Pemain Terengganu, Bogdan Milic (kiri) berjaya menanduk bola menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Syed Adney Syed Hussein untuk gol pertama pasukannya. |
Terengganu kalah lagi di tempat sendiri 1-2 kepada Negeri Sembilan malam tadi, sementara pada Jumaat malam, T-Team menewaskan Sarawak di Kuching dengan jaringan 2-0.
Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pasukan tuan rumah, Terengganu dikecewakan di laman sendiri dengan dua jaringan Negeri Sembilan oleh Goran Jerkovic menerusi sepakan penalti pada minit 72 dan tujuh minit kemudian Muhd Afiq Azmi mengesahkan kemenangan pasukan.
Terengganu terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit 23 oleh pemain import mereka Bogdan Milic dan kekalahan itu menyaksikan Terengganu jatuh di kedudukan terakhir kumpulan dengan tiga mata.
Negeri Sembilan menduduki tempat kedua kumpulan D berkongsi enam mata dengan pendahulu carta, FELDA United melalui perbezaan jaringan.
Blazhe Ilijoski meraikan jaringan gol penalti bersama rakan pasukan. |
Di Kota Bharu, jaringan tunggal pasukan Kelantan menerusi sepakan
penalti pemain import, Blazhe Ilijoski meletakkan pasukan itu mendahului
kumpulan B saingan Piala Malaysia 2016 pada perlawanan malam tadi.
Ilijoski menjaringkan gol sepakan penalti itu pada minit
ke-50 selepas rakan sepasukannya, Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dikasari oleh
pemain pertahanan Kuala Lumpur dalam kawasan kotak penalti di Stadium Sultan
Mohammad ke-IV, Kota Bharu.
Kelantan mendahului carta kumpulan dengan tujuh mata
manakala Selangor di tangga kedua dengan empat mata selepas tewas kepada Pahang
0-1 hasil jaringan Matthew Thomas Davies pada minit 31 di Stadium Darul Makmur,
Kuantan.
Skuad Tok Gajah akhirnya berjaya meraih tiga mata berharga selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor dalam saingan Kumpulan B.
Skuad kendalian Razip Ismail itu melakar gol pembukaan menerusi kapten pasukan Matthew Davies selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan R.Dinesh pada m-31.
Pemain Selangor, Ahmad Hazwan Bakri (tengah) diasak pemain Pahang, Faysal Shayesteh (dua, dari kanan). |
Kedudukan kekal dengan Pahang mendahului lawan satu gol tanpa balas hingga tamat separuh babak pertama permainan.
Bersambung babak kedua tuan rumah memiliki banyak peluang keemasan hasil cubaan R Kogileswaran pada m-68 tetapi tepat ke dakapan ke penjaga gol lawan Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.
Empat minit kemudian rembatan pemain import tuan rumah Faysal Shayesteh berjaya ditepis Khairul Azhan dan tertampan kembali ke arah Faysal tetapi tinggi melepasi gawang.
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil Mohd Zohri Tajuddin dan kemenangan pertama dalam saingan kumpulan memberikan sedikit kelegaan selepas mengalami dua kekalahan sebelum ini.
Pemain PKNS FC, Juan Manuel Cobelli (dua dari kanan) cuba melepasi asakan pemain PDRM, Muhammad Safuwan Baharuddin (kanan) pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.
|
Kumpulan C pula menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
kekal mendahului carta dengan tujuh mata selepas menang 2-1 menewaskan PKNS FC
yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor.
Dalam perlawanan itu, PKNS FC terlebih dulu menjaringkan
gol seawal minit ke-10 menerusi Matias Nicolas Hadwa dan PDRM menyamakan
kedudukan menerusi jaringan Guilherme De Paula Lucrecio pada minit 26 kemudian
Guilherme bertindak cemerlang mengesahkan kemenangan PDRM pada minit 68.
Mengekori rapat dalam kumpulan C adalah pasukan Perak yang terus cemerlang dalam kempen TM Piala
Malaysia 2016 apabila membenam JDT, 3-0 di Ipoh.
Kedua-dua pasukan bermula garang dalam usaha membuka
jaringan, namun seawal minit pertama, JDT hampir mengejutkan tuan rumah apabila
pemain lincah, S.Chanturu berjaya melepasi kawalan pertahanan Perak, namun
rembatannya tinggi melewati palang gol.
Tersentak dengan asakan berkenaan, kesebelasan Perak
bangkit mengatur serangan ke gawang pelawat.
Minit ke-11, sekali lagi Perak berpeluang membuka jaringan, namun sepakan percuma penyerang import, Xhevahir
Sukaj berjaya diselamatkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.
Sukaj ahkirnya berjaya memecah kebuntuan apabila meledak
jaringan pembukaan pada minit ke-15 apabila berjaya memanfaatkan lorongan
cantik rakan sepasukan dengan merembat deras menewaskan Farizal.
Minit ke-24, JDT pula berpeluang menyamakan kedudukan,
namun rembatan Chanturu berjaua diselamatkan penjaga gol skuad Seladang itu,
Muhammad Hafizul Hakim.
Stadium Perak sekali lagi gamat apabila pemain lincah
Mohd Fazli Kadri meledak gol kedua pada minit ke-42.
Jaringan berkenaan dilihat mula menyemarakkan semangat
kesebelasan Perak bagi menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan
tambahan berjaya dilakukan hingga tamat babak pertama.
Babak kedua menyaksikan Perak semakin menggandakan asakan
bagi menambah jaringan.
JDT terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemainnya,
S Chanturu dilayangkan kad merah pada minit ke-60.
Kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya kesebelasan Perak
dan hasilnya, Mohd Fazrul Hazli meledak gol ketiga skuad The Bos Gaurus itu
pada minit ke-65 setelah berjaya melepasi kawalan pertahanan JDT.
Gol ketiga berkenaan semakin menyemarakkan semangat
kesebelasan Perak untuk terus mengasak ke gawang lawan bagi menambah jaringan.
S Chanthuru dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Perak, Thiago Junior Aquido (kanan). |
Pada Jumaat malam,
skuad Bujang Senang tidak menggunakan
peluang beraksi di tempat sendiri apabila tewas kepada pasukan T-Team 0-2 di
Stadium Negeri, Kuching.
Selepas terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama, skuad bimbingan Rahmad Darmawan melalui pemain import dari Brazil, Patrick Dos Santos Cruz akhirnya menjaringkan kedua-dua gol bermakna itu pada minit ke-69 dan masa tambahan.
T-Team yang pada awalnya berada pada kedudukan terakhir Kumpulan A, naik ke tangga kedua dengan pungutan empat mata selepas tiga berlawanan, diikuti JDT II (tiga mata) dan Sarawak (satu mata).
Pemain Sarawak, Mohd Sharol Saperi terduduk selepas diasak. |
Felda United pula kekal di kedudukan teratas Kumpulan D
dalam saingan Piala Malaysia selepas menang tipis 1-0 ke atas Melaka United.
Pada perlawanan sengit di Stadium Hang Jebat, Melaka,
Felda United dilihat lebih banyak menguasai permainan dan melancarkan serangan
bertali arus sehingga memaksa Melaka United bertahan memastikan kedua-dua
pasukan terikat tanpa sebarang jaringan pada separuh masa pertama.
Pasukan The Fighters melalui kapten pasukannya, Shukor Adan akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-87.
Melaka United berada di kedudukan tercorot selepas tiga perlawanan malam ini dengan berkongsi tiga mata dengan pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan.
Naib juara, Kedah masih kekal di tangga teratas carta Kumpulan A dengan pungutan tujuh mata terkumpul selepas seri tanpa sebarang jaringan dengan Johor Darul Ta'azim II di Stadium Darul Aman, Kedah.
Pasukan The Fighters melalui kapten pasukannya, Shukor Adan akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-87.
Melaka United berada di kedudukan tercorot selepas tiga perlawanan malam ini dengan berkongsi tiga mata dengan pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan.
Naib juara, Kedah masih kekal di tangga teratas carta Kumpulan A dengan pungutan tujuh mata terkumpul selepas seri tanpa sebarang jaringan dengan Johor Darul Ta'azim II di Stadium Darul Aman, Kedah.
No comments:
Post a Comment