Sudah ada pihak-pihak yang bercakap, termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, agarmAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula.
ISA yang dimansuhkan pada tahun lepas dan digantikan dengan SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) dikatakan kurang berkesan bagi memastikan keselamatan awam lebih terjamin.
Kumpulan terakhir lapan tahanan ISA dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting pada minggu lepas namun ISA tetap dianggap sebagai undang-undang yang menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat.
"Undang-undang semasa seperti adalah baik tetapi apa yang buruknya mempunyai undang-undang tambahan seperti ISA ini.
Saya menyokong ISA dan mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis dalam menjadikan negara ini lebih selamat," katanya pada sidang media di Bukit Aman semalam.
"Saya seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang ... sudah tentu saya akan mengharapkan undang-undang yang boleh membantu saya dalam menjalankan tugas. Bagaimanapun, saya mematuhi tujuan Parlimen dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.
Dalam pada itu, saya juga berharap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) turut akan diperkenalkan tidak lama," katanya.
Kelmarin, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan pelaksanaan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.
Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.
"Untuk golongan pelampau sebegini, kita memerlukan ISA.
ISA tidak diperlukan untuk orang macam saya kerana saya seorang yang sangat bagus," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan khas dalam program berbahasa Inggeris RTM2 'Hello On Two', yang disiarkan secara langsung di Wisma TV, Angkasapuri di Kuala Lumpur, Khamis.
Dr Mahathir berkata sekiranya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tidak digunakan, adalah lebih baik negara tidak mempunyai undang-undang sedemikian.
Pada Februari 17, 2011, dilaporkan oleh media, bekas Perdana Menteri itu pernah membuat kenyataan bahawa beliau mahu menghapuskan ISA, tetapi tidak melakukannya atas nasihat pihak polis.
“Ketika saya masih lagi perdana menteri, saya telah mencadangkan agar ISA dimansuhkan tetapi pihak polis tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana pada pandangan mereka masih terdapat ancaman kepada keselamatan negara.
“Saya juga telah mencadangkan agar tempoh tahanan dikurangkan hanya kepada setahun tetapi cadangan itu juga ditolak,” ujarnya lagi.
Dr Mahathir berkata, pihak polis adalah merupakan penasihatnya dalam hal ehwal keselamatan negara dan "jika mereka kata tangkap... saya pun tanda tanganlah.."
Beliau turut menegaskan bahawa ISA itu sendiri adalah satu akta yang baik tetapi penyalahgunaan kuasa yang ada pada akta itu yang tidak sepatutnya dilakukan.
“Mereka yang mengkritik ISA mengkritik akta itu kerana mereka tidak dapat menjadi perdana menteri... itu saja.
“Jika dia jadi perdana menteri... sedaplah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Tun Hanif Omar, yang berkhidmat sebagai ketua polis negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir tidak menafikan kata-kata bekas perdana menteri itu dan menegaskan bahawa beliau telah menggesa kerajaan agar tidak memansuhkan ISA.
“Anwar Ibrahim (yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri) berkata kerajaan patut memansuhkan ISA dan Dr Mahathir bersetuju,” katanya lagi.
Bagaimanapun tegas Hanif beliau telah menasihati kerajaan agar berfikir dua kali dan tidak lama selepas itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub mengumumkan yang kerajaan sedang mengkaji semula ISA.
Malah Hanif turut mengesahkan bahawa Dr Mahathir sendiri beberapa kali menyuarakan pandangan tidak setujunya dengan kewujudan ISA.
“Apabila beliau menjadi perdana menteri, Tun Musa Hitam (yang ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri) telah menasihati saya supaya tidak merujuk kepada akta itu kerana perdana menteri tidak suka mendengarnya.
“Tetapi saya memberitahu Tun Musa bukan saya yang merangka dan meluluskan akta itu tetapi parlimen. Saya hanya menggunakan akta itu untuk melindungi negara ini dari sebarang ancaman.
"Jika tidak setuju Parlimen boleh memansuhkan ISA jadi saya tidak boleh lagi menggunakan akta tersebut sebagai satu senjata untuk bertindak," katanya lagi.
Hanif juga berkata yang beliau pernah menemui Dr Mahathir pada tahun 1987 bersama Pengarah Cawangan Khas, Tan Sri Rahim Noor akan keperluan untuk melakukan tangkapan besar-besaran dalam usaha untuk menghalang satu lagi peristiwa rusuhan seperti 13 Mei berulang
“Senarainya sangat panjang dan kami bersetuju untuk memendekkannya... tetapi Dr Mahathir masih tidak gembira dengan senarai itu jadi kami potong dan pendekkan lagi dan akhirnya yang tinggal hanya 104 nama sahaja,” jelas Hanif.
Semalam, kerajaan diminta mempertimbangkan cadangan Tun Dr. Mahathir supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diwujudkan semula bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlalu ekstrem yang cuba menjatuhkan negara.
Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata cadangan bekas perdana menteri itu perlu diberikan perhatian kerana pemansuhan ISA ternyata tidak memberi kesedaran kepada kumpulan minoriti yang menggunakan kebebasan dan politik kekerasan untuk berkuasa.
Katanya sejak ISA dimansuhkan pelbagai pihak termasuk kumpulan radikal yang berselindung disebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba mencetuskan ketegangan dalam masyarakat sehingga membangkitkan perasaan kurang senang di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Sejak pemansuhan ISA, kelihatan kadar jenayah meningkat manakala sesetengah pihak pula langsung tidak menghormati keluhuran undang-undang dan perasaan orang lain," katanya dalam laman blog www.umnobahagiancheras.blogspot.com.
Tambah beliau, konflik antara kaum juga kelihatan semakin serius dan jika tidak ditangani segera dikhuatiri akan mengundang mala petaka kepada rakyat yang selama ini hidup dalam aman damai.
Justeru tegas beliau, cadangan Dr. Mahathir merupakan pandangan bertanggungjawab daripada seorang bekas pemimpin yang mahukan situasi negara ini kekal stabil sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Saturday, January 11, 2014
Kontrak Ditamatkan Jika Naikkan Harga Makanan Sesuka Hati
Orang ramai khususnya ibu bapa diminta tidak panik berhubung isu harga makanan di kantin sekolah, susulan kenaikan pelbagai harga makanan kerana keadaan di negeri ini masih lagi terkawal.
Namun sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah, minta ibu bapa lapor kepada pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) sebab kontrak mereka boleh ditamatkan serta merta jika melanggar peraturan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, pengetua dan guru besar di negeri ini sentiasa membuat pemantauan harga makanan di sekolah masing-masing sejak sesi persekolahan bermula.
Menurutnya, sehingga kini tiada laporan kenaikan harga makanan yang melampau dilaporkan berlaku di kantin sekolah di negeri ini.
“Memang ada kenaikan harga makanan tetapi hanya satu dua item dan ada juga yang mengekalkan harga sama, cuma mengurangkan kuantiti. Namun ia (harga) masih terkawal.
“Orang ramai jangan panik sebab kita sentiasa membuat pemantauan supaya kelak tidak timbul pelajar tidak cukup makan pula,” katanya.
Beliau mengakui peniaga termasuk pengusaha kantin sekolah kini terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah dan pelbagai barangan lain sehinggakan keuntungan semakin mengecil sehingga 10 peratus.
Bagaimanapun, katanya, pengusaha kantin telah sedia maklum dengan peraturan ditetapkan dalam tender kantin dan tidak mungkin mereka mengambil keputusan untuk menaikkan harga makanan melampau.
Namun sekiranya berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah, minta ibu bapa lapor kepada pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) sebab kontrak mereka boleh ditamatkan serta merta jika melanggar peraturan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, pengetua dan guru besar di negeri ini sentiasa membuat pemantauan harga makanan di sekolah masing-masing sejak sesi persekolahan bermula.
Menurutnya, sehingga kini tiada laporan kenaikan harga makanan yang melampau dilaporkan berlaku di kantin sekolah di negeri ini.
“Memang ada kenaikan harga makanan tetapi hanya satu dua item dan ada juga yang mengekalkan harga sama, cuma mengurangkan kuantiti. Namun ia (harga) masih terkawal.
“Orang ramai jangan panik sebab kita sentiasa membuat pemantauan supaya kelak tidak timbul pelajar tidak cukup makan pula,” katanya.
Beliau mengakui peniaga termasuk pengusaha kantin sekolah kini terbeban dengan kenaikan harga bahan mentah dan pelbagai barangan lain sehinggakan keuntungan semakin mengecil sehingga 10 peratus.
