Ibarat ‘seorang suami yang ego yang merasakan tidak
rugi apa-apa jika bercerai dengan isterinya. Namun selepas itu apa jadi? Dia
gila talak. Meroyan…”
Mungkin menyesal dan mahu kembali semula kepada
isterinya. Sedangkan isterinya sudahpun berkahwin lain dan gembira hidupnya.
Itulah PAS hari ini. Rasa boleh hidup sendiri dan hasrat
untuk ke Putrajaya tidak pernah luntur!
SAIFUDDIN...tumpuan PKR ialah Pakatan Harapan. |
Yang nyata, reaksi daripada dua pemimpin parti dalam
bekas Pakatan Rakyat yang kini digantikan dengan Pakatan Harapan menunjukkan
dengan jelas di mana PAS kini berada – ‘hidung tak mancung, pipi
tersorong-sorong’.
Sejauh
ini PKR sudah mengadakan empat pertemuan dengan PAS dan semuanya
diketuai Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sebaliknya, tidak ada satu pun mesyuarat itu yang turut
dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kalau
ada perkara yang dipersetujui pun, mungkin hanya melalui satu kerjasama pilihan raya
atau 'electoral pact’, bukannya Pakatan Rakyat, seperti yang PAS sedang
gembar-gemburkan.
TONY PUA...panggil mesyuarat dan lihat siapa datang. |
Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April, 2008 berikutan
pilihan raya umum tahun itu, dengan dasar rangka kerja bersamanya disediakan
pada 19 Disember, 2009.
Ketara sangat ‘gila talak’ ini ditunjukkan
oleh Timbalan Presiden
PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mengatakan Pakatan Rakyat, gabungan lama
pembangkang, masih wujud.
Malah,
kata PAS, Pakatan Rakyat berjalan tanpa DAP – kawan yang kemudian bertukar
seteru politik PAS Islam itu.
“PAS akan
memperkasakan Pakatan Rakyat dengan penyusunan semula kekuatan antara parti PAS
dan PKR di samping beberapa buah parti di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mesyuarat
bersama PKR yang diadakan minggu lepas bersetuju untuk mengukuhkan muafakat
melalui perbincangan di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan.
“Pakatan
Rakyat tanpa DAP adalah satu platform politik yang masih utuh dan kekal
sehingga kini,” katanya.
Ini baru
selepas sebulan Pakatan Harapan diumumkan tanpa PAS atau dengan kata lain,
sebulan selepas ‘perkahwinan baru’ antara PKR, DAP dan parti serpihan PAS -
Parti Amanah Negara (AMANAH) PADA 22 September 2015.
Gabungan
baharu di antara PKR, DAP dan AMANAH, melibatkan pemimpin PAS progresif yang
ditewaskan pada pemilihan parti pada Jun lalu, diwujudkan selepas berlaku
kelompangan yang perlu diisi segera demi memberikan pilihan alternatif kepada
rakyat.
PAS
turut dijemput menganggotainya tetapi masih belum bersedia ikut serta. PAS
enggan menyertai pakatan baharu itu, mengatakan ia tidak lagi boleh bekerja
dengan DAP selepas memutuskan hubungan dengan bekas sekutunya itu, dan
menganggap pemimpin AMANAH adalah "pengkhianat" kerana meninggalkan
PAS.
Sebaliknya
Tuan Ibrahim bernostalgia dengan kenangan lama sambil memberi contoh kewujudan Pakatan Rakyat
dibuktikan melalui kerjasama politik di Selangor dan Kelantan. Dia pun dah lupa
Terengganu yang mempunyai satu ADUN PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar.
Reaksinya?
Pengarah Pilihan Raya PKR DatukSaifuddin Nasution Ismail berkata, PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS,
tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja menyebabkan ia sudah mati.
PAS
seperti tidak faham bahawa dengan tidak lagi mempunyai dasar rangka kerja, dan
tiada lagi urusetia yang menyelaraskan program dan aktiviti pakatan itu.
"Hari ini semuanya itu tidak lagi wujud dan ini
bermakna PR tidak lagi berfungsi," kata Saifudin yang juga bekas
setiausaha agung PKR.
Menurut
Saifuddin, pemahaman Tuan Ibrahim mengenai apa yang dibincangkan dalam mesyuarat
itu mungkin berbeza.
Saifuddin
pada 25 October 2015, menjelaskan, untuk
mengukuhkan hujahnya, tiada sebarang keputusan politik pernah dibuat ketika
mesyuarat itu melainkan sekadar bertukar-tukar pandangan perihal isu semasa.
Baginya,
menjadi dasar PKR mengekalkan pendekatan terbuka dan inklusif dengan semua
parti yang bertekad menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya
umum akan datang.
"Pernah
dalam satu pertemuan yang saya turut hadir, PKR mencadangkan PAS dapat
bersetuju dengan 'formula satu lawan satu' dan perwakilan PAS meminta untuk
kembali membincangkan idea itu dalam mesyuarat pimpinan utama parti,” katanya.
Bermakna
sehingga kini, idea mengadakan satu 'electoral pact’pun belum diputuskan. Tidak
akan ada ‘Pakatan Rakyat’ seperti yang Tuan Ibrahim fahami.
Lebih memalukan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua
semalam mencadangkan satu mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat diadakan,
bagi menamatkan perdebatan mengenai sama ada pakatan pembangkang itu masih
wujud atau tidak.
Menurutnya, melalui mesyuarat itu boleh dilihat siapa yang akan hadir.
"Kalau Pakatan Rakyat masih hidup, mungkin sesiapa boleh mengadakan
mesyuarat majlis presiden Pakatan Rakyat dan lihat siapa yang akan hadir, “ katanya.
Tony Phua memalukan PAS dengan mengatakan mungkin hanya PAS
yang akan muncul.
“Jadi, jika itu yang berlaku, maka ia tidak wujudlah,"
kata Tony Pua yang turut menafikan dakwaan Tuan Ibrahim yang Pakatan Rakyat masih hidup
walaupun ia hanya dianggotai PKR dan parti Islam itu sendiri.
"Pendirian
DAP sama sampai mati, Pakatan Rakyat tidak lagi wujud,” tegasnya sambil menjelaskan
sebarang kerjasama antara PKR dan PAS ketika ini tidak ada kena mengena dengan
PR sebagai satu pakatan rasmi seperti sebelum ini.
Jadi
sekarang bagaimana PAS? ‘Masih bernostalgia’?
Bagi PKR, DAP dan AMANAH, keutamaan mereka sekarang ialah
memperkemaskan Pakatan Harapan di mana mesyuarat pertama Majlis Presiden
Pakatan Harapan diadakan pada 19 Oktober lalu, disusuli pengumuman belanjawan
alternatif mereka oleh Dr Wan Azizah selaku ketua pembangkang pada 21 Oktober.
Kenyataan
bersama pimpinan Pakatan Harapan juga dibuat, menyentuh pelbagai isu semasa,
manakala jelajah Pakatan Harapan ke seluruh negara dilancarkan di Labis Johor
pada 9 Oktober, 2015.
Di
mana PAS pada majlis berkenaan?
PAS
sewajarnya menyedari bahawa walaupun masih ‘bersama PAS dalam beberapa
perkara’, PKR melihat satu-satunya pakatan politik yang PKR terlibat memeterai
perjanjian ialah Pakatan Harapan.
Tidak
sedaplah mengatakan PAS kini bagai ‘anjing buruk kepala…’ tetapi itulah
hakikatnya.
Dengan
DAP dan AMANAH ia sudah tidak boleh bertentang mata, dengan PKR pun belum tentu
masa depannya.
Bernostalgialah
PAS dengan keindahan bersama sesebelum ini dalam Pakatan Rakyat.
Namun
hakikatnya kini ia terambang-ambing bersaorangan tanpa ada yang mahu bersamanya
gara-gara keeogan dan kesombongan pemimpinnya!
Lupakan
Putrajaya. Juga mungkin boleh melupakan untuk mempertahankan banyak kerusi yang
tersedia ada dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
No comments:
Post a Comment