Friday, May 18, 2018

Siapa Layak Tadbir Royalti Selepas Kerajaan PAS, BN/UMNO Gagal?


Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
(siri akhir isu Royati Terengganu)

Dengan PAS sudah cuba, dengan Barisan Nasional/UMNO juga sudah  cuba.

Kedua-duanya dilihat bermasalah dan ramai tidak berpuashati dengan cara perbelanjaan dana daripada royati minyak Terengganu.

Rakyat Terengganu masih ingat dengan jelas bahawa apabila diserahkan wang royalti kepada kerajaan PAS, pada kali pertama lagi, ia sudah lesap.

Kerajaan PAS Terengganu (1999-2004) sehingga kini gagal menjelaskan ke mana wang itu dibelanjakan – seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab.


Wang itu wang rakyat dan tidak adil wang sebanyak RM432 juta itu lesap begitu sahaja.

Sehingga kini tidak diketahui ke mana perginya wang itu – apakah dibelanjakan untuk parti, untuk Menteri Besar atau untuk pmbangunan.

Malah, adalah baik Presiden PAS Datuk Seri Abdull Haddi Awang menjelaskan kepada rakyat Terengganu ke mana wang itu lesap.

Rakyat mahu tahu dan PAS perlu tellus dan jangan berselindung dan juga tidak cuba ‘menutupnya di bawah permaidani isu ini’.

Kemenangan PAS baru-baru ini memberi peluang untuknya menjelaskan semula ke mana wang itu dibelanjakan selepas menjadi misteri selama 20 tahun. Itupun sekiranya Menteri Besarnya bersetuju.


Apabila kerajaan Barisan Nasional (BN)/UMNO mendapat kuasa, ia pula membelanjakan wang royalti dalam bentuk Wang Ihsan yang diketahui betapa gelojohnya dibelanjakan ketika era Datuk Seri Idris Idris Jusoh.

Tidak perlu dipanjangkan cerita, akhirnya Terengganu dikenali dengan DARUL RUNTUH.
Kemudian di era Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, wang royalty yang dikembalikan juga tidak membawa perubahan besar dalam konteks pembaangunan untuk rakyat yang kekal.

Sama ada wang itu dibelanjakan untuk tujuan politik seperti berbagai dana dan perbelanjaan teerhadap rojek rakyat boleh dibilang dengan jari.

Beberapa projek besar masuk longkang dan pembaziran kerana pengurusan yang tidak baik (walaupun niatnya baik) seperti projek e-Book, pusat bebas cukai Tasik Kenyir, Zoo Kemaman, Bandar Baru Kijal dan lain-lain.

Ahmad Razif lagi teruk membelanjakan wang royalti tanpa meninggalkan kesan besar yang boleh dilihat dengan jelas di era beliau.

Ahmad Razif hanya menyambung projek Ahmad Said atau tidak berfokus dalam pembangunan rakyat, kecuali Bandar Baru Kuala Nerus – dipertikaikan kos dan cara pelaksanaannya.

Dalam konteks perbelanjaan untuk pendidikan, sukan, belia dan beberapa yang lain, ia hanyalah penerusan daaripada dasar yang diperkenalkan sebelum beliau.

Kerana itu dalam memnelanjakan wang royalti kali ini, di pasca PRU14, kerajaan Pusat perlu meneliti satu mekanisme bru yang benar-benar berkesan.


Jangan ulangi kesilapan yang dilakukan oleh PAS dan BN/UMNO.

Sayang sekali rakyat Terengganu menolak Manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk membolehkan sebuah kerajaan yang bervisi dan dinamik memerintah Terengganu.

Mereka memilih PAS untuk menggantikan BN/UMNO yang gagal. Tetapi seperti disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, kita semua perlu menghormati keputusan rakyat.

Di sebalik itu, kerajaan Pusat perlu membuka ruang dan menetapkan cara bagaimana wang royalti dibelanjakan sebaik-baiknya untuk rakyat Terengganu.

Tidak perlu individu seperti ‘orang tengah’ atau ‘perantara’ dalam melaksanakan dasar perbelanjaan ini. Cadangan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bersifat 'sampah; yang pastinya ditolaak oleh PAS dan kerajaan Pusat.

Yang penting royalti itu sampai keada rakyat dengan sebaik-baiknya menerusi pentadbiran sebuah agensi dengan pengurusan yang cekap dan berintegriti.Kita tidak mahu pembinaaan seperti Taman Ilmu di Tembila berulang!


Sampai masanya kerajaan memikirkan mekanisme di mana perbelanjaan RM1.5 bilion atau RM2 bilion setahun dapat menghapuskan kemiskinan, membuka peluang pekerjaan, 
menyediakan peluang rakyat mendapat kemudahan kesihatan yang setimpal serta membentuk rakyat Terenggnu cemerlang dalam pendidikan yang bukan diasaskan kepada kelulusan akademik semata-mata.

Juga penting, mereka yang diberikan tanggungjawab bukan kerana kepentingan politik untuk mempertahankan kuasa atau mendapatkan kuasa semata-mata tetapi bersikap ‘adil untuk semua pihak’.

Jangan terpengaruh dengan slogan agama atau Islam dalam menyerahkan royalti ini kerana yang mentadbiranya perlu mempunyai wawasan, berintegriti dan meletakkan kepentingan kepada rakyat semua peringkat terutamanya yang sangat memerlukan bimbingan dan bantuan.

Selain itu agensi yang dilantik perlu mempunyai kuasa untuk melaksankan pengawasan dan penguatkuasaan dengan berkesan agar sebarang salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah dapat dihenti atau ddikawal segera.

Dalam konteks ini, mungkin Hadi sebagai Menteri Besar ketika era pemerintahan PAS 20 tahun lalu bernasib baik, kehilangan wang itu ialah ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dipanggil Badan Pencegah Rasuah dan tiadanya penguaatkuasaan mengenai pengubahan wang haram.

Akhirnya, melalui agensi yang berkesan ini, selepas berapa dekad wang royalti dibelanjakan sama ada oleh kerajaan BN/UMNO dan PAS sebelum ini – untuk kali pertamanya kerajaan Pusat yang ditubuhkan oleh HARAPAN diharap benar-bnar cakna dan menjaga rakyat Terengganu.

Ia juga membuka ruang kepada penerokaan sumber baharu.

Sudah pasti jika ini dapat dilaksanakan, maka Manifesto HARAPAN  yang dibentuk di atas kepentingan DEMI TEGANU, Harapan Cakna Rakyat akan  didapat dilaksanakan,

Walaupun HARAPAN tidak menjadi sebuah kerajaan yang memerintah di Terengganu ketika ini  tetapi rakyat Terengganu terbela dan.dilayan melalui dasar kerajaan HARAPAN di Putrajaya melalui agensinya di Terengganu yang CAKNA dan PEDULI RAKYAT!

Thursday, May 17, 2018

Apa Cara Kerajaan PAS Terengganu Akan Mendapat Balik Royalti Minyak?

 


Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
(Siri Kelima - sambungan daripada siri kelmarin bertajuk “Royalti – Apabila Keadaan Sudah Menjadi ‘No Liberty To File Again’)

Diulangi skali lagi - “No liberty to file again’.

Itulah kdudukan yang sewajarnya difahami dan diambil perhatian mendalam  oleh Kerajaan Terengganu pimpinan PAS sekarang bahawa untuk membawa kes royalti minyak ke muka pengadilan bagaikan sudah tertutup rapat.

Semuanya gara-gara tindakan kerajaan negeri Barisan Nasional/UMNO sebelum ini yang menarik balik saman royalti terhadap kerajaan Pusat dan Petronas selain penubuhan Jawatankuasa Khas peringkat Persekutuan..

Persoalannya apakah salah Kerajaan BN Terengganu kerana meenarik balik saman berkenaan?

Sebwlum mengula lanjut, sila baca dan fahami apa yang ditulis oleh salah sorang bekas pegawai tinggi kerajaan Terengganu.

Beliau  yang turut terbabit dalam rundingan antara kerajaan negeri dan Putrajaya sebelum saman kerajaan negeri PAS yang dibuat pada awal tahun 2000 itu ditarik balik,  menceritakan segala-galannya.

Ini kata-kata bekas pegawai tinggi berkenaan:

                                                                    
Sebagai rujukan semula, dalam siri mengenai royati kelmarin (14 Mei 2018) saya menyebut bahawa isu mendapatkan balik royalti ini begitu mendapat tempat di hati  Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang  bagaikan perkara penting kedua selepas mengangkat sumpah jawatan.