Bagaimanapun, katanya, pengusaha kantin telah sedia maklum dengan peraturan ditetapkan dalam tender kantin dan tidak mungkin mereka mengambil keputusan untuk menaikkan harga makanan melampau.
Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Kedua
Banjir gelombang kedua mula melanda Terengganu apabila 155 orang daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan sejak awal pagi semalam.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi Sabtu, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu, iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang daripada lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang daripada 11 keluarga).
Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi Jumaat berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.
Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.
Sementara itu, daerah Kuala Terengganu mengalami cuaca buruk pagi Sabtu dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala.
Kelmarin Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata angin kencang dengan kelajuan sehingga 60kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga melebihi 5.5 meter yang berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga 20 Januari depan.
Berikutan itu, kawasan perairan Kelantan dan Terengganu yang mengalami keadaan ini juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
Keadaan itu juga berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60kmsj dan ketinggian ombak mencecah 4.5 meter juga dilaporkan di perairan Pahang, Johor Timur, Sabah (pedalaman, pantai barat, Kudat dan Sandakan), Labuan dan Sarawak.
Kawasan pantai Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut bagi tempoh itu. Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu.
Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Tawau, Semporna dan Lahad Datu) sehingga 20 Jan dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi Sabtu, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu, iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang daripada lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang daripada 11 keluarga).
Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi Jumaat berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.
Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.
Sementara itu, daerah Kuala Terengganu mengalami cuaca buruk pagi Sabtu dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala.
Kelmarin Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata angin kencang dengan kelajuan sehingga 60kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga melebihi 5.5 meter yang berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga 20 Januari depan.
Berikutan itu, kawasan perairan Kelantan dan Terengganu yang mengalami keadaan ini juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
Keadaan itu juga berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60kmsj dan ketinggian ombak mencecah 4.5 meter juga dilaporkan di perairan Pahang, Johor Timur, Sabah (pedalaman, pantai barat, Kudat dan Sandakan), Labuan dan Sarawak.
Kawasan pantai Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut bagi tempoh itu. Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, kata kenyataan itu.
Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kmsj dan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah (Tawau, Semporna dan Lahad Datu) sehingga 20 Jan dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Friday, January 10, 2014
Bantu Mangsa Banjir – Najib Datang Ke Kemaman Ahad Ini Kotakan Janji...
CHUKAI (10 Januari 2014) - Adalah sesuatu yang dikesalkan apabila ada pihak terus menerus mempolitikkan bantuan banjir kepada mangsa, khususnya di Kemaman.
Walaupun pihak berkenaan membuat pelbagai tuduhan kononnya kerajaan lambat membantu mangsa banjir di negeri ini, namun kerajaan tetap berusaha untuk memberikan khidmat dan bantuan sebaik mungkin.
Ini terbukti apabila sebanyak 43 kontena membawa barangan untuk mangsa banjir di daerah Kemaman dijadual tiba dalam tempoh empat hari sehingga esok, sebelum program dirasmikan pada Ahad ini (12Januari 2014).
Setakat 8 pagi semalam, 22 kontena membawa barangan keperluan rumah iaitu tilam, bantal dan set dapur tiba, kata Penyelaras dan Pegawai Khas Menteri Besar, Ahmad Fikri Ibrahim.
Kesemua barangan itu disimpan di Dewan Datuk Seri Amar di Chukai, sebelum pelancaran program yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.
Hari ini sebanyak 15 kontena membawa barangan elektrik iaitu televisyen dan peti sejuk dijadual tiba.
Ahmad Fikri, kesemua barangan terbabit akan diagih secara berperingkat kepada kira-kira 14,000 keluarga yang terjejas banjir di daerah ini
Agihan barangan ini dijangka selesai pada Mac.
Menyedihkan ialah apabila bukan sekadar membuat tuduhan, sebaliknya ada pihak menabur fitnah terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kononnya beliau mengsonglap wang bantuan banjir.
Bantuan berkenaan dikatakan diserahkan oleh Sultan Terengganu kepada beliau untuk diagih-agihkan kepada rakyat.
Berikutan itu kelmarin, Menteri Besar menafikannya dan menyatakan kekecewaan beliau dengan fitnah yang disebarkan melalui laman Facebook sejak Isnin lalu.
