"Dengan mempertimbangkan semula rayuan yang dibuat orang ramai, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada PLUS dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk mengkaji semula kadar tol itu."
- Ahmad Razif Abdul Rahman
Oleh Hambali Abdul
Latiff
Apabila ada bantahan dan rayuan dibuat oleh blog ini ( di sini, di sini dan di sini) serta beberapa pemimpin politik, khususnya daripada PAS dan AMANAH, mengenai isu tol di Lebuh
Raya Pantai Timur LPT2, ramai di Terengganu yang menyinga tidak tentu pasal.
Menuduh kononnya mereka yang membuat kenyataan berhubung
isu tol di LPT2, sebagai menentang kerajaan dan tidak bersyukur.
Malah, blog ini dikatakan ‘susah beralih arah’ kerana
menimbulkan isu ini – sedangkan ia masalah rakyat dan cabaran kepada kepimpinan dan integriti kerajaan
negeri.
Ada pula menuduh mereka yang membincangkan isu ini di
Facebook sebagai cuba menganggu gugat kepimpinan Barisan Nasional dan UMNO
negeri.
Lebih jauh, ada yang mengatakan isu ini sengaja dikaitkan
dengan usaha ‘menyingkirkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman’.
Ternyata, semua yang berfikiran atau membuat kenyataan
sedemikian adalah pembodek dan tidak memahami naluri rakyat.
Isu rakyat melangkaui isu pemimpin, parti atau juga sesebuah kerajaan. BN dan UMNO adalah 'pelindung rakyat' dan jangan buat 'lembu kenyang' terhadap isu seperti ini.
Sepatutnya janganlah kita pula yang turut menjadi ‘hantu’
dalam isu LPT2 dan tol ini kerana perbuatan itu akan mendatangkan kemarahan
rakyat dan kesannya kelak terpercik kepada parti dan kerajaan.
Soalannya, kenapa tiada pemimpin BN atau UMNO
menyatakan isu tol ini? Kenapa mereka membisu
dan menyepi?
Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Ahmad
Razif kerana hari ini secata terbuka mengambil pendangan rakyat dengan mengatakan ‘kerajaan negeri akan
mengemukakan rayuan kepada PLUS Malaysia Berhad bagi mengurangkan kadar
tol LPT2’.
"Dengan mempertimbangkan semula rayuan yang dibuat
orang ramai, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Plus dan Lembaga
Lebuhraya Malaysia untuk mengkaji semula kadar tol itu sehingga infrastruktur
dan perkhidmatan ini sedia digunakan," katanya hari ini.
Amat nyata Menteri Besar membuat pendirian ini
berdasarkan pandangan orang ramai. Siapa yang mengemukakan pandangan itu?
Pemimpin UMNO negeri? NGO negeri?
Rujukkan kepada laporan media, terutamanya di media
perdana, mana ada suara pemimpin UMNO. Kalau ada pun ia akan berbunyi tol LPT2 ‘tidak
membebankan rakyat’ atau ia relevan.
Sedangkan isu LPT2 dan tol ini akan digunakan oleh
pembangkang untuk kempen pilihan raya umum akan datang. Jika tidak percaya
tunggulah.
BN dan UMNO kena ingat, LPT2 merentasi negeri dari
Parlimen Kuala Terengganu hingga Kemaman, kecuali Setiu dan Besut.
Kita bersyukur dan berterima kasih, sekurang-kurangnya
beliau prihatin dengan desakan, walaupun banyak disuarakan pembangkang.
Lebuh raya sepanjang 184 kilometer itu, mengenakan kadar
12 sen per km kepada pengguna sejak perlaksanaan kutipan tol mulai 15 Julai
lalu.
Ahmad Razif berkata usaha ini penting dalam mencapai kata
sepakat bagi kedua-dua belah pihak, iaitu pengguna lebuh raya dan
pihak Plus sendiri.
Pelaksanaan kutipan tol telah diumumkan oleh Lembaga
Lebuhraya Malaysia pada 11 Julai lalu.
Lebuh raya ini bakal dikendalikan anak syarikat milik penuh PLUS, Lebuhraya Pantai Timur 2.
Menurut syarikat pemegang konsesi itu, kadar sebanyak RM19.70 akan dicaj kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya berkenaan untuk perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh.
Lebuh raya ini bakal dikendalikan anak syarikat milik penuh PLUS, Lebuhraya Pantai Timur 2.
Menurut syarikat pemegang konsesi itu, kadar sebanyak RM19.70 akan dicaj kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya berkenaan untuk perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh.
Pendirian ini sangat penting buat pengguna LPT2 walaupun ia
bukan ‘isu besar’ bagi sesetengah pemimpin UMNO.
Memang kutipan tol penting tetapi ia sewajarnya dinilai
dalam konteks yang lebih luas umpamanya apakah LPT2 sudah ‘selamat digunakan’
dan kemudahan-kemudahan di sepanjang lebuh raya itu sudah disediakan secara
setimpal atau belum?
Sebelum ini Ahmad Razif juga turut berjanji akan merayu
kepada Kerajaan Posit untuk dikembalikan wang rakyat sebanyak RM1.8 bilion.
Kita berharap kerajaan negeri akan melakukannya dan
mekanisme permohonan balik itu biarlah jelas agar rakyat yakin dengan
kepimpinan negeri.
No comments:
Post a Comment