Persoalannya permintaan mendapatkan royalti itu sekiranya tidak dilayan oleh kerajaan Pusat apakah Kerajaan Negeri PAS akan menyaman sekali lagi Kerajaan Persekutuan dan Petronas? Juga, jika dikatakan sudah tidak mmpunyai ruang, bagaimana kerajaan PAS Terengganu akan melakukannya?

Dalam isu royalti ini ia bukan seperti geran tahunan Kerajaan Pusat kepada negeri yang sangat berkait dengan peraturann dalam istilah hubungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri..

Ia turut bergantung kepada nilai harga minyak dunia umpamanya beerapa nilai setiap tong/dolar pada tahun berkenaan.

Hakikat yang perlu diterima oleh Kerajaan Negeri Terengganu sekarang ialah apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, mnyatakan kerajaan PAS sekarang tidak lagi mempunyai peluang atau ruang untuk saman kali kedua -  perlukah mereka terus mencari jalan melalui peruntukan undang-undang bagi menuntutnya?

Jika demikian, apa akal dan strategi kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS seterusnya?

Beberapa pihak yang dirujuk  mngatakan ‘nasib kerajaan PAS Terngganu’ dalam isu royalti ini akan begantung kuat kepada ‘nasib tuntutan royalti kerajaan PAS Klantan yang sehingga kini masih belum menarik balik saman mereka.

Latar belakang kepada peluang mendapatkan kembali royalti di Terengganu ialah ketika  tindakan tarik balik saman itu dibuat  ia diasaskan kepada kedudukan kerajaan PAS Kelantan yang dikemukakan kepada Petronas dan Kerajaan Malaysia.

Dalam erti kata lain, jika Kerajaan Negeri Kelantan menang dan mendapat hak royalti, maka hak yang sama sudah pasti  diberikan juga  kepada Terengganu.


Untuk berlaku adil kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mengumumkan penarikan balik saman kerajaan negeri Terngganu terhadap kerajaan Pusat itu, adalah baik jika diteliti apa yang menyebabkan beliau bertindak sedemikian.

Merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh pegawai tinggi seperti disebutkn atas, jelas sekali kerajaan Terengganu ketika era Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, sudah mendapat sejumlah bayaran royalti walaupun dibayar dalam bentuk ‘Wang Ihsan’

Malah, bukan itu sahaja. Kerajaan Pusat – hasil daripada perundingan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat- turut bersetuju serahkan kembali wang royalti yang telah digunakan untuk projek di negeri lain berjumlah RM2.1 billion kepada kerajaan negeri Terengganu secara berperingkat.

Bayaran dianggarkan RM200 hingga RM300 juta setahun itu mungkin sudah lrbih srparuh dilunaskan oleh kerajaan Pusat.

Jadi yang baki daripada hutang Kerajaan Pusat kepada Negeri tidaklah lagi banyak.

Dalam soal menarik balik saman ini bukan sesuatu yang pelik kerana Terengganu bukan seperti Kelantan,apabila Teregganu  adalah kerajaan negeri yang diperintah BN mena kerajaan Pusat juga di perintah  oleh BN.

Perlu juga diingat bahawa apabila pada 4 Ogos 2012 selepas Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, isu royalti Terengganu.seakan tamat,
Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Khas itu dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Manifeto HARAPAN Terengganu 2018 mengenai royalti.
Perkara ini disebut dua kali, iaitu di Kuala Lumpur pada tarikh di atas dan sekali lagi di Kota Bharu pada 21 Januari 2013 di mana Jawatankuasa Khas itu akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan.
Malah Jawatankuasa Khas itu akan mengkaji serta mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Jadi yang tinggal kini ialah apa kesan dan saranan jawatankuasa berkenaan.

Sebarang pertikaian mengena royalti minyak Terengganu akan diasaskan kepada kesan kajian dan syor jawatankuasa ini.

Kerajaan BN Terengganu sebelum ini  jelas berpuashati dengan keputusan jawatankuasa khas berkenan.

Tetapi bagaimana pula dengan Kerajaan PAS yang baharu dan sikap Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar???

Monday, May 14, 2018

Royalti - Apabila Keadaan Sudah Menjadi ‘No Liberty To File Again’...

Menteri besar Terengganu

 Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
Bahagian Keempat - sambungan daripada 'Adakah
  Saman Royalti DiTarik Balik Oleh BN/UMNO Masih Terpakai?'

Menyebut soal royalti minyak di Terengganu, ia bagaikan perebutan terhadap  harta pesaka peninggalan ayah, datuk atau nenek moyang.

Belumpun Kabinet Kerajaan Persekutuan siap dilantik dan  pun begitu di Terengganu – EXCO juga belum diputuskan – sejak dua tiga hari kebelakangan ini pemimpin  PAS begitu gelojoh memperkatakan sumber pendapatan daripada minyak dan gas.

Mereka membicarakan soal royalti minyak seolah-olah matlamat mereka untuk menang pilihan raya di Terengganu hanya untuk mendapatkan hasil royalti berkenaan.

Bukankah PAS sebelum ini mendakwa tanpa royalti minyak daripada Kerajaan Pusit dan Petronas, mereka mampu mentadbir kerajaan negeri dengan baik?

Mana kata-kata itu selepas menang dan menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei lalu?

Daripada  Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)  hinggalah ke Menteri Besar, isu mendapatkan royalti  ini bagaikan perkara penting kedua selepas mengangkat sumpah jawatan.

Manifesto HARAPAN mengenai royalti.
Kenapa sampai begitu sekali pemimpin PAS bimbang mengenai pendapatan daripada minyak dan gas ini ke kantung kerajaan Terengganu?

Pentingnya royalti minyak ini kepada kerajaan negeri pimpinan PAS segala-nya digambarkan melalui ucapan sulung Menteri Besar yang baru dilantik.

Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapan sulungnya ketika kuliah Dhuha di Rusila, Marang, pada 11 Mei lalu tidak dapat menyimpan perasaan yang terbuak-buak bagi menegaskan kepada rakyat Terengganu mengenai tekadnya untuk terus menuntut hak royalti minyak Terengganu.

Malah beliau berjanji akan melakukan  pelbagai pendekatan termasuk tindakan undang-undang.

Apakah Kerajaan Negeri PAS akan menyaman sekali lagi Kerajaan Persekutuan dan Petronas selepas sama pertama itu sudah ditarik balik?

Apa yang penulis dimaklumkan oleh pakar undang-undang termasuk  bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas, kerajaan PAS sekarang tidak lagi mempunyai peluang atau ruang untuk menyaman Putrajaya atau Petronas.

Dengan kata lain, “no liberty to file again’ setelah kerajaan Barisan Nasional/UMNO menarik balik saman berkenaan..

Apakah pemimpin PAS, termasuk ADUN Rhu Rendang itu yang pada malam sebelumnya mengangkat sumpah sebagai menteri besar PAS selepas memenangi 22 daripada 32 kersi DUN Terengganu pada pilihan raya umum 9 Mei lalu tahu atau faham mengenainya.

Beliau bebas untuk berkata bahawa “Kita akan memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara berunding untuk mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan juga mendapatkan hasil daripada Telaga Bertam yang telah dihilangkan dan ditiadakan dari kewangan kerajaan negeri, ” namun ruangnya di mana dan bagaimana?


Pun begitu dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim (gambar atas) yang mengingatkan Kerajaan Pusat  bahawa pemerintah perlu menghormati pilihan demokratik yang telah dibuat oleh rakyat dengan memilih barisan kepimpinan daripada Pas untuk menerajui negeri itu.

“Apa yang menjadi hak negeri,  mestilah diurus oleh negeri. Barulah urus tadbir berjalan lancar dan memberi impak kepada rakyat,” katanya.

Dengan  mengungkitkan bahawa  janji Pakatan Harapan (HARAPAN adalah untuk mengembalikan semula royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Terengganu adalah selari dengan apa yang dituntut Pas selama ini, ia bukan suatu bukti kukuh untuk menuntut daripada Putrajaya atau Petronas.

Lebih kelakar ialah apabila Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri turut menyatakan bahawa PAS berharap HARAPAN  dapat memenuhi janji manifesto untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan Terengganu.

Tuan Ibrahim mengingatkan HARAPAN bahawa  rakyat akan menilai sejauh mana manifesto itu dapat dilaksanakan di mana menurutnya,  janji manifesto berkaitan royalti minyak itu amat relevan dalam konteks Kelantan dan Terengganu.

Bila pula HARAPAN berjanji untuk kembalikan royalty sebanyak 20 peratus?

Pada pertemuan dengan pemimpin HARAPAN, Dr Mahathir tidak pernah menyebut angka 20 peratus.

Manifesto HARAPAN Terengganu dengan jelas dan praktikal mengambil saranan Dr Mahathir yang menyebut hanya 10 peratus royalti boleh dituntut.

