Dengar pada cakap PAS Terengganu yang berdegar-degar selama ini kononnya ia kuat. Namun
realitinya berlainan.
Pada Muktamar
Tahunan PAS kali ke-62 di Pengkalan Chepa hari ini, perwakilan Terengganu menyatakan kebimbangannya mengenai sokongan rakyat negeri ini terhadapnya.
Perwakilan Terengganu itu meminta supaya PAS
bersungguh-sungguh untuk menubuhkan blok ketiga pembangkang bagi menghadapi
pilihan raya akan datang.
Malah, Dr Alias Razak berkata, blok
ketiga itu tidak hanya di tulis di atas kertas semata-mata sebaliknya ia perlu
dilaksanakan di semua peringkat parti.
Katanya, blok ketiga itu juga penting bagi memastikan PAS
dapat menarik kembali pengundi selepas kegagalan parti Islam itu bersama
Pakatan Rakyat.
"Selepas berpisah dengan Pakatan Rakyat, kita akui
perpisahan ini menyebabkan kita kehilangan pengundi. Kita harap PAS dapat
bersungguh-sungguh kerana ini peluang terbaik untuk tarik pengundi golongan
atas pagar.
"Kita kena sungguh-sungguh supaya blok ketiga ini
dapat tenggelamkan Pakatan Harapan kerana mereka pesaing kita sekarang
ini," katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden PAS.
PAS membentuk blok baru pembangkang pada Mac lalu bersama
Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Kerjasama itu dilakukan bagi membuka ruang ke arah
pembinaan kumpulan persefahaman yang lebih tersusun dan diharapkan setanding
Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
PAS bersama PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat
menjelang pilihan raya umum ke-13 namun ia berkubur selepas mengalami masalah
sesama parti.
No comments:
Post a Comment