga dilihat rapat dengan Ahmad Said. Apakah strategi
Azam di Terengganu, dalam keadaan politik negeri yang sedang tidak stabil
ketika ini.
Pemimpin UMNO marah jika disebut politik Terengganu
sedang bergolak, namun pembangkang dan penganalisis melihatnya berlainan.
Ramai yang mungkin mengetahui ‘rahsia besar’ di sebalik
perlucutan pingat Ahmad Razif oleh Sultan Terengganu, namun tiada yang berani
mendedahkannya kepada umum.
‘Rahsia Besar’ ini akan menentukan masa depan negeri dan
rakyat Terengganu yang pastinya jika meletup akan menyebabkan krisis politik
yang lebih teruk daripada usul ADUN Kijal meminta Menteri Besar meletakkan
jawatan pada persidangan DUN lalu.
Apakah Azan atau Tengku Bahrin akan melakukannya?
Atau Ahmad Said yang tidak boleh dibaca pergerakannya akan
membuka ‘pekung UMNO Terengganu’ yang cuba diselindungkan oleh sebilangan
pemimpin UMNO Terengganu?
No comments:
Post a Comment