Itupun kalau HARAPAN menang.

Dan dengan HARAPAN kalah di Terengganu dan Kelantan. Tidakkah dengan  sendirinya terbatallah janji pada manifesto berkenaan.

Persoalan juga bukankah undi oleh rakyat Terengganu itu bermakna rakyat enggan menerima janji berkenaan.

Anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang – bekas Menteri Besar yang mana wang royalti sebanyak RM432 juta dilaporkan ‘lesap’ ketika era pemerintahannya – turut bersuara.

Laporan akhbar pada 13 Mei 2018 memetuk beliau menyebut bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat berharap kerajaan Persekutuan yang baharu tidak mengetepikan hak-hak negeri Terengganu dan Kelantan untuk memperoleh royalti minyak sebagai sumber hasil bagi membangunkan negeri dan rakyat.

Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Kerajaan Persekutuan tidak harus mengulangi tindakan yang diambil ketika kerajaan Pas memerintah Terengganu pada 1999 apabila royalti ditarik balik dan ditukar statusnya kepada Wang Ihsan.


Baginya isu royalti ini sangat penting bagi Kelantan dan Terengganu (berkait dengan manifesto Pakatan Harapan),. negeri-negeri yang punyai petroluem perlu dihormati tentang hak mendapat royalti.”

Persoalannya  juga kenapa kaitkan hasrat kerajaan Terengganu pimpinan PAS dengan Manifesto HARAPAN yang jelas tidak membawa apa-apa erti serta tidak ada kena mengena antara kedua-duanya.

Apakah semua kenyataan pemimpin PAS ini hanya kenyataan politik semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka perjuangan royalti tetapi hakikatnya tidak ada ruang untuk mereka mengemukakan tuntutan yang dainggap sah.


Jika demikian, apakah silap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kerana menarik balik saman royalti terhadap Putrajaya dan Petronas?

Bersambung – Nasib Terengganu Bergantung Kepada Saman Oleh Kerajaan PAS Kelantan?

Apakah Saman Royalti DiTarik Balik Oleh BN/UMNO Masih Terpakai?


Oleh
HAMBALI ABDUL LATIFF
(Bahagian Ketiga – sambungan daripada Apabila Dana RM432 Juta 'Lesap', Royalti Digantikan Dengan Wang Ihsan

Semalam penulis memperkatakan mengenai saman Kerajaan PAS Negeri Terengganu dan bagaimana ia  tergantung selepas PAS kalah pada pilihan raya umum 2004.

Sebaik sahaja Kerajaan Barisan Nasional (BN)/UMNO Terengganu ditubuhkan selepas pilihan raya 2004 itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid mengatakan Kerajaan Negeri pimpinan BN akan meneruskan saman.

Ia bertujuan mendapatkan semula royalti minyak daripada Petronas dan Kerajaan Pusat.

Kenyataan yang dibuat oleh Rosol dan dilaporkan oleh media pada 5 Januari 2005 menyebut kerajaan negeri mahu mendapat bayaran dalam bentuk royalti dan bukannya melalui Dana Khas Persekutuan seperti yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat di era PAS.

Rosol Wahid
Untuk rekod, saman bertujuan  membolehkan Kerajaan Terengganu mendapat semula royalti minyak sebanyak lima (5) peratus daripada Petronas seperti yang terkandung dalam perjanjian antara kedua-dua pihak pada tahun 1974.

Semasa pemerintahan PAS dari tahun 1999 hingga awal 2004, kerajaan menukar wang royalti minyak kepada wang ihsan dan disalurkan melalui UMNO Terengganu.

Rosol berhujah: "Wang dalam tangan sendiri lebih mudah untuk kita membuat projek kepada rakyat. Skim sekarang ialah kita memohon dari Kerajaan Pusat untuk mendapat wang yang dibayar setelah kita membuat projek tertentu.

Kerajaan  Terengganu perlukan wang sendiri kerana percaya dengan cara begitu, kerajaan negeri mempunyai sumber kewangannya sendiri setiap tahun," tambahnya.

Rosol yang juga Exco Kerajaan Terengganu berkata, kerajaan negeri mendapat kira-kira RM500 juta setahun daripada Dana Khas Persekutuan untuk melaksanakan pelbagai projek di seluruh negeri itu.

