Oleh Raja Bahrin Shah
(Ahli Parlimen, Kuala Terengganu, Pemimpin AMANAH)
Rakyat Malaysia membaca dengan penuh
harapan kenyataan ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) yang mengeluarkan amaran "hentikan amalan rasuah dan salah guna
kuasa atau hadapi tindakan SPRM".
Datuk Dzulkifli Ahmad juga menyaran
pesalah untuk menyerah diri secara sukarela untuk pertimbangan hukum yang lebih
ringan.
Saya
rasa hampir semua akan bersetuju saranan tersebut. Sebenarnya semua kes mesti
disiasat secara terperinci.
Bagaimanapun saya ingin membuat beberapa cadangan untuk
memastikan kejayaan dan untuk membuat cadangan tersebut lebih praktikal.
Dzulkifli....hadapi tindakan SPRM |
Sebelum ini pun kita percaya pihak SPRM di bawah bekas
ketua pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim memang cuba menjalankan tugas mereka
dengan telus dan bersungguh-sungguh.
Masalahnya kebanyakan siasatan mereka, terutamanya yg
melibatkan orang kenamaan, tidak diambil tindakan sewajarnya oleh Pejabat
Peguam Negara.
Contoh yang paling terkemuka dan ketara adalah yang
melibatkan penukaran mengejut pegawai siasatan kanan SPRM yang menyiasat kes
1MDB.
Malahan lebih mengejut lagi apabila peguam negara baru
mengambil alih tugas, beliau telah secepat kilat menutup siasatan kes 1MDB
sementara kerajaan Singapura, Switzerland dan Amerika sedang rancak menjalankan
siasatan ke atas kes 1MDB.
Tutup kes
SPRM terpaksa tangguh kes, peguam negara tutup kes,
Malaysia jadi "meletup" kes!
Dua tahun lalu, saya hadir dalam satu perjumpaan bersama
Abu Kassim dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dengan ahli ahli
parlimen.
Kami
telah mencadang kuasa pendakwaan diberikan kepada SPRM. Abu Kassim bersetuju
cadangan tersebut malahan itulah harapan SPRM selama ini, katanya.
Sebelum ini SPRM yang bertungkus lumus menyediakan
laporan siasatan tetapi dikecewakan dengan tindakan kelihatan secara terpilih
oleh peguam negara di mana banyak kes melibatkan VIP tidak dibawa kepada
pendakwaan sepatutnya.
Peguam Negara...tutup kes |
Dzulkifli Ahmad yang asalnya merupakan pegawai kanan dari
Jabatan Peguam Negara, sebagai ketua SPRM sekarang sudah tentu tahu masalah
yangw ujud selama ini dan boleh membuat perubahan positif yg berkesan.
Kalau tidak petukaran beliau ke SPRM tidak akan membawa
apa-apa pembaharuan positif malahan mungkin akan dilihat akan melemahkan lagi
SPRM dengan bekas pegawai peguam negara "menyusup" menerajui SPRM dan
bukan pegawai dari dalam SPRM sendiri.
Selama ini Jabatan Peguam Negara yang dilihat sebagai
penghalang banyak pendakwaan hasil siasatan SPRM. Ini akan menjadi persepsi
ramai rakyat Malaysia.
Kepimpinan melalui teladan?
Satu lagi laporan kenyataan oleh Dzukifli menyebut SPRM
berhasrat membersihkan kakitangan perkhidmatan kerajaan dari rasuah.
Kami
bersetuju dengan saranan tersebut tetapi persoalannya kenapa hanya ditujukan
hanya kepada pegawai khidmat kerajaan sahaja dan bukan kepada kerajaan
keseluruhannya?
Ahli-ahli politik kerajaan yang meluluskan undang-undang
memikul tanggung jawap yang lebih besar.
Tidakkah kerajaan hari ini mengamalkan lagi konsep
kepimpinan melalui teladan?
Ahli politik kerajaan di parlimen mengluluskan
undang-undang pengubalan wang haram tetapi kerajaan sendiri melalui 1MDB
melanggar undang-undang tersebut di Singapura, Switzerkand dan Amerika.
1MDB juga membawa wang rakyat Malaysia ke pusat
penggubalan wang haram dan judi Utama dunia di Cayman Island. Adakah orang paling
berkuasa 1MDB, iaitu ‘Malaysian Officer 1', pegawai kerajaan atau ahli politik?
Pukat terlalu rapoh
Dalam usaha SPRM dan Jabatan Peguam Negara menangkap
mereka yang mengamalkan rasuah mereka hendaklah menggunakan pukat tunda yang
kukuh supaya ikan kecil dan besar semuanya ditangkap.
Masalahnya hari ini pukat yang digunakan hari ini terlalu
rapoh.
Hanya
ikan kecil yang lemah ditangkap sementara yg besar terlalu gagah lalu bolos dan
bebas berenang sehingga sampai ke Singapura, Switzerland dan Amerika hingga
boleh tinggal di pangsa puri mewah di sana!
Ikan dikatakan mulai buruk dan busuk dari kepalanya,
hingga sampai ke ekornya! Buruk kepala buruklah badannya.
Buruk ketua buruklah pengikutnya!
Itulah kepimpinan
melalui teladan yang kita lihat hari ini di Malaysia.
No comments:
Post a Comment