Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
Diulangi
skali lagi - “No liberty to file again’.
Itulah kdudukan yang sewajarnya difahami dan diambil
perhatian mendalam oleh Kerajaan Terengganu
pimpinan PAS sekarang bahawa untuk membawa kes royalti minyak ke muka
pengadilan bagaikan sudah tertutup rapat.
Semuanya gara-gara tindakan kerajaan negeri Barisan Nasional/UMNO sebelum
ini yang menarik balik saman royalti terhadap kerajaan Pusat dan Petronas selain penubuhan Jawatankuasa Khas peringkat Persekutuan..
Persoalannya
apakah salah Kerajaan BN Terengganu kerana meenarik balik saman berkenaan?
Sebwlum
mengula lanjut, sila baca dan fahami apa yang ditulis oleh salah sorang bekas pegawai
tinggi kerajaan Terengganu.
Beliau yang turut terbabit dalam rundingan antara kerajaan
negeri dan Putrajaya sebelum saman kerajaan negeri PAS yang dibuat pada awal
tahun 2000 itu ditarik balik, menceritakan
segala-galannya.
Ini
kata-kata bekas pegawai tinggi berkenaan:
Sebagai
rujukan semula, dalam siri mengenai royati kelmarin (14 Mei 2018) saya menyebut
bahawa isu mendapatkan balik royalti ini begitu mendapat tempat di hati Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang
bagaikan perkara penting kedua selepas
mengangkat sumpah jawatan.
Persoalannya
permintaan mendapatkan royalti itu sekiranya tidak dilayan oleh kerajaan Pusat
apakah Kerajaan Negeri PAS akan menyaman sekali lagi Kerajaan Persekutuan dan
Petronas? Juga, jika dikatakan sudah tidak mmpunyai ruang, bagaimana kerajaan PAS
Terengganu akan melakukannya?
Dalam
isu royalti ini ia bukan seperti geran tahunan Kerajaan Pusat kepada negeri yang
sangat berkait dengan peraturann dalam istilah hubungan Kerajaan Pusat dan
Kerajaan Negeri..
Ia turut bergantung kepada nilai harga minyak dunia umpamanya beerapa nilai setiap tong/dolar pada tahun berkenaan.
Hakikat
yang perlu diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu sekarang ialah apabila bekas
Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, mnyatakan kerajaan PAS sekarang tidak lagi
mempunyai peluang atau ruang untuk saman kali kedua - perlukah mereka terus mencari jalan melalui
peruntukan undang-undang bagi menuntutnya?
Jika
demikian, apa akal dan strategi kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS seterusnya?
Beberapa
pihak yang dirujuk mngatakan ‘nasib kerajaan
PAS Terngganu’ dalam isu royalti ini akan begantung kuat kepada ‘nasib tuntutan
royalti kerajaan PAS Klantan yang sehingga kini masih belum menarik balik saman
mereka.
Latar
belakang kepada peluang mendapatkan kembali royalti di Terengganu ialah
ketika tindakan tarik balik saman itu dibuat ia diasaskan kepada kedudukan kerajaan PAS
Kelantan yang dikemukakan kepada Petronas dan Kerajaan Malaysia.
Dalam
erti kata lain, jika Kerajaan Negeri Kelantan menang dan mendapat hak royalti,
maka hak yang sama sudah pasti diberikan
juga kepada Terengganu.
Untuk
berlaku adil kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mengumumkan
penarikan balik saman kerajaan negeri Terngganu terhadap kerajaan Pusat itu,
adalah baik jika diteliti apa yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian.
Merujuk
kepada apa yang diperkatakan oleh pegawai tinggi seperti disebutkn atas, jelas
sekali kerajaan Terengganu ketika era Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul
Rahman, sudah mendapat sejumlah bayaran royalti walaupun dibayar dalam bentuk
‘Wang Ihsan’
Malah, bukan itu sahaja. Kerajaan
Pusat – hasil daripada perundingan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat- turut
bersetuju serahkan kembali wang royalti yang telah digunakan untuk projek di
negeri lain berjumlah RM2.1 billion kepada kerajaan negeri Terengganu secara
berperingkat.
Bayaran dianggarkan RM200 hingga RM300 juta setahun itu
mungkin sudah lrbih srparuh dilunaskan oleh kerajaan Pusat.
Jadi yang baki daripada hutang Kerajaan Pusat kepada Negeri
tidaklah lagi banyak.
Dalam soal menarik balik saman ini bukan sesuatu yang
pelik kerana Terengganu bukan seperti Kelantan,apabila Teregganu adalah kerajaan negeri yang
diperintah BN mena kerajaan Pusat juga di perintah oleh BN.
Perlu juga diingat bahawa apabila pada 4 Ogos 2012 selepas Kerajaan Persekutuan bersetuju
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus
berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di
Pantai Timur Semenanjung Malaysia, isu royalti Terengganu.seakan tamat,
Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun
Razak berkata, Jawatankuasa Khas itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim
Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang
dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan
Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Manifeto HARAPAN Terengganu 2018 mengenai royalti. |
Perkara ini disebut dua kali, iaitu di Kuala
Lumpur pada tarikh di atas dan sekali lagi di Kota Bharu pada 21 Januari 2013 di mana Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam
tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua
aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan.
Malah
Jawatankuasa Khas itu akan mengkaji serta mengenal pasti negeri-negeri yang
layak menerima bayaran tunai hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung
Malaysia.
Jadi yang tinggal kini ialah apa kesan dan saranan jawatankuasa berkenaan.
Sebarang pertikaian
mengena royalti minyak Terengganu akan diasaskan kepada kesan kajian dan syor
jawatankuasa ini.
Kerajaan BN Terengganu sebelum ini jelas berpuashati dengan keputusan jawatankuasa khas berkenan.
Tetapi bagaimana pula dengan Kerajaan PAS yang baharu dan sikap Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar???
No comments:
Post a Comment