(Pembayaran royalti minyak untuk Terengganu adalah dalam lingkungan RM500 juta hingga RM700 juta setahun, bergantung kepada harga minyak di pasaran dunia).

Selepas isu ini terdiam atau didiamkan beberapa ketika, tiba-tiba pada pada 18 Jun 2008 media melaporkan Kerajaan Negeri BN/UMNO Terengganu akan menarik balik berhubung tuntutan supaya mengembalikan royalti minyak kepada negeri itu, yang dibuat tujuh tahun sebelum itu

Menteri Besar ketika itu - Datuk (kini Datuk Seri) Ahmad Said - berkata kerajaan negeri mahu  berbuat demikian selepas menerima surat rasmi daripada kerajaan Persekutuan berhubung penyerahan semula royalti itu.

Menurut Ahmad, pihaknya sering  mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) untuk mendapatkan semula royalti minyak.

Malah beliau bersyukur hasrat kerajaan negeri dikatakan sudah menjadi  kenyataan.


Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu pada hari berkenaan (Rabu) dengan merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri pada Sabtu sebelum itu bahawa, kerajaan Persekutuan bersetuju mengembalikan sepenuhnya hak pengurusan royalti minyak sebanyak lima (5) peratus kepada kerajaan Terengganu yang ditarik balik sejak 2000.

Abdullah ketika mengumumkan keputusan itu berkata penyerahan semula royalti itu akan dibuat sebaik sahaja perincian mengenai perkara itu termasuk prosedur penyerahan ditetapkan dengan kerajaan negeri Terengganu.

Ahmad beri jaminan kerajaan negeri menghantar wakil bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan terutama Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berhubung pengembalian wang royalti itu, dalam tempoh terdekat.

“Menteri Kewangan Kedua pernah memberitahu perbincangan ini penting untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan royalti minyak yang akan dikembalikan mulai tahun ini. Selain itu kita juga hendak tahu jumlah wang terkumpul dan baki kepunyaan kita yang bakal diperolehi,” katanya.

Ahmad meminta kerajaan Persekutuan menyerahkan semula hak pengurusan wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) kepada kerajaan Terengganu bagi digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan -  untuk faedah rakyat.

Menariknya, laporan Sinar Harian pada  28 April 2012   menyebut bahawa ‘Isu royalti minyak selesai’ dan walaupun tidak mengejutkan, banyak pihak ragu-ragu dan persoal mengenainya.

Kenyataan Ahmad itu dibuat bagi  mengulas tinda­kan pembangkang yang nyata belum berpuas hati dengan penjelasan bahawa Kerajaan Negeri BN/UMNO sudah menarik balik saman tuntutan royalti minyak.

“Benda dah selesai dan kerajaan Pusat juga telah bersetuju untuk serah balik (wang royalti). Apa kita hendak bergaduh lagi,” demikian kata Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Ahmad menegaskan penarikan balik saman tuntutan royalti minyak petroleum terhadap Petronas dan Kerajaan Malaysia oleh Kerajaan Terengganu itu adalah langkah tepat kerana telah mendapat kembali apa yang dikehendaki.

Di sebalik itu, Kerajaan Negeri menganggap tiada sebab untuk terus memberi penjelasan kepada pembangkang. Ini  kerana semua perkara telah jelas dan terserah kepada pembangkang untuk membuat pelbagai andaian. demikian menurut Ahmad Said.

“Apa yang kita hendak bergaduh lagi (dengan kerajaan Pusat dan Petronas) kerana tuntutan kita telah dipersetujui dan atas sebab itu kita telah menarik balik saman,” katanya.

Abdul Wahid bersama Ahmad Said pada sidang DUN.
Dua hari sebelum itu Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu menolak usul yang dikemukakan Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) berhubung penarikan balik saman tuntutan royalti petroleum terhadap Petronas dan Kerajaan Malaysia.

Abdul Wahid yang juga Pesuruhjaya PAS  negeri mendesak Kerajaan Negeri memberi penjelasan kepada Dewan mengenai terma penyelesaian yang dipersetujui.

Ini termasuk bayaran balik yang belum dilunaskan dan perbelanjaan serta pembayaran dibuat menggunakan wang royalti Terengganu.

Selain jawapan di DUN, Menteri Besar turut menjelaskan berkaitan  saranan sebuah badan bukan kerajaan yang mahukan kerajaan negeri mendapatkan royalti sebanyak 20 peratus. Katanya: “Persoalan itu tidak berbangkit sama sekali sebaliknya rakyat perlu bersyukur dengan apa yang diperolehi.

