Monday, October 26, 2015

PAS Muka Tak Malu, Gila Talak, Bagai ‘Anjing Buruk Kepala…’

Ibarat ‘seorang suami yang ego yang merasakan tidak rugi apa-apa jika bercerai dengan isterinya. Namun selepas itu apa jadi? Dia gila talak. Meroyan…”
Mungkin menyesal dan mahu kembali semula kepada isterinya. Sedangkan isterinya sudahpun berkahwin lain dan gembira hidupnya.
Itulah PAS hari ini. Rasa boleh hidup sendiri dan hasrat untuk ke Putrajaya tidak pernah luntur!
SAIFUDDIN...tumpuan PKR ialah Pakatan Harapan.
Yang nyata, reaksi daripada dua pemimpin parti dalam bekas Pakatan Rakyat yang kini digantikan dengan Pakatan Harapan menunjukkan dengan jelas di mana PAS kini berada – ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’.
Sejauh ini PKR sudah mengadakan empat pertemuan dengan PAS dan semuanya diketuai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebaliknya,  tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kalau ada perkara yang dipersetujui pun,  mungkin hanya melalui satu kerjasama pilihan raya atau 'electoral pact’, bukannya Pakatan Rakyat, seperti yang PAS sedang gembar-gemburkan.
TONY PUA...panggil mesyuarat dan lihat siapa datang.
Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April, 2008 berikutan pilihan raya umum tahun itu, dengan dasar rangka kerja bersamanya disediakan pada 19 Disember, 2009.

Ketara sangat ‘gila talak’ ini ditunjukkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mengatakan Pakatan Rakyat, gabungan lama pembangkang, masih wujud.

Malah, kata PAS, Pakatan Rakyat berjalan tanpa DAP – kawan yang kemudian bertukar seteru politik PAS Islam itu.

“PAS akan memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mesyuarat bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan.

“Pakatan Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal sehingga kini,” katanya.

Ini baru selepas sebulan Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS atau dengan kata lain, sebulan selepas ‘perkahwinan baru’ antara PKR, DAP dan parti serpihan PAS - Parti Amanah Negara (AMANAH) PADA 22 September 2015.

Gabungan baharu di antara PKR, DAP dan AMANAH, melibatkan pemimpin PAS progresif yang ditewaskan pada pemilihan parti pada Jun lalu, diwujudkan selepas berlaku kelompangan yang perlu diisi segera demi memberikan pilihan alternatif kepada rakyat.
PAS turut dijemput menganggotainya tetapi masih belum bersedia ikut serta. PAS enggan menyertai pakatan baharu itu, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerja dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan menganggap pemimpin AMANAH adalah "pengkhianat" kerana meninggalkan PAS.
Sebaliknya Tuan Ibrahim bernostalgia dengan kenangan lama sambil memberi contoh kewujudan Pakatan Rakyat dibuktikan melalui kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Dia pun dah lupa Terengganu yang mempunyai satu ADUN PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.

Reaksinya?

Pengarah Pilihan Raya PKR DatukSaifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS, tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja menyebabkan ia sudah mati.

PAS seperti tidak faham bahawa dengan tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, dan tiada lagi urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas setiausaha agung PKR.
Menurut Saifuddin, pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu mungkin berbeza.
Saifuddin pada 25 October 2015,  menjelaskan, untuk mengukuhkan hujahnya, tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika mesyuarat itu melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa.
Baginya, menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif dengan semua parti yang bertekad menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Pernah dalam satu pertemuan yang saya turut hadir, PKR mencadangkan PAS dapat bersetuju dengan 'formula satu lawan satu' dan perwakilan PAS meminta untuk kembali membincangkan idea itu dalam mesyuarat pimpinan utama parti,” katanya.
Bermakna sehingga kini, idea mengadakan satu 'electoral pact’pun belum diputuskan. Tidak akan ada ‘Pakatan Rakyat’ seperti yang Tuan Ibrahim fahami.
Lebih memalukan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua semalam mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat diadakan, bagi menamatkan perdebatan mengenai sama ada pakatan pembangkang itu masih wujud atau tidak.

Menurutnya, melalui mesyuarat itu boleh dilihat siapa yang akan hadir.

"Kalau Pakatan  Rakyat masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat dan lihat siapa yang akan hadir, “ katanya.

Tony Phua memalukan PAS dengan mengatakan mungkin hanya PAS yang akan muncul.

“Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah," kata Tony Pua yang turut menafikan dakwaan Tuan Ibrahim yang Pakatan Rakyat masih hidup walaupun ia hanya dianggotai PKR dan parti Islam itu sendiri.

"Pendirian DAP sama sampai mati, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud,” tegasnya sambil menjelaskan sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.
Jadi sekarang bagaimana PAS? ‘Masih bernostalgia’?
Bagi PKR, DAP dan AMANAH, keutamaan mereka sekarang ialah memperkemaskan Pakatan Harapan di mana mesyuarat pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan diadakan pada 19 Oktober lalu, disusuli pengumuman belanjawan alternatif mereka oleh Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang pada 21 Oktober.

Kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan juga dibuat, menyentuh pelbagai isu semasa, manakala jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor pada 9 Oktober, 2015.
Di mana PAS pada majlis berkenaan?
PAS sewajarnya menyedari bahawa walaupun masih ‘bersama PAS dalam beberapa perkara’, PKR melihat satu-satunya pakatan politik yang PKR terlibat memeterai perjanjian ialah Pakatan Harapan.
Tidak sedaplah mengatakan PAS kini bagai ‘anjing buruk kepala…’ tetapi itulah hakikatnya.
Dengan DAP dan AMANAH ia  sudah tidak boleh bertentang mata, dengan PKR pun belum tentu masa depannya.
Bernostalgialah PAS dengan keindahan bersama sesebelum ini dalam Pakatan Rakyat.
Namun hakikatnya kini ia terambang-ambing bersaorangan tanpa ada yang mahu bersamanya gara-gara keeogan dan kesombongan pemimpinnya!
Lupakan Putrajaya. Juga mungkin boleh melupakan untuk mempertahankan banyak kerusi yang tersedia ada dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

No comments:

Post a Comment