Sunday, January 28, 2018

Satiful Bimbang & Berkhayal, Ulangi Modal Tahun Lalu.

Satiful (kiri) dan ketuanya, Datuk Husein Awang.

Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF

 Pada akhir Januari 2017 Satiful Bahari Mamat, yang ketika itu Pesuruhjaya PAS Terengganu mengatakan di Terengganu, pilihan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya antara PAS dan UMNO.

Setahun seleps itu, semalam (27 Januari 2018), beliau bukan sahaja mengulangi kata-katanya itu tetapi turut menambah bahawa Pakatan HARAPAN (HARAPAN) sebagai ‘kacau daun’.

Satiful yang kini ‘diturunkan pangkat’ kepada Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, mendakwa  parti-parti dalam HARAPAN itu sebenarnya sedar bahawa mereka tidak akan meraih kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU1) kali ini.

Sebaliknya penyertaan mereka  dalam HARAPAN hanyalah  untuk untuk memecahkan undi PAS khususnya di negeri ini.

Sebelum ini dengan penuh keyakinan beliau mengatakan rakyat Terengganu termasuk orang Cina hanya punyai pilihan antara PAS atau BN/UMNO sahaja untuk berdepan PRU14 akan datang.

Namun kini, beliau goyah dan dengan sokongan rakyat Terengganu dan orang Cina yang semakin kuat kepada HARAPAN, beliau terpaksa memperlekehkan HARAPAN kononnya hanya mahu ‘kacau daun’.

Amat nyata, Satiful masih tidak dapat menerima hakikat bahawa kehadiran HARAPAN bukan sekadar menggugat BN/UMNO tetapi dengan sendirinya PAS.

Satiful masih berkhayal jika mengatakan kehadiran HARAPAN bertujuan ‘kacau daun’.


Ini kerana HARAPAN bersedia untuk menmgambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri Terengganu dan menawarkan kepada kerajaan pakej pentadbiran, kemajuan dan kemakmuran jauh lebih baik daripada apa yang difikirkan oleh pemimpin BN/UMNO dan PAS.

Malah, tawaran yang akan diumumkan oleh HARAPAN mengatasi Manifesto PAS yang sudah awal-awal diumumkan oleh parti yang Satiful pimpin di Terengganu.

Apakah bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berpendapat kehadiran HARAPAN akan menggugat kemenangan kepada partinya?

Tidakkah beliau melihat kekuatan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) , PKR dan AMANAH yang semakin kukuh di Terengganu akan turut menggugat dua parti tertua – PAS dan UMNO di Terengganu?

Malah MCA dan PAS  yang dijangka bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar yang akan dipertahankan oleh HARAPAN melalui PKR, juga akan berdepan masalah.

Orang Cina Bandar pasti akan menolak PAS kerana gelagatnya dalam isu RUU355 sementara MCA pula ditolak kerana ia memperjuangkan kepentingan kumpulan kecil orang Cina di bandar raya Kuala Terengganu.

Dalam Bajet 2018 pula, kerajaan negeri langsung tidak menyebut apa yang ditawarkan kepada orang Cina di Terengganu. BN/UMNO sudah melupakan orang Cina yang dianggap  terlalu minoriti di negeri ini.

Awal tahun lalu Satiful bayangkan akan berdepan dengan AMANAH, PKR dan DAP dalam PRU14.
Namun ramalannya meleset kerana kehadiran PPBM ternyata memperkuatkan HARAPAN khususnya di lima kawasan Parlimen – Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman dan Kuala Nerus.

Semalam  juga, Satiful dengan bangganya mengatakan PAS begitu kuat dan mengganggap
HARAPAN lemah dari segi  jentera akar umbi dan undi yang terpecah.


Namun demikian beliau mengakui ini akan merugikan PAS walaupun ia mungkin melibatkan jumlah yang sedikit.

Telahan Satiful ini nampaknya mungkin ditumpukan kepada kehadiran AMANAH semata-mata.

Namun Satiful lupa bahawa HARAPAN yang menentang kleptokrasi yang dijuarai oleh Barisan Nasional(BN)/UMNO dan mendapat sokongan dari belakang  oleh PAS,  adalah satu gabungan mantap tiga parti utama di negeri ini.

Bukan sekadar itu sahaja. Kesempitan dan tekanan hidup serta pembangunan yang membazir dan tiris diamalkan oleh BN/UMNO sudah membuka mata rakyat untuk menolak mereka.

Dengan sikap ‘flip-flop PAS’ di Terengganu dan Malaysia amnya, rakyat Terengganu tidak boleh menerima mereka sebagai pemerintah.

Kegagalan PAS memerintah antara 1999 hingga 2004 juga menyedarkan rakyat untuk menolak PAS dan Satiful jangan lupa kerana beliau antara pemimpin yang berada dalam pasukan ‘pemerintahan yang gagal di Terengganu’ apabila ditumpaskan oleh BN/UMNO mulai tahun 2004.

No comments:

Post a Comment