“Jumlah royalti lima (5) peratus sudah mencukupi kerana dengan jumlah yang ada, sudah mampu menjana pendapatan untuk meningkatkan kehidupan rakyat, “ tegasnya.

Yang nyata, apa yang dituntut oleh saman PAS dianggap tidak lagi valid melalui kenyataan Menteri Besar itu.

Cuma persoalannya apakah saman kerajaan negeri sebelum 2004 itu terbatal dengan sendirinya - hanya melalui persetujuan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Posit, tanpa apa-apa keputusan penghakiman oleh Mahkamah Tinggi?

Isu menarik ialah apakah Kerajaan Negeri PAS yang baharu ditubuhkan selepas pilihan raya 9 Mei lalu akan membuat tuntutan semula?

Bolehkah mereka melakukannya selepas saman oleh kerajaan negeri sudah ditarik balik?

Esok – Royalti – Apa Sikap Kerajaan PAS Terengganu Yang Baharu?

Sunday, May 13, 2018

Apabila Dana RM432 Juta 'Lesap', Royalti Digantikan Dengan Wang Ihsan


Oleh Hambali Abdul Latiff
(Siri2 - sambungan Hasil Royalti - Rakyat Terengganu
 Akan Berputih Mata?)

Semenjak tahun 1978 hingga Mac 2000, Kerajaan Negeri Terengganu memperoleh pendapatan daripada pembayaran tunai royalti minyak dan gas daripada Kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).sebanyak  RM7 bilion.

Namun, pada Jun 2000, media melaporkan Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan
bercadang untuk menghentikan pembayaran tunai itu kepada Kerajaan Negeri
Terengganu.

Selepas itu, pada 5 September 2000, Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan
mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai cadangan membayar wang ihsan.

Untuk rekod, ketika ini Menteri Besar Terengganu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenapa diperkenalkan Wang Ihsan? Apakah kerajaan Pusat dan Petronas sewenang-wenangnya melaksanakan langkah berkenaan?

Mesti ada sebabnya. Antara punca kepada pengenalan dasar baru itu ialah  dibimbangi wang hasil petroleum dan gas itu tidak sampai kepada rakyat.

Beberapa peristiwa sebelum Wang Ihsan diperkenalkan dijadikan rujukan oleh Putrajaya yang kemudian membuat keputusan memberhentikan royalti.

Program pembiayaan Wang Ihsan diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan pada September 2000 melalui pembentukan  Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) untuk menguruskan pembayaran wang tersebut kepada rakyat Terengganu -  tidak lagi disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

Keputusan itu dibuat selepas Kerajaan Persekutuan tidak memperoleh maklumat mengenai program penggunaan wang yang diterima oleh kerajaan negeri sebanyak RM432 juta pada Februari 2000.

Kerajaan PAS Negeri menganggap  cadangan untuk membayar wang ihsan itu melampaui batasan undang-undang (ultra vires) mengikut Akta Kemajuan Petroleum.

Tindakan Putrajaya itu ditafsirkan sebagai 
memungkiri perjanjian utama dan tambahan yang ditandatangani dandipersetujui.

Sebagai latar belakang kepada perjanjian - kerajaan Terengganu menandatangani
Perjanjian Utama pada 22 Mac 1975 dengan Petronas. Melaluinya kedua-dua pihak
bersetuju sebarang kegiatan mencari dan mengeksploitasi petroleum, Petronas
hendaklah membuat pembayaran wang tunai bersamaan lima peratus nilai petroleum
kepada plaintif.

Mengikut perjanjian itu, pembayaran tunai hendaklah dibayar dua kali setahun iaitu pada
atau sebelum 1 Mac dan 1 September setiap tahun .(Ia juga memperuntukkan setiap
pembayaran wang tunai hendaklah terus dibayar selagi petroleum diperoleh
daripada Terengganu).

Kerajaan Terengganu pernah menegaskan bahawa Petronas menandatangani satu lagi
perjanjian tambahan pada 16 September 1987 iaitu mengenai perkiraan dan
penentuan pembayaran tunai bagi pengeluaran petroleum.

Menurut plaintif, Petronas membuat bayaran pertama mengikut perjanjian utama dalam
bulan Mac 1978 secara berterusan tanpa gangguan sehingga bulan Mac tahun 2000.

