Wednesday, June 1, 2016

Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada Ahmad Razif???


Tak betul tu. Lebih buruk kaitkan dengan Istana Terengganu.dan Sultan Terengganu.

Entah dari mana sumber. Lebih teruk yang dikaitkan dengan laporan berita yang diviralkan hari ini, sekali lagi tidak lain dan tidak bukan iaitu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
 
Bukan setakat itu sahaja, penulis berita juga dikatakan Ketua Biro BERNAMA Terengganu, Zalina Maizan Ngah.

Hebat orang yang melakukan kerja ini. Namun kenapa BERNAMA dijadikan sasaran, pelik juga ya?

Sudahlah yang sebelum ini belum selesai dan terbaru ini sewajarnya disiasat segera.

Sebelum ini BERNAMA  turut dikaitkan dengan berita palsu lain seperti berikut:

1.  Pada 11 Mac lalu, Zalina Maizan membuat laporan polis berkaitan artikel bertajuk 'Rosli Sedia Jadi Penggerak Puteri Umno Terengganu' dan pada 20 April lalu, laporan polis kali kedua dibuat berkaitan artikel 'Pas Terengganu Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri'. 

2.  Beliau sekali lagi membuat laporan polis pada 4 Mei berhubung artikel yang bertajuk 'Umno Terengganu Berdepan Laluan Sukar Hadapi Pilihan Raya-Veteran', pada 16 Mei mengenai berita bertajuk 'Najib Tangguh Lawatan Rasmi ke Terengganu' dan "SKMM Tahan Empat Individu Kes Sebar Berita Palsu.'

Mengenai berita terbaru ini,  Zalina Maizan menafikan ada mengeluarkan berita membabitkan istana dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman yang disebarkan menerusi aplikasi WhatApps hari ini.     

Katanya,  ada pihak tidak bertanggungjawab menulis berita palsu bertajuk 'Sultan Mizan Kembalikan Darjah Kebesaran Kepada MB Terengganu'.    

"Kali ini penulis ini bukan sahaja menjadikan sebagai sumber malah meletakkan nama saya sebagai individu yang menulis. Lebih teruk, ada kenyataan dikatakan daripada pihak istana yang mengaitkan Sultan Mizan Zainal Abidin.    

"Saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat mengesan individu ini secepat mungkin," katanya ketika dihubungi.    

Menurut Zalina Maizan, beliau terkejut ketika dimaklumkan mengenai penyebaran berita palsu tersebut kerana beliau kini berada di Kota Baharu, Kelantan untuk membuat liputan sidang Muktamar Dewan Muslimat Pas.

Katanya setelah meneliti berita tersebut, beliau memaklumkan kepada pihak atasan BERNAMA  dan kemudiannya membuat laporan kepada SKMM selain akan membuat laporan polis selepas ini.    

"Disebabkan itu saya membuat penafian ini bagi menjernihkan keadaan dan menjaga nama baik Bernama yang sentiasa mematuhi etika kewartawanan," katanya.    

No comments:

Post a Comment