Bercakap kepada pemberita di selepas Mesyuarat Exco pada Rabu (8 Januari 2014), Menteri Besar menyifatkan kenyataan melalui Facebook oleh pihak tertentu itu sangat tidak munasabah.
Beliau mempersoalkan motif mereka yang melemparkan fitnah terhadapnya sedangkan ketika Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membuat lawatan ke dua pusat penempatan banjir di Kemaman baru-baru ini, beliau turut mengiringi Baginda.
Lebih dikesali ialah susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.
Hakikat sebenar ialah, selain bantuan yang diserahkan sendiri oleh Sultan Mizan kepada rakyat yang dilanda musibah berkenaan baru-baru ini, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat turut memperuntukkan bantuan berkenaan.
Penyerahan terpaksa mengambil masa sedikit kerana perlu membuat siasatan dan bancian terperinci bagi menjamin penerima adalah benar-benar mereka yang tejejas atau menjadi mangsa kepada banjir baru-baru ini.
Berikutan itu, program penyampaian bantuan banjir berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal di Kemaman akan diagih secara berperingkat mulai Ahad ini.
Dijangka 14,000 keluarga di sekitar Kemaman akan menerima bantuan selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan turut mengagih kira-kira 30,000 unit televisyen kepada setiap keluarga termasuk di beberapa negeri lain.
Mangsa banjir di Kemaman akan turut menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.
Pada 18 Disember lalu, Ahmad Said mengumumkan, Kerajaan Terengganu bersetuju mengagihkan bantuan RM1,500 bagi setiap rumah mangsa yang tenggelam dan rosak teruk akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menteri Besar itu berkata kerajaan negerimenganggarkan sebanyak 10,000 buah rumah di seluruh Terengganu telahditenggelami air, bermakna bantuan melibatkan peruntukan RM15 juta.
"Di daerah Kemaman sahaja misalnya dianggarkan 8,000 buah yang terlibat dengan banjir. Jadi kami anggarkan ia melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM15 juta…sebanyak RM500 pula akan diagihkan kepada setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan berdaftar semasa banjir melanda negeri itu bermula 2 Dis lepas,” katanya.
Menurutnya mangsa banjir juga turut menerima bantuan daripada kerajaan pusatmasing-masing RM500 bagi setiap keluarga. Bantuan akan diberi berdasarkan kepada senarai mangsa banjir yang diperoleh dari pusat-pusat pemindahan.
Senarai itu akan disemak semula dengan pengesahan pegawai daerah. Selain itu kerajaan juga bersetuju untuk mengagihkan bantuan pakaian sekolah sebanyak RM100 bagi seorang murid atau maksimum RM300 bagi keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah melebihi seorang.
"Kami bagi bantuan ini bagi meringankan sedikit beban mangsa kerana banjir yang berlaku baru-baru ini menjejaskan pendapatan mereka apabila harta benda musnah sama sekali," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri program penyampaian bantuan lusa (Ahad) dengan Kelab Putera 1Malaysia dijangka akan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang rumah mereka tenggelam dan mengalami kerosakan harta benda.
Menteri Besar menjelaskan, setiap keluarga akan turut menerima sebuah televisyen LED bersaiz 32 inci sumbangan SKMM yang akan disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Sementara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam turut mengumumkan, ia menyediakan RM10 juta sebagai bantuan ihsan kepada petani, penternak dan pengusaha industri asas tani yang terjejas dalam bencana banjir.
Bantuan ihsan tersebut hanya akan diberikan kepada petani, penternak atau pengusaha yang telah melapor dan disahkan melalui bancian oleh pihak kementerian di mana permohonan baharu tidak akan diterima.
Mangsa akan menerima bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebagai contoh, penternak kerbau akan menerima RM700 untuk setiap ekor ternakan tetapi bantuan maksimum adalah untuk 10 ekor kerbau.
Sementara pengusaha buah-buahan yang terjejas akibat banjir pula menerima bantuan RM1,000 untuk satu hektar kawasan, had minimum bantuan ialah RM500 dan maksimumnya ialah RM1,000.
Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mangsa dari empat negeri iaitu Johor, Kelantan, Pahang dan Terengganu akan menerima bantuan berjumlah RM8.5 juta di mana bayaran akan diterima dalam tempoh dua minggu.