Banyak pihak nampaknya tidak faham kedudukan perjanjian royalti, khususnya saman
terhadap kerajaan Persekutuan dan Petronas.

Ramai rakyat Terengganu beranggapan dan merasakan perjanjian antara kerajaan Pusat
dan negeri masih seperti sediakala.

Hakikatnya tidak sama sekali!


Adalah baik jika kita mengimbau sejarah saman oleh kerajaan negeri terhadap Putrajaya
dan Petronas dan apa yang berlaku selepasnya.

Untuk ingatan kembali,  selepas  pilihan raya umum pada November 1999, Kerajaan Negeri Terengganu diambil alih oleh PAS.

Rakyat Terengganu perlu memahami kes saman ini dengan teliti untuk tidak membuat
tuduhan atau membalun Putrajaya sesuka hati.

Kefahaman pertama ialah saman kerajaan negeri di bawah pentadbiran Hadi terhadap Putrajaya dan Petronas.

Pada 8 Mac 2001 (disiarkan di akhbar-akhbar pada 9 Mac 2001) bahawa Kerajaan PAS Terengganu menyaman Petronas dan Kerajaan Persekutuan bertujuan menuntut ganti rugi.

Kerajaan negeri PAS mendakwa kedua-dua pihak itu memungkiri perjanjian selain  gagal menjelaskan pembayaran tunai royalti minyak yang dihentikan sejak September tahun sebelumnya (tahun 2000).

Petronas didakwa gagal membayar royalti minyak berjumlah lebih kurang RM850 juta sejak
enam bulan sebelum itu.

Royalti itu didakwa digantikan dengan program wang ihsan.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri Terengganu selaku plaintif memfailkan writ samannya
melalui firma guaman Tetuan Tommy Thomas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi
di Kuala Lumpur pada pagi 6 Mac itu. Dalam saman itu, Petronas dinamakan defendan pertama dan Kerajaan Persekutuan sebagai defendan kedua.


Wakil kerajaan negeri Terengganu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi,
Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia Negeri, Mustafa Ali, Pengerusi
Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Tun Salleh Abbas, Setiausaha
Kerajaan Negeri, Mazlan Hashim dan Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Wan Mutalib Embong turut mengadakan
sidang akhbar berhubung dengan tindakan saman itu.

Dalam saman itu, tuntutan terhadap Petronas mempunyai lima asas dan dan enam asas
pula bagi tindakan terhadap Kerajaan Persekutuan.

Plaintif mendakwa pembayaran tunai pada Mac 2000 berjumlah RM434.8 juta adalah untuk
pengeluaran yang didapati dan diperoleh dalam tempoh separuh tahun kedua bagi
1999.

Jumlah  itu dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi negeri Terengganu sebagai sebahagian daripada hasil negeri pada tahun
2000.

Namun, seperti disebut di atas, Putrajaya memprsoalkan bagaimana dana itu
dibelanjakan.

Disebabkan Kerajaan Persekutuan tidak memperoleh maklumat mengenai program penggunaan wang sebanyak RM432 juta itu, maka kajian semula dilakukan terhadap pembayaran royalty kepada Terengganu.

Yang lain selepas itu hanyalah pertelingkahan sehinggalah berakhirnya kerajaan PAS
pada 2004.

Biarpun  Petronas dituduh secara salah dan memungkiri perjanjian utama dan tambahan telah gagal atau enggan membuat pembayaran tunai berjumlah lebih kurang RM850 juta dalam bulan September tahun 2000  bagi perolehan separuh tahun pertama 2000,
segala-galanya tidak berpihak kepada kerajaan PAS.

Tuntutan plaintif untuk  ganti rugi am, teruk dan teladan terhadap Kerajaan Persekutuan yang didakwa menyebabkan kehilangan keyakinan dalam kemampuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mentadbir negeri, melemahkan semangat kaki tangan awam dan rakyat negeri tidak bermakna lagi.

Apa juga tuntutan termasuk  ganti rugi terhadap Kerajaan Persekutuan kerana menyebabkan kesukaran dan kesulitan kewangan kepada pentadbiran negeri Terengganu hanya tinggal di atas kertas tuntutan semata-mata.
 
Pada 2004, kerajaan PAS digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional dan tenggelamlah seketika isu saman Kerajaan PAS terhadap Kerajaan Persekutuan dan Petronas.

Esok – Kenapa Saman Di Tarik Balik?