Sunday, July 24, 2016

MB Terengganu Hargai Subsidi Lembaga Tabung Haji RM170 Juta

Ahmad Razif dan Johan Abdullah (berbaju merah) bermera dengan perserta.
Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah (kanan) bersalaman dengan sebahagian daripada peserta.

Ahmad Razif melahirkan penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) kerana meneruskan subsidi kepada jemaah Haji sehingga RM170 juta walaupun dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

Katanya, kos sebenar tambang menunaikan fardhu haji sebanyak RM18,890 seorang, tetapi TH menanggung sabsidi sebanyak RM8,910 dan setiap jemaah hanya membayar sebanyak RM9,980.

“Tahniah TH. Saya berharap TH dapat mengekalkan tambang subsidi ini supaya bakal-bakal haji mampu menunaikan fardhu haji dengan jumlah tambang yang ditetapkan itu.

“Saya ingin ingatkan kepada 1,300 jemaah dari Terengganu supaya dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan menjaga tingkah laku serta mengikut arahan TH dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata drmikian selepas majlis perasmian Kursus Perdana Haji Musim 1437 Hijrah Peringkat Terengganu di Taman Tamadun Ismal di Kuala Terengganu, malam semalam.

Sementara itu, seramai 22,320 jemaah haji Malaysia dijangka berdepan cuaca panas ekstrim yang mencecah 50 darjah celsius sepanjang mengerjakan ibadah haji tahun ini.

Berikutan itu, TH  menasihatkan bakal haji supaya tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas sepanjang berada di Tanah Suci.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah, berkata jemaah haji juga perlu memperbanyakkan minum air bagi mengurangkan risiko berlaku strok haba.

Katanya, TH akan menyediakan perkhidmatan kaunseling dan nasihat penjagaan kesihatan bagi mengurangkan risiko jemaah haji mengalami mengalami masalah kesihatan.

"Daripada perbincangan TH dengan kerajaan Arab Saudi baru-baru ini, kami menjangkakan cuaca pada musim haji tahun ini boleh mencapai 50 darjah celsius.

"TH menasihatkan jemaah haji supaya sentiasa mengikut garis panduan yang diberikan oleh pegawai sepanjang mengerjakan haji," katanya.

Seramai 1,300 orang bakal jemaah haji dari Terengganu mengikuti Kursus Perdana Haji pada tahun ini, yang dirasmikan oleh Ahmad Razif. 

No comments:

Post a Comment