Anggaran kerugian di empat negeri di Semenanjung adalah RM46 juta dengan Pahang mencatatkan jumlah kerugian terbesar iaitu RM25 juta diikuti Johor sebanyak RM10.7 juta, Terengganu RM8.5 juta dan Kelantan sebanyak RM1.6 juta.
Menurut Menteri berkenaan, bancian terperinci bagaimanapun masih dijalankan di Johor dan Terengganu.
Jumlah mangsa yang dikenal pasti di empat negeri ini ialah 4,632 orang dengan Pahang mencatatkan 2,499 orang diikuti Terengganu sebanyak 1,589 mangsa, Johor (306) dan Kelantan (238).
Secara keseluruhannya di empat negeri Semenanjung, subsektor perikanan atau akuakultur mengalami kerugian paling besar iaitu sebanyak RM21.57 juta.
Ini diikuti subsektor tanaman sebanyak RM17.27 juta, subsektor ternakan sebanyak RM5.86 juta dan subsektor industri asas tani berjumlah RM1.36 juta.
Peruntukan turut disediakan untuk membantu mangsa dari Sarawak yang mana kementerian itu belum menerima maklumat lengkap mengenai jumlah petani yang terjejas.
Kita berharap mengsa banjir khususnya yang terjejas teruk di Terengganu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan bukan mendengar khabar angin atau laman sosial yang sengaja mahu mengeruhkan keadaan.
Kerajaan tidak pernah mengabaikan rakyat yang dilanda musibah sebaliknya mereka perlulah bersabar kerana kajian dan perincian bantuan perlu dibuat dengan teliti.
Ia bagi menjamin penerima yang benar-benar terjejas sahaja disalurkan bantuan disamping mengelakkan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan daripada bantuan banjir yang disediakan kerajaan.
Nota - Sebahagian bahan ini sudah disiarkan pada BICARA TERENGGANUKITA, Trg FM, 9 Januari 2014, jam 1.30 thari.
Kerajaan Belum Buat Keputusan Kenaikan Tol Tahun Ini - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan penduduk Sungai Buaya ketika tiba pada Majlis Perasmian Projek Persimpangan Bertingkat dan Plaza Tol Sungai Buaya semalam.
|
"Tunggulah masanya...jangan hanya fikir macam seolah-olah kerajaan langsung tak sensitif terhadap masalah rakyat," katanya ketika berucap merasmikan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Plaza Tol Sungai Buaya dekat Rawang, semalam.
Najib berkata kerajaan sememangnya sentiasa peka dan prihatin terhadap setiap permasalahan rakyat dan ia terbukti dengan penangguhan kenaikan kadar tol sejak 2008 hingga 2013.
Menurut perdana menteri, bagi tempoh 2008 hingga 2011 kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM459 juta, 2012 (RM329 juta) dan 2013 (RM343 juta) kepada syarikat konsesi pengendali lebuh raya berikutan penangguhan kenaikan tol.
Najib berkata sekiranya kenaikan kadar tol pada tahun ini ditangguhkan, kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM404 juta.
Katanya selain menangguhkan kenaikan kadar tol, langkah lain yang turut diambil oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyat termasuk mengurangkan kadar tol di beberapa plaza tol.
"Kerajaan juga turut menutup beberapa plaza tol dan menstruktur kadar tol di bawah PLUS (Projek Lebuh Raya Utara Selatan) dan MTD (MTD Prime Sdn Bhd)," katanya.
Perdana menteri turut mempertikaikan tindakan segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan tidak mengenakan kadar tol yang sama selama 30 tahun atau sepanjang tempoh konsesi yang menurutnya tidak masuk akal. "Kalau kita buat macam ini kadar tol pada hari pertama mungkin tinggi.
"Sebaliknya kita kenakan tol rendah pada permulaan dan naikkan ikut kemampuan rakyat dari semasa ke semasa dan kita juga cuba perseimbang dengan pihak yang bina lebuh raya," katanya.
Najib turut menjelaskan langkah kerajaan tidak menggunakan dana kerajaan untuk membina lebuh raya di negara ini sebaliknya melantik syarikat konsesi bagi memastikan wang tersebut diguna untuk pembangunan lain seperti sekolah dan hospital.
"Kita andaikan kalau lebuh raya itu kos pembangunan katalah RM5 bilion, maka kalau terpaksa bina 30 lebuh raya maka kita terpaksa keluarkan dana kerajaan sebanyak RM150 bilion.
"Jika kita keluarkan wang sejumlah itu maka amat sukar untuk kita bina projek lain yang tak mungkin dapat pinjaman daripada institusi kewangan seperti sekolah, hospital dan balai polis," kata Perdana Menteri.
Menjelas lanjut, beliau berkata sekiranya pembinaan lebuh raya tidak diserahkan kepada syarikat konsesi yang memiliki dana komersil sendiri, sudah pasti rakyat perlu menunggu untuk tempoh yang lama bagi menikmati kemudahan itu. "Inilah hakikat yang kita terpaksa faham.
Ada projek yang terpaksa dibiayai oleh kerajaan dan ada juga projek yang boleh dibiayai dengan dana komersil," katanya. Najib berkata tindakan yang dibuat kerajaan itu telah membolehkan Malaysia mempunyai rangkaian lebuh raya sebagai antara yang terbaik di dunia, malah ia turut mendapat pujian ramai pelancong asing.
Katanya semua pihak perlu menilai dari segi logik akal bahawa tanpa mengenakan tol adalah sukar untuk syarikat konsesi memperoleh semula dana dan seterusnya membiayai projek pembinaan yang lain.
"Kalau ada orang kata ini boleh dilakukan (tidak mengenakan tol), itu penipuan. Kita (kerajaan) kenakan tol tapi pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat," katanya.
Perdana menteri juga mengajak rakyat menepis persepsi bahawa kenaikan harga barangan seperti yang dilaporkan kebelakangan ini berpunca daripada kerajaan.
"Ikan naik harga mungkin disebabkan cuaca, jangan salahkan kerajaan. Kobis yang diimport dari China naik harga mungkin disebabkan bekalan kurang...pun salahkan kerajaan.
"Saya tahu banyak pihak persoalkan kerajaan seolah-olah kita bertanggungjawab terhadap segala yang berlaku," katanya.
Beliau berkata rakyat tidak seharusnya terlalu mengikut emosi, sebaliknya perlu memahami dan melihat 'track record' kerajaan yang sentiasa berusaha membela dan memperjuangkan nasib mereka.
Mengenai pembinaan persimpangan bertingkat itu, Najib berkata ia merupakan satu kemudahan kepada penduduk sekitar Rawang dan Bukit Beruntung kerana menerusinya tempoh masa perjalanan dapat dijimatkan sehingga 45 minit.
Katanya projek yang dibina dengan kos RM85 juta itu juga bukti kaedah kerjasama awam swasta sangat berkesan kerana membolehkan ia siap dibina dalam tempoh hanya 30 bulan.
Isteri Kesal Ada FB Sebar Pejalan Kaki Kuala Besut-Putrajaya Meninggal
Keluarga Mohd Noor Mat yang mencipta sejarah berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya pada September lepas, semalam menafikan khabar bahawa beliau meninggal dunia selepas diserang sekumpulan lelaki.
Isterinya Zamilah Abdul Latiff, 45, berkata fitnah itu yang disebar menerusi laman sosial Facebook sejak malam semalam, turut disertakan dengan gambar orang ramai mengusung jenazah.
"Saya amat sedih bila ada pihak yang sanggup memutar belit kejadian itu dan membuat berita palsu," katanya semalam.
Beliau berkata suaminya yang diserang sekumpulan lelaki berhampiran Dewan MDB Gong Kemuntong, Jerteh pada Ahad lepas dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia susulan kecederaan pada kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
"Selepas dirawat hampir empat hari, dia dibenar keluar pagi semalam dan sudah semakin sihat," katanya.
Menurut Zamilah, adik iparnya juga sudah membuat laporan polis berhubung serangan terhadap Mohd Noor.
Pada 22 Sept lepas, Mohd Noor, 46, yang bekerja dengan Yayasan Islam Terengganu menunaikan nazar untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya susulan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.
Beliau mengambil masa 12 hari untuk menamatkan perjalanan sejauh 600 kilometer itu.
Thursday, January 9, 2014
Program Bantuan Mangsa Banjir Secara Berperingkat - Ahmad Said
Program penyampaian bantuan banjir berupa televisyen, peti sejuk, dapur, tilam dan bantal di Kemaman akan diagih secara berperingkat.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata setiap keluarga yang terjejas teruk akibat banjir akan mendapat sumbangan daripada Kelab Putera 1Malaysia.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadiri program penyampaian bantuan Ahad ini.
"Saya dimaklumkan Kelab Putera 1Malaysia akan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang rumah mereka tenggelam dan mengalami kerosakan harta benda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Terengganu semalam (8 Jan 2014).
Ahmad Said berkata setiap keluarga akan turut menerima sebuah televisyen LED bersaiz 32 inci sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang akan disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dijangka 14,000 keluarga di sekitar Kemaman akan menerima bantuan selain SKMM akan turut mengagih kira-kira 30,000 unit televisyen kepada setiap keluarga termasuk di beberapa negeri lain.
Mangsa akan turut menerima wang tunai RM500 daripada kerajaan pusat dan bantuan antara RM500 dan RM1,500 daripada kerajaan negeri.
Tuesday, January 7, 2014
Ni Apa Cer…Bersuara Dalam Mesyuarat UMNO Pun Kena Belasah?
UMNO Bahagian Besut wajar menyiasat kejadian seorang tukang kebun di sebuah agensi kerajaan negeri kena belasah gara-gara ‘bersuara’ di dalam satu mesyuarat.
Malah ADUN Jerteh, Muhammad Pehimi Yusof juga perlu mendekati masalah ini kerana kejadian dikatakan berlaku di hadapan pejabat beliau.
Apakah dalam mesyuarat UMNO walau di peringkat cawangan atau bahagian pun, kini tidak ada ruang untuk ahli bersuara?
Kenapakah perbezaan pendapat tidak boleh dianggap sebagai ‘pandangan kedua’?
Kita bimbang tindakan yang dibuat itu di luar pengetahuan Yang Berhormat atau pemimpin tinggi di bahagian atau cawangan berkenaan sebaliknya dilakukan akibat ‘keputusan tidak tempat’ sesetengah pihak.
Sinar Harian melaporkan, tukang kebun berkenaan tidak menyangka tindakannya ‘bersuara’ di dalam mesyuarat sebuah parti politik yang dihadiri membawa padah apabila teruk dibelasah oleh sekumpulan lelaki. Kejadian berlaku di hadapan Pejabat Penyelaras UMNO DUN Jerteh, Gong Kemuntong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 1.50 petang, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian, mangsa, 47, dikatakan telah menghadiri mesyuarat kecil yang dianjurkan sebuah parti politik di lokasi berhampiran.
“Bagaimanapun difahamkan semasa mesyuarat tersebut, telah berlaku pertengkaran mulut disebabkan ada yang tidak berpuas hati berhubung beberapa perkara berbangkit yang dibincangkan dan berlarutan sehingga tamat mesyuarat, katanya kepada pemberita, semalam.
Manoharan berkata, mangsa yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Tok Raja, Jerteh, Besut, selepas mesyuarat tersebut telah disekat oleh beberapa lelaki yang menaiki Mercedes di lokasi kejadian.
“Mangsa dibelasah teruk dipercayai dengan objek tumpul dan akibat kejadian, dia mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kota Bharu, Kelantan. “Bagaimanapun dia dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.
Jelas Manoharan lagi, identiti suspek utama telah dikenal pasti dan kini usaha memburunya giat dijalankan.
Kes seperti ini tidak wajar dianggap terpencil.
Pertama, UMNO tidak wajar mengadakan mesyuarat yang bersifat ‘sehala’;
Kedua, galakkan pendapat atau pandangan ahli kerana mereka juga mempunyai kes atau sebab-sebab untuk dikemukakan;
Ketiga, politik samseng dalam UMNO perlu dihapuskan. Jangan malukan parti dengan tindakan kekerasan atau ‘membelasah’ ahli parti sesuka hati;
Keempat, penyelesaian segera perlu dibuat untuk mengatasi apa juga pertelingkahan; dan,
Kelima, bawa dua pihak yang bertelagah atau bermasalah ke meja perundingan dan damaikan mereka dengan segera. Hanya dengan mendamaikan ahli yang bertelagah sahaja akan memulihkan UMNO, walaupun di peringkat cawangan atau Bahagian.
Monday, January 6, 2014
Kontrak Guru KAFA - YIT Ada Skop, Peraturan Kerja Untuk Dipatuhi...
“Kita tidak sambung kontrak perkhidmatan kepada mana-mana guru KAFA yang didapati gagal mematuhi prosedur, arahan kerja dan melanggar disiplin, tidak kira penyokong UMNO ke, PAS ