Saturday, June 4, 2016

Kritik KPU - mykmu.net Campur Tangan Hal Ehwal Politik Terengganu?


Blog pro-UMNO yang dikatakan rapat dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) membidas Ketua Pemuda UMNO Terengganu dengan menganggap ‘beliau sebagai gagal berfungsi’.

Blog itu kini dilihat sedang mencampuri urusan politik UMNO negeri Terengganu dengan hujahnya yang dilihat mempunyai ada unsur ‘pukul anak, sindir menantu’.

Apakah komentar dan kritikan bertajuk “Adakah Ketua Pemuda Terengganu Gagal Berfungsi?” yang disiarkan pada semalam (3 Jun 2016) itu sebagai kritikan tidak langsung kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia?

Menurut mykmu.net, Ketua Pemuda UMNO Terengganu yang juga Ketua Pemuda Hulu Terengganu itu hanya mampu bergoyang kaki dan tersenyum “bodek” apabila berlaku sesuatu krisis.

Beliau dikatakan menyerahkan bulat-bulat setiap masalah dan krisis yang berlaku kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman untuk mencari jalan penyelesaian.

Beliau disifatkan sebagai tidak bergerak secara aktif dalam mempertahankan ketuanya baik di peringkat negeri mahupun pusat. Setiap kali berlaku isu yang membabitkan pemuda mahupun ketuanya, beliau hanya mampu berdiam diri.

Timbulnya beliau hanya setelah isu kembali reda dan tangan ketuanya dicium rapat di hidung sebagai tanda taat setia.

“Apakah ini sahaja yang mampu Johari (Johari Abu Bakar) lakukan? Negeri Terengganu memerlukan seorang ketua di kalangan pemuda yang lebih agresif, berfikiran jauh dan mampu membuat kerja, “ kata mykmu.net.


Berikutan itu, mykmu.net mahu UMNO Perhubungan Negeri Terengganu mengambil keputusan yang sebaik mungkin untuk mengambil hati pemuda dan belia kembali bagi menghadapi PRU yang akan datang di mana hampir 50 peratus pengundi adalah di kalangan belia.

Johari turut dianggap sebagai  seorang ketua pemuda yang langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua dan orang utama sayap UMNO, khususnya  dalam menenangkan isu-isu yang berlaku di kalangan belia amnya dan Pemuda UMNO khususnya.

“Meneliti kembali aktiviti KPUNT sejak dilantik, beliau tidak memainkan peranannya secara aktif dalam parti tersebut melainkan “menyambung” legasi ketua-ketua sebelumnya dan mengambil alih program-program yang diaturkan oleh ketua pemuda UMNO Bahagian yang lain,” kata kmu.net.

Beliau juga dituduh tidak mempunyai idea yang bernas dan karisma yang begitu menonjol apabila isu-isu begini tidak berjaya diselesaikan olehnya selaku ketua.

Berikutan itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin diminta menilai kembali bagaimana Johari melakukan kerja dalam memantapkan kedudukan UMNO di kalangan belia di Terengganu.

Nasib kaulah Johari...



Yang lain, baca komen mykmu.net mengenai Ketua Pemuda UMNO Terengganu tersebut:


(3 Jun 2016)

Kemelut yang berlaku di kalangan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dilihat semakin parah apabila banyak pihak mula memainkan isu tersebut di laman media sosial.

Walaupun berlaku sedikit tsunami kecil di Kemaman, namun Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu (KPUNT) hanya mampu membuat ucapan tahniah di atas pengiktirafan Menteri Besar Terengganu terhadap golongan belia.

Amat menyedihkan apabila seorang ketua pemuda langsung tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua dan orang utama sayap UMNO dalam menenangkan isu-isu yang berlaku di kalangan belia amnya dan Pemuda UMNO khususnya.

Apabila meneliti kembali aktiviti KPUNT sejak dilantik, beliau tidak memainkan peranannya secara aktif dalam parti tersebut melainkan “menyambung” legasi ketua-ketua sebelumnya dan mengambil alih program-program yang diaturkan oleh ketua pemuda UMNO Bahagian yang lain.

Ini sekaligus membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai idea yang bernas dan karisma yang begitu menonjol apabila isu-isu begini tidak berjaya diselesaikan olehnya selaku ketua.

Selain itu, beliau nampaknya hanya mampu bergoyang kaki dan tersenyum “bodek” apabila berlaku sesuatu krisis dan menyerahkan bulat-bulat setiap masalah dan krisis yang berlaku kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman untuk mencari jalan penyelesaian.

Dua hari lalu, Ahmad Razif selaku menteri besar telah membuktikan ketegasan beliau dalam mentadbir negeri dengan memansuhkan semua kluster yang diwujudkan olehnya pada September 2014.

Adakah Ahmad Razif perlu melakukan perubahan juga di dalam sayap-sayap Perhubungan UMNO Negeri Terengganu bagi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pengerusi dan persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang ke-14?

Jika ucapan tahniah melalui Facebook sahaja yang mampu beliau lakukan selain melaungkan Transformasi Terengganu Baharu dan Hidup UMNO di hadapan ketuanya dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang lain, ini membuktikan beliau seorang ketua yang lemah.

Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia perlu menilai kembali bagaimana beliau melakukan kerja dalam memantapkan kedudukan UMNO di kalangan belia di Terengganu.

Sebelum ini, beliau memang tidak bergerak secara aktif dalam mempertahankan ketuanya baik di peringkat negeri mahupun pusat. Setiap kali berlaku isu yang membabitkan pemuda mahupun ketuanya, beliau hanya mampu berdiam diri.

Timbulnya beliau hanya setelah isu kembali reda dan tangan ketuanya dicium rapat di hidung sebagai tanda taat setia.

Namun,adakah ini sahaja yang mampu Johari lakukan? Negeri Terengganu memerlukan seorang ketua di kalangan pemuda yang lebih agresif, berfikiran jauh dan mampu membuat kerja.

UMNO Perhubungan Negeri Terengganu perlu mengambil keputusan yang sebaik mungkin untuk mengambil hati pemuda dan belia kembali bagi menghadapi PRU yang akan datang di mana kita ketahui, hampir 50 peratus pengundi adalah di kalangan belia.

No comments:

Post a Comment