"Jikalau kebanyakan mufti golongan ulama kerajaan hanya ambil jalan mudah seperti terkandung dalam peringatan slogan surat menyurat kerajaan: "Saya yang menurut perintah", siapa pula yang akan menjunjung perintah Allah?"
Oleh Raja BahrinShah
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Ustaz Ahmad Awang, Penasihat Umum AMANAH, telah menggesa
Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian tentang isu 1MDB dan juga tindakan
saman kerajaan Amerika baru baru ini ke atas 1MDB.
Malahan Majlis Raja-Raja Melayu sejak Oktober 2015 lagi
telah meminta isu 1MDB diselesaikan oleh kerajaan tanpa tindakan yang
sepatutnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Saya juga pernah menyoal fenomena membisu kebanyakan ulama tentang isu 1MDB. Setakat ini hanya seorang mufti Negeri yang ke hadapan bersuara tentang kemungkaran pemerintah.
Saya juga pernah menyoal fenomena membisu kebanyakan ulama tentang isu 1MDB. Setakat ini hanya seorang mufti Negeri yang ke hadapan bersuara tentang kemungkaran pemerintah.
Berkatalah pula Mufti Perak Tan Sri Harussani yang
"Peguam Negara sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB!"
Perlu diingat selepas Tan Sri Abdul Gani Patail
“dipencenkan" secara mengejut sebagai peguam negara atas alasan kesihatan,
walaupun beliau mengakui sihat dan segar, penggantinya secepat kilat
mengisytiharkan Najib bebas dari segala kesalahan dalam isu 1MDB!
Begitu hebatnya peguam negara sekarang. Pada masa yang
sama laporan Ketua Audit Negara dirahsiakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Sangat mudah Harussani membuat kesimpulan dalam isu yang
penting untuk negara ini.
Bukankah Islam melarang dari membuat keputusan tergesa
gesa tanpa kajian mendalam. Apakan lagi dalam isu sepenting ini untuk negara.
Penghias majlis
Jika ulama kerajaan dan mufti membuat kenyataan
seolah-olah hanya untuk mengiakan pihak kerajaan sahaja, tidak boleh disalahkan
rakyat menyoal peranan mereka menegakkan kebenaran menurut Islam sebenarnya.
Sekarang pun ramai yang memandang golongan ini lebih
sebagai penghias dan penyeri majlis rasmi kerajaan sahaja.
Lebih menghairankan lagi kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukor Husin yang menyatakan: "Kita juga tidak
punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global."
Majlis Fatwa tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB?
Ini menimbulkan soal tanda tanya adakah Majlis Fatwa
berhasrat untuk terus relevan dan memainkan peranan menyeluruh dan bermakna isu
semasa untuk masyarakat Islam hari ini dalam suasana ekonomi global?
Mereka mesti mengubah sikap untuk menjadi terus relevan.
Di mana usaha dan kesungguhan mereka untuk memahami isu semasa?
Para mufti dan ulama kerajaaan janganlah kelihatan hanya
untuk menentukan tarikh puasa dan raya sahaja tetapi peranan mereka sepatutnya
lebih luas.
Majlis Raja-Raja Melayu membuat pendirian dengan
inisiatif mereka meminta pandangan pakar sebelum menasihati kerajaan
menyelesaikan isu 1MDB tahun lepas lagi.
Di mana kesungguhan Majlis Fatwa?
Tidakkah boleh Majlis Fatwa juga mencari pakar luar atau
jabatan kerajaan untuk memberi pandangan jika mereka betul-betul
bersungguh-sungguh menangani isu ini?
Ulama bijaksana
Bukankah Majlis Fatwa sepatutnya juga menasihati Majlis
Raja-Raja? Bagaimana hendak menasihati Raja-Raja kalau Raja-Raja lagi jauh ke
hadapan dalam kesungguhan serta inisiatif menangani isu semasa sementara Majlis
Fatwa memberi berbagai alasan.
Perpatah Melayu berbunyi "kalau hendak seribu daya,
kalau tidak seribu dalih!"
Ilmu agama sahaja tanpa kebijaksanaan dan inisiatif
rujukan kepakaran bidang-bidang lain tidak cukup untuk menangani isu kompleks
dunia hari ini.
Bukan tidak pernah ada ulama Malaysia yang bijaksana di
era moden hari ini.
Almarhum Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah contoh
cemerlang ulama bertaraf dunia! Beliau mengelilingi dirinya dengan pakar serta
bijak pandai termasuk profesional dan dengan penuh bijaksana menangani isu
semasa dengan baik.
Nik Aziz disegani ramai dari kalangan kawan dan lawan.
Kenapa para ulama serta mufti kita hari ini tidak bolih mengambil sikap yang
sama tetapi memilih untuk duduk dibawah telunjuk pemimpin negara.
Rakyat sangat kecewa!
Junjung perintah
Allah
Jikalau kebanyakan mufti golongan ulama kerajaan hanya
ambil jalan mudah seperti terkandung dalam peringatan slogan surat menyurat
kerajaan: "Saya yang menurut perintah", siapa pula yang akan
menjunjung perintah Allah?
Almarhum Nik Aziz telah menujuk contoh kepimpinan ulama
yang tegas dan berani untuk memimpin Kelantan secara Islam untuk lebih dari 20
tahun.
Apabila ulama hari ini memilih untuk membisu apabila
berhadapan dengan kerajaan zalim, ini akan menyebabkan kemusnahan masyarakat
Islam.
Mufti kerajaan kita hari ini hanya berani melontar
kenyataan terhadap golongan minoriti sahaja seperti yang dilakukan olih mufti
Pahang yang mengistihar golongan tertentu di Malaysia sebagai kafir harbi!
Berhadapan dengan pemimpin berkuasa negara yang zalim,
mereka tidak berani mengangkat muka pun dan terus diam membisu seribu bahasa.
Pada saat umat Islam Malaysia mengharapkan kepimpinan dan
ketegasan dari ulama dalam menghadapi kemelut masalah negara, kenapakah ulama
dan mufti kita hari ini kebanyakannya berdiam diri?
Berapa lama lagikah harus kita menunggu untuk
golongan-golongan ini yang akan menunjukkan kepimpinan seperti Almarhum Nik
Aziz muncul?
Hanya ulama dan mufti-mufti sahajalah yang bolih memberi
jawapannya.
Saranan ini juga ditujukan kepada ulama-ulama dari parti
pembangkang yang ingin memperjuangkan hak rakyat dan menentang kemungkaran.
Nasihatilah kerajaan seperti yang di janjikan. Itu pun
kalau mereka masih mahu bangkit sedar dan peka rintihan serta derita rakyat
hari ini.
Hanya pada Allah kita berdoa dan berserah.
No comments:
Post a Comment