Wednesday, April 25, 2018

Isu Calon - Sabotaj, ‘Cah Keting’ Terhadap Calon BN Terengganu?



Protes dan cah keting' adalah antara sebab kalahnya calon dalam pilihan raya di mana-mana juga.

Di Terengganu, fenomena ini sangat dibimbangi apabila menjelang pilihan raya, khususnya selepas calon diumumkan.

Kerana itu apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ‘Tak layan protes dan rayuan’, ia membayangkan sesuatu yang sangat membimbangkan.

Bermakna protes dan cah keting  pasti  akan berlaku dalam UMNO Terengganu. Sudah Tidak boleh diselindung lagi.

Kerana apa?

Walaupun diuar-uarkan bahawa  calon yang dinamakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini adalah yang terbaik selepas melalui proses pemilihan ketat oleh parti di peringkat Pusatt, ternyata apa yang dimahukan di peringkat bawahan sangat berlainan.

Beliau yang juga Menteri Besar sementara mengakui  parti di peringkat Pusat menjalankan kajian selama empat tahun sebelum calon yang disenaraikan untuk bertanding dalam PRU-14 ini dimuktamadkan.

"Saya difahamkan bahawa kajian dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri selama empat tahun untuk melihat keyakinan rakyat dan mereka ini (calon yang terpilih) adalah yang benar-benar berkhidmat dan diterima baik oleh rakyat.

Kenyataannya bahawa BN Terengganu enggan  melayan rayuan atau permohonan daripada mana-mana pihak berhubung calon dalam menimbulkan pertanyaan serius mengenai  wujudnya protes dan rayuan terhadap nama calon yang diumumkan 22 April lalu.


Ahmad Razif mengulas mengenai protes sebahagian ahli UMNO bahagian Kemaman terhadap pemilihan bekas EXCO dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera sebagai calon kerusi DUN itu pada PRU kali ini.

Turut timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan penyokong UMNO ialah  pengguguran Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu.

Ahmad Razif menyifatkannya ia  adalah keputusan BN Pusat.

Pengumuman calon BN Terengganu oleh Ahmad Razif pada Ahad lalu itu mengundang kejutan ramai apabila Jailani ialah  Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu.

Menurut Ahmad Razif,  calon PRU14 sudah dimuktamadkan dan BN tidak akan terikut-ikut dengan permohonan atau rayuan daripada mana-mana pihak.

"Kita sudah muktamad dengan keputusan senarai calon ini kerana penilaian dibuat daripada banyak segi dan kita tidak akan terikut dengan apa saja permohonan atau rayuan daripada mana-mana pihak," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus Kali Ke-2 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak semalam.

Beliau berkata, BN negeri yakin dengan keputusan pucuk pimpinan parti dan calon yang diketengahkan pada PRU kali ini mampu menyumbang kemenangan besar buat parti itu.

"Ia tak menjadi isu pun (pemilihan Mohamad Awang). Mereka ini protes sebab mereka rasa masih ada ruang untuk protes sebelum penamaan calon pada 28 April ini.

"Itu terpulang pada mereka (protes), tetapi saya selaku Pengerusi BN negeri mendapat mandat daripada Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan hingga kini tidak ada pertukaran calon akan dibuat," katanya.

"Jadi saya terima apa keputusan (parti). Adalah sebabnya keputusan itu dibuat. Pemimpin yang datang dan pergi itu biasa, tetapi yang paling penting ialah kita kekalkan kuasa kerajaan BN," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh menyufatkan protes dilakukan segelintir penyokong parti yang tidak puas hati dengan calon BN negeri diumumkan Ahad lalu, adalah perkara biasa dan sudah dijangka.

"Saya lihat di peringkat bawahan sekarang, keadaan sudah reda. Perkara ini bukan saja berlaku di Terengganu, malah di negeri lain.

"Bagaimanapun, ia tidaklah sampai ke peringkat seperti yang berlaku pada PKR di Selangor sehingga tidak boleh buat apa-apa, nak duduk semeja pun tak boleh," katanya semalam.

Persoalan ialah apakah penyokong UMNO yang melakukan protes dan tidak berpuas hati itu berdiam diri?

Tidak akan adakah cah keting terhadap calon UMNO sama ada di Parlimen dan DUN kali ini?

No comments:

Post a Comment