Pua dirujukkan kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.
Syabas
keapada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana memberikan reaksi segera kepada
segala pertanyaan dan persoalan yang dikemukakan, khususnya oleh DAP.
1MDB
jangan membisu dan reaksi spontan akan menjadikan 1MDB lebih berwibawa dan
sedikit sebanyak akan meringankan beban Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib
Razak.
Isu 1MDB
perlu dijawab oleh 1MDB, bukan orang lain, Pentadbirannya diberikan amanah
untuk mentadbir dan mengemukakan pelan rasionalisasinya dengan jelas.
1MDB tidak
perlu bertanya apakah DAP dipacu oleh agenda politik?
Memang
itulah hasrat dan perjuangannya. Benar apa yang dikatakan oleh 1MDB bahawa DAP
mahu menggagal dan menghalang pelaksanaan pelan rasionalisasinya.
Jika itu
berjaya bukan 1MDB sahaja yang akan dilihat gagal, malah juga Perdana Menteri
dan akhirnya ialah Barisan Nasional (BN).
Malah, 1MDB yang sudah berjanji untuk terus memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menyiasat syarikat itu, perlu menunaikan janji.
Malah, 1MDB yang sudah berjanji untuk terus memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menyiasat syarikat itu, perlu menunaikan janji.
1MDB perlu
dilihat telus dan berhasrat membersihkan imejnya dan semua pihak yang
dilihatkan, khususnya Perdana Menteri.
Hari ini
syarikat pelaburan kerajaan (diubah statusnya oleh The Malaysian Insider kepadasyarikat syarat hutang), 1MDB mengulangi matlamat utama pelaburan ekuiti US$1
bilion dalam PetroSaudi International (PSI) adalah untuk mendapatkan 40 peratus
pegangan ekuiti, yang telah dicapai.
Semua dana yang dibayar oleh 1MDB adalah mengikut perjanjian-perjanjian yang dilaksanakan dengan sewajarnya dan tertakluk kepada setiap terma undang-undang, bayaran dibuat kepada akaun bank atas arahan PSI.
PSI mengesahkan semua dana yang dipindahkan atas arahannya telah diterima dan tiada lagi baki hutang tertunggak dalam syarikat usaha sama, apabila 1MDB memperoleh pemilikan.
Semua maklumat berhubung pindahan itu, termasuk perjanjian berkaitan yang dilaksanakan dan aliran dana, dibentangkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB.
Pada
Jumaat, (16 Oktober 2015), DAP menggesa 1MDB mengesahkan jika ia melanggar
peraturan pindahan wang luar negara ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM),
susulan pengesahan syarikat itu terhadap minit mesyuarat lembaga pengarah yang
didedahkan laman pemberi maklumat Sarawak Report, adalah sahih.
Setiausaha
Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Sarawak Report menyiarkan surat
kebenaran BNM kepada 1MDB bertarikh 29 September, 2009, untuk memindahkan dan
melabur AS$1 bilion dalam satu usahasama dengan PetroSaudi Development Limited.
Katanya,
surat itu memberi kebenaran kepada 1MDB untuk memperoleh 40% daripada
1MDB-PetroSaudi Limited berdasarkan kepada maklumat tertentu yang disediakan
1MDB dalam permohonannya, iaitu termasuk:
* usaha
sama itu akan mempunyai gabungan dana ekuiti AS$2.5 bilion untuk digunakan bagi
pelaburan dalam pelbagai sektor.
* AS$2.5
bilion itu akan didepositkan ke Banca della Svizzera Italiana SA, Geneva
sementara menunggu bakal pelaburan dikenal pasti.
* dana itu
akan dipindahkan secara berperingkat untuk memastikan ia mengikut pasaran
pertukaran asing.
Tony Pua
mendakwa 1MDB secara jelas mengelirukan bank pusat itu dalam permohonannya
untuk memindahkan dana AS$1 bilion di luar negara.
Ahli
Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata usaha sama itu tidak pernah memperoleh
dana AS$2.5 bilion memandangkan PetroSaudi tidak menyuntik sebarang tunai dalam
usaha sama itu bagi bahagiannya sebanyak 60%.
Sebaliknya,
Tony Pua berkata, PetroSaudi memasukkan asetnya yang didakwa bernilai lebih
AS$1.5 bilion, yang kemudiannya dibuktikan satu penipuan atau tidak wujud.
“Malah,
AS$1 bilion yang dilaburkan oleh 1MDB juga tidak pernah didepositkan ke Banca
della Svizera Italiana SA.
“Sebaliknya,
AS$700 juta disalahgunakan secara langsung ke akaun Good Star Limited dengan
Coutts Bank, Switzerland yang dikawal Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai
Jho Low,” katanya.
Tony Pua
berkata, dana itu juga tidak pernah dipindahkan mengikut bahagian tetapi secara
sekali gus dalam 2 akaun berbeza, tidak berapa lama selepas menerima surat BNM.
Beliau lantas
menggesa Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy untuk mengesahkan surat BNM itu
tulen, sambil menambah ia akan memberikan bukti jelas kepada pihak berkuasa
yang menjalankan siasatan supaya peguam negara boleh mendakwa pegawai terbabit
kerana pecah amanah, salah guna dan menggelapkan wang serta jenayah lain
mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan.
Reaksi
daripada itu, 1MDB berkata DAP dipacu oleh agenda politik yang bertujuan
menggagal dan menghalang pelaksanaan pelan rasionalisasinya.
Mengulas kenyataan DAP yang dikeluarkan itu, 1MDB berkata, ia secara konsisten menyatakan yang jika terdapat sebarang salah laku, tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang.
DAP sedar mengenai perkara ini, kata 1MDB, kerana ahli PAC termasuk AhliParlimen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua.
Mengulas kenyataan DAP yang dikeluarkan itu, 1MDB berkata, ia secara konsisten menyatakan yang jika terdapat sebarang salah laku, tindakan perlu diambil berdasarkan undang-undang.
DAP sedar mengenai perkara ini, kata 1MDB, kerana ahli PAC termasuk AhliParlimen DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Tony Pua.
"Siasatan oleh pihak berkuasa undang-undang adalah forum yang sesuai untuk
fakta dan kebenaran ditentukan.
"Oleh itu kami terkejut, DAP seolah-olah berhasrat untuk terus menjadikannya isu umum, didorong oleh apa yang boleh dianggap sebagai pertimbangan agenda politik," katanya.
1MDB berjanji untuk terus memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang menyiasat syarikat itu, tambahnya.
"Kami telah menjelaskan, paling terbaru pada 10 Okt, 2015, bagaimana US$1.39 daripada jumlah ini ditebus dalam tunai, meninggalkan baki US$940 juta dalam bentuk unit dana yang akan menjadi sebahagian daripada 'pertukaran hutang kepada aset' dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dari Abu Dhabi," tegas 1MDB.
1MDB turut menjelaskan dakwaan Tony Pua bahawa syarikat itu memerlukan jaminan keluar adalah salah.
Syarikat itu berkata penjualan Edra Global Energy Bhd, digabungkan dengan RM16 bilion 'pertukaran hutang kepada ekuiti' dengan IPIC yang diumumkan sebelum ini dan jualan ekuiti dalam Bandar Malaysia, akan mengurangkan hutang 1MDB sehingga RM42 bilion.
Angka itu tidak termasuk tunai lagi jangkaan ana daripada jualan baki tanah di TRX, Pulau Indah dan di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment