Blog pro-UMNO yang dikatakan rapat dengan Pejabat Perdana
Menteri (PMO) membidas Ketua Pemuda UMNO Terengganu dengan menganggap ‘beliau
sebagai gagal berfungsi’.
Blog itu kini dilihat sedang mencampuri urusan politik
UMNO negeri Terengganu dengan hujahnya yang dilihat mempunyai ada unsur ‘pukul
anak, sindir menantu’.
Apakah komentar dan kritikan bertajuk “Adakah Ketua Pemuda
Terengganu Gagal Berfungsi?” yang disiarkan pada semalam (3 Jun
2016) itu sebagai kritikan tidak langsung kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Malaysia?
Menurut mykmu.net, Ketua Pemuda UMNO Terengganu yang juga
Ketua Pemuda Hulu Terengganu itu hanya mampu bergoyang kaki dan tersenyum
“bodek” apabila berlaku sesuatu krisis.
Beliau dikatakan menyerahkan bulat-bulat setiap masalah
dan krisis yang berlaku kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman untuk mencari jalan penyelesaian.
Beliau disifatkan sebagai tidak bergerak secara aktif
dalam mempertahankan ketuanya baik di peringkat negeri mahupun pusat. Setiap
kali berlaku isu yang membabitkan pemuda mahupun ketuanya, beliau hanya
mampu berdiam diri.
Timbulnya beliau hanya setelah isu kembali reda dan
tangan ketuanya dicium rapat di hidung sebagai tanda taat setia.
“Apakah ini sahaja yang mampu Johari (Johari Abu Bakar) lakukan?
Negeri Terengganu memerlukan seorang ketua di kalangan pemuda yang lebih
agresif, berfikiran jauh dan mampu membuat kerja, “ kata mykmu.net.
Berikutan itu, mykmu.net mahu UMNO Perhubungan Negeri
Terengganu mengambil keputusan yang sebaik mungkin untuk mengambil hati pemuda
dan belia kembali bagi menghadapi PRU yang akan datang di mana hampir 50
peratus pengundi adalah di kalangan belia.
Johari turut dianggap sebagai seorang ketua pemuda yang langsung tidak
menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua dan orang utama sayap UMNO,
khususnya dalam menenangkan isu-isu yang
berlaku di kalangan belia amnya dan Pemuda UMNO khususnya.
“Meneliti kembali aktiviti KPUNT sejak dilantik,
beliau tidak memainkan peranannya secara aktif dalam parti tersebut
melainkan “menyambung” legasi ketua-ketua sebelumnya dan mengambil alih
program-program yang diaturkan oleh ketua pemuda UMNO Bahagian yang lain,” kata
kmu.net.
Beliau juga dituduh tidak mempunyai idea yang bernas dan
karisma yang begitu menonjol apabila isu-isu begini tidak berjaya diselesaikan
olehnya selaku ketua.
Berikutan itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy
Jamaluddin diminta menilai kembali bagaimana Johari melakukan kerja dalam
memantapkan kedudukan UMNO di kalangan belia di Terengganu.
Nasib kaulah Johari...
Yang lain, baca komen mykmu.net mengenai Ketua Pemuda
UMNO Terengganu tersebut:
(3
Jun 2016)
Kemelut
yang berlaku di kalangan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dilihat semakin parah
apabila banyak pihak mula memainkan isu tersebut di laman media sosial.
Walaupun
berlaku sedikit tsunami kecil di Kemaman, namun Ketua Pemuda UMNO Negeri
Terengganu (KPUNT) hanya mampu membuat ucapan tahniah di atas pengiktirafan
Menteri Besar Terengganu terhadap golongan belia.
Amat
menyedihkan apabila seorang ketua pemuda langsung tidak menjalankan
tanggungjawabnya sebagai ketua dan orang utama sayap UMNO dalam menenangkan
isu-isu yang berlaku di kalangan belia amnya dan Pemuda UMNO khususnya.
Apabila
meneliti kembali aktiviti KPUNT sejak dilantik, beliau tidak memainkan
peranannya secara aktif dalam parti tersebut melainkan “menyambung” legasi
ketua-ketua sebelumnya dan mengambil alih program-program yang diaturkan oleh
ketua pemuda UMNO Bahagian yang lain.
Ini
sekaligus membuktikan bahawa beliau tidak mempunyai idea yang bernas dan
karisma yang begitu menonjol apabila isu-isu begini tidak berjaya diselesaikan
olehnya selaku ketua.
Selain
itu, beliau nampaknya hanya mampu bergoyang kaki dan tersenyum
“bodek” apabila berlaku sesuatu krisis dan menyerahkan bulat-bulat setiap
masalah dan krisis yang berlaku kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman untuk mencari jalan penyelesaian.
Dua
hari lalu, Ahmad Razif selaku menteri besar telah membuktikan ketegasan beliau dalam
mentadbir negeri dengan memansuhkan semua kluster yang diwujudkan olehnya pada
September 2014.
Adakah
Ahmad Razif perlu melakukan perubahan juga di dalam sayap-sayap Perhubungan UMNO
Negeri Terengganu bagi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pengerusi dan
persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang ke-14?
Jika
ucapan tahniah melalui Facebook sahaja yang mampu beliau lakukan selain
melaungkan Transformasi Terengganu Baharu dan Hidup UMNO di hadapan ketuanya
dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang lain, ini membuktikan beliau seorang
ketua yang lemah.
Khairy
Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia perlu menilai kembali bagaimana
beliau melakukan kerja dalam memantapkan kedudukan UMNO di kalangan belia
di Terengganu.
Sebelum
ini, beliau memang tidak bergerak secara aktif dalam mempertahankan
ketuanya baik di peringkat negeri mahupun pusat. Setiap kali berlaku isu yang
membabitkan pemuda mahupun ketuanya, beliau hanya mampu berdiam diri.
Timbulnya
beliau hanya setelah isu kembali reda dan tangan ketuanya dicium rapat di
hidung sebagai tanda taat setia.
Namun,adakah
ini sahaja yang mampu Johari lakukan? Negeri Terengganu memerlukan seorang
ketua di kalangan pemuda yang lebih agresif, berfikiran jauh dan mampu membuat
kerja.
UMNO
Perhubungan Negeri Terengganu perlu mengambil keputusan yang sebaik mungkin
untuk mengambil hati pemuda dan belia kembali bagi menghadapi PRU yang akan
datang di mana kita ketahui, hampir 50 peratus pengundi adalah di kalangan
belia.
No comments:
Post a Comment