“Tugas
(Presiden PBSNT) perlu diisi Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman kerana
beliau individu paling sesuai menerajui memandangkan kebanyakan persatuan bola
sepak di negeri-negeri diketuai oleh menteri besar masing-masing kecuali
Kelantan, Johor dan Pulau Pinang.”
Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu hari ini membuat
keputusan merehatkan ketua jurulatih Mike Mulvey.
Sementara Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri
Terengganu, Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid kekal untuk beberapa ketika lagi,
walaupun menyatakan hasratnya mengundurkan diri.
Puas hati atau belum? Apa reaksi peminat dan penyokong pasukan
‘Penyu’ selepas ini?
Mulvey menjadi ketua jurulatih Terengganu kedua
direhatkan akibat kemerosotan pasukan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M)
musim ini.
Pengendali kelahiran Manchester, England yang memiliki
kerakyatan Australia itu direhatkan serta-merta bermula hari ini.
Keputusan drastik itu dibuat selepas pasukan bimbingannya
dibelasah 6-1 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan
Zainal Abidin, Kuala Nerus, Jumaat lalu.
Sebelum itu, skuad Penyu dimalukan 1-2 kepada pasukan
Liga Perdana, Melaka United (MU) dalam kancah Piala Malaysia di Stadium Hang
Jebat, Selasa lalu.
Apakah langkah itu benar-benar drastik berbanding
pendapat umum yang mahukan tindakan lebaih tegas?
Selepas kekalahan yang mengaibkan dan memarahkan lebih
7,000 peminat dan penyokong Terengganu di Stadium Sultan Mizan malam Jumaat
lau, semalam, netizen pula melepaskan kemarahan mereka di Facebook.
Malah, menurut blog Teganukini, Pengurusan Persatuan Bolasepak
Negeri Terengganu (PBSNT) diminta meletakkan jawatan berikutan dua kekalahan
berturut-turut dalam kejohanan Liga Super, semalam dan sebelum ini dalam
kejohanan Piala Malaysia 2016.
“Netizen Terengganu melalui Facebook menunjukkan
kemarahan mereka dengan kekalahan malam semalam, malah tidak segan-segan
meminta pengurusan PBSNT, khususnya Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid,
iaitu Pengerusi (presiden) Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu meletakkan
jawatan, : demikian menurut blog berkenaan.
Netizen berpendapat ‘sudah terang dan nyata tidak
mampu...berundur sahajalah secara terhormat!” dan ada yang menyokong
mengatakan, “Betul tuuu...kalau tak mampu dan org dah tak suka turun
lahhhh....tak payah tunggu lah..nampak sangat doh..”
Seseorang yang menamakan dirinya Ya Putrajaya
turut mengulas terus terang menyebut nama Datuk Wan Ahmad Nizam dengan
mengatakan : “Hok jelas mat nijang dok rok jadi pengurus pasukan.... dan tiada
usaha kearah memperbaiki kearah yg lebih baik mungkin ada bola disebalik tiang
gol faham faham lah kita ni dah senja usia dlm politik.” (Sudah jelas, Ahmad
Nizam tidak mampu jadi pengurus pasukan...).
Sementara Ninja Warriors (pEteH GaNu PeTEh) pula
menunjukkan kekecewaannya dengan berkata : “Bukan skali ni je kita dirogol,
lepah ni, sblum ni, brape kali doh.. berat66.. dr pengurusan, coach, pmain
blaker berattt!!!” (Bukan sekali ini sahaja kita dirogol, selepas ini, sebelum
ini, berapa kali sudah...sudah ternyata tidak mampu (berat 66) daripada
pengurusan, coach, pemain semuanya berat.”
Pada ketika ada seruan supaya pengurusan digantikan, Wan
Ahmad Nizam membuat pengumuman seolah-olah 'hanya menyalahkan' ketua jurulatih.
Walaupun beliau menyatakan kesediaan meletakkan jawatan
sebagai Presiden persatuan itu bila tiba masanya, tiada keputusan konkrit
ketika ini.
Beliau yang menggalas jawatan itu sejak empat tahun lalu
bagaimanapun berkata, pengundurannya itu biarlah dibuat menerusi proses sewajar
pada masa yang sesuai termasuk dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan
itu nanti.
Ekoran prestasi skuad penyu yang terus hambar dan makin
dipersoalkan umum, Wan Ahmad Nizam seterusnya membayangkan peletakan jawatan
itu akan dilakukan tahun ini sambil mencadangkan tugas tersebut perlu diisi
Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
"Ahmad Razif merupakan individu paling sesuai
menerajui PBSNT memandangkan kebanyakan persatuan bola sepak di negeri-negeri
diketuai oleh menteri besar masing-masing kecuali Kelantan, Johor dan Pulau
Pinang," katanya.
Menurutnya, tugas tersebut akan dipangku oleh penolong
jurulatih Penyu, Mustafa Kamal Abd. Wahab.
Keputusan dan pengumuman itu dibuat selepas Mesyuarat
Khas mengenai prestasi skuad Penyu dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Belia,
Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat hari ini.
Turut hadir Timbalannya, Mahadi Musa; Timbalan Presiden
PBSNT, Datuk Mazlan Ngah dan Marzuki Sulong serta Ahli Jawatankuasa PBSNT.
Persoalannya kini apakah langkah itu akan menyelamatkan
Terengganu?
Apakah langkah itu sudah memuaskan hati mereka yang
mendesak supaya pengurusan dan pemain juga dikenakan tindakan?
Bagaimana jika kedudukan pasukan Terengganu terus merudum
dan siapa pula yang akan menjadi ‘kambing hitam’?
No comments:
Post a Comment