Pasukan Felda United berharap dapat memusnahkan harapan
Terengganu yang dua kali tewas dalam perlawanan awal sebelum ini pada aksi
kedua Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka,
malam ini.
Ketua Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim amat mengharapkan
pemainnya dapat memberi lebih tekanan kepada Terengganu dengan sedikit kelebihan
kepada mereka.
Kekalahan dua kali Terengganu sebelum ini memang
menjejaskan pasukannya di mana Ahad lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu
(PBSNT) mengambil keputusan merehatkan ketua jurulatihnya serta merta selepas
prestasi Terengganu merudum berikutan kekalahan 1-2 kepada Melaka (Piala
Malaysia) dan 1-6 ke atas Kelantan (Liga Super).
Jika prestasi Sang Penyu tidak meningkat, apa lagi jika
terus merudum, amatlah wajar wajar jika dikenakan tindakan seterusnya dikenakan
kepada Sang Penyu melalui PBSNT.
Menteri Besar semalam memberi amaran, tindakan seperti
mengurangkan peruntukan mungkin dikenakan kepada PBSNT, jika pasukan Sang Penyu
terus merudum.
Perlawanan malam ini dengan Felda United di Stadium Tun
Abdul Razak, Jengka akan menampilkan aksi sebenar mereka selepas jurulatih
utamanya, Mike Mulvey direhatkan mulai perlawanan ini.
Penggendali sementara Terengganu, Mustafa Kamal
Abdul Wahab mahu pemainnya memberi fokus kepada pertemuan dengan Felda United itu
tanpa memikirkan isu-isu yang melanda pasukan itu sebelum ini.
Kini tugas yang dipikul oleh Mustafa Kamal yang juga
bekas pemain Terengganu, akan memberikan signal
sama ada ia bertambah baik atau sebaliknya.
Tidak wajar terus menghukum dengan keputusan perlawanan
malam ini tetapi sedikit sebanyak dapat dikesan dimana puncanya.
Akdi Sang Penyu ketika menentang Kelantan. |
Menurut Mustafa Kamal, dia akan melakukan sedikit
perubahan menggunakan acuannya sendiri dengan mempertaruhkan gandingan pemain
tempatan dan import pasukan sedia ada.
“Saya sedar lawan (Felda United) ketika ini memiliki moral
tinggi dan mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri, namun ia bukan
sesuatu yang mustahil buat kami untuk menundukkan mereka sekiranya pemain turun
dengan semangat tinggi dan juga kerja keras sepanjang perlawanan.
Benar juga kata-katanya,
adalah lebih baik untuk skuad itu tidak memikirkan mengenai isu tersebut
yang mampu menjejaskan tumpuan mereka dalam memburu kemenangan.
“Justeru, saya
harap pemain dapat memberikan komitmen terbaik mereka selain kekal fokus dengan
setiap ancaman yang diberikan dengan memastikan pasukan tidak terus mengalami
kekalahan,” katanya.
Irfan pula amat berharap pemain-pemain dapat beri lebih
tekanan buat mereka memandangkan mereka berada dalam situasi terumbang-ambing
buat masa ini.
“Tetapi saya tidak mahu mereka berasa terlalu selesa dan
memandang rendah pihak lawan. "Saya percaya daripada dua kekalahan awal,
pihak lawan akan berusaha sedaya upaya untuk bangkit dan mendapatkan kemenangan
pertama,” ujarnya.
Diminta mengulas mengenai prestasi Fakhri Saarani yang baru
dipinjamkan dari Kedah, Irfan menyifatkan keserasiannya bersama pemain Felda
sudah mula terserlah.
“Fakhri baru empat hari bersama kami, tetapi dia sudah
dapat menyesuaikan diri di sini.
"Saya percaya prestasinya bersama pasukan ini dapat
di tingkat dari semasa ke semasa,” katanya.
Satu lagi pasukan Terengganu, T-Team akan bertemu Kedah
di laman sendiri selepas seri 2 – 2 dengan JDT II pada 12 Julai
lalu.
No comments:
Post a Comment