Thursday, May 17, 2018

Apa Cara Kerajaan PAS Terengganu Akan Mendapat Balik Royalti Minyak?

 


Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
(Siri Kelima - sambungan daripada siri kelmarin bertajuk “Royalti – Apabila Keadaan Sudah Menjadi ‘No Liberty To File Again’)

Diulangi skali lagi - “No liberty to file again’.

Itulah kdudukan yang sewajarnya difahami dan diambil perhatian mendalam  oleh Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sekarang bahawa untuk membawa kes royalti minyak ke muka pengadilan bagaikan sudah tertutup rapat.

Semuanya gara-gara tindakan kerajaan negeri Barisan Nasional/UMNO sebelum ini yang menarik balik saman royalti terhadap kerajaan Pusat dan Petronas selain penubuhan Jawatankuasa Khas peringkat Persekutuan..

Persoalannya apakah salah Kerajaan BN Terengganu kerana meenarik balik saman berkenaan?

Sebwlum mengula lanjut, sila baca dan fahami apa yang ditulis oleh salah sorang bekas pegawai tinggi kerajaan Terengganu.

Beliau  yang turut terbabit dalam rundingan antara kerajaan negeri dan Putrajaya sebelum saman kerajaan negeri PAS yang dibuat pada awal tahun 2000 itu ditarik balik,  menceritakan segala-galannya.

Ini kata-kata bekas pegawai tinggi berkenaan:

                                                                    
Sebagai rujukan semula, dalam siri mengenai royati kelmarin (14 Mei 2018) saya menyebut bahawa isu mendapatkan balik royalti ini begitu mendapat tempat di hati  Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang  bagaikan perkara penting kedua selepas mengangkat sumpah jawatan.

Persoalannya permintaan mendapatkan royalti itu sekiranya tidak dilayan oleh kerajaan Pusat apakah Kerajaan Negeri PAS akan menyaman sekali lagi Kerajaan Persekutuan dan Petronas? Juga, jika dikatakan sudah tidak mmpunyai ruang, bagaimana kerajaan PAS Terengganu akan melakukannya?

Dalam isu royalti ini ia bukan seperti geran tahunan Kerajaan Pusat kepada negeri yang sangat berkait dengan peraturann dalam istilah hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri..

Ia turut bergantung kepada nilai harga minyak dunia umpamanya beerapa nilai setiap tong/dolar pada tahun berkenaan.

Hakikat yang perlu diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu sekarang ialah apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, mnyatakan kerajaan PAS sekarang tidak lagi mempunyai peluang atau ruang untuk saman kali kedua -  perlukah mereka terus mencari jalan melalui peruntukan undang-undang bagi menuntutnya?

Jika demikian, apa akal dan strategi kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS seterusnya?

Beberapa pihak yang dirujuk  mngatakan ‘nasib kerajaan PAS Terngganu’ dalam isu royalti ini akan begantung kuat kepada ‘nasib tuntutan royalti kerajaan PAS Klantan yang sehingga kini masih belum menarik balik saman mereka.

Latar belakang kepada peluang mendapatkan kembali royalti di Terengganu ialah ketika  tindakan tarik balik saman itu dibuat  ia diasaskan kepada kedudukan kerajaan PAS Kelantan yang dikemukakan kepada Petronas dan Kerajaan Malaysia.

Dalam erti kata lain, jika Kerajaan Negeri Kelantan menang dan mendapat hak royalti, maka hak yang sama sudah pasti  diberikan juga  kepada Terengganu.


Untuk berlaku adil kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mengumumkan penarikan balik saman kerajaan negeri Terngganu terhadap kerajaan Pusat itu, adalah baik jika diteliti apa yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian.

Merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh pegawai tinggi seperti disebutkn atas, jelas sekali kerajaan Terengganu ketika era Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, sudah mendapat sejumlah bayaran royalti walaupun dibayar dalam bentuk ‘Wang Ihsan’

Malah, bukan itu sahaja. Kerajaan Pusat – hasil daripada perundingan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat- turut bersetuju serahkan kembali wang royalti yang telah digunakan untuk projek di negeri lain berjumlah RM2.1 billion kepada kerajaan negeri Terengganu secara berperingkat.

Bayaran dianggarkan RM200 hingga RM300 juta setahun itu mungkin sudah lrbih srparuh dilunaskan oleh kerajaan Pusat.

Jadi yang baki daripada hutang Kerajaan Pusat kepada Negeri tidaklah lagi banyak.

Dalam soal menarik balik saman ini bukan sesuatu yang pelik kerana Terengganu bukan seperti Kelantan,apabila Teregganu  adalah kerajaan negeri yang diperintah BN mena kerajaan Pusat juga di perintah  oleh BN.

Perlu juga diingat bahawa apabila pada 4 Ogos 2012 selepas Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, isu royalti Terengganu.seakan tamat,
Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Khas itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Manifeto HARAPAN Terengganu 2018 mengenai royalti.
Perkara ini disebut dua kali, iaitu di Kuala Lumpur pada tarikh di atas dan sekali lagi di Kota Bharu pada 21 Januari 2013 di mana Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan.
Malah Jawatankuasa Khas itu akan mengkaji serta mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jadi yang tinggal kini ialah apa kesan dan saranan jawatankuasa berkenaan.

Sebarang pertikaian mengena royalti minyak Terengganu akan diasaskan kepada kesan kajian dan syor jawatankuasa ini.

Kerajaan BN Terengganu sebelum ini  jelas berpuashati dengan keputusan jawatankuasa khas berkenan.

Tetapi bagaimana pula dengan Kerajaan PAS yang baharu dan sikap Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar???

No comments:

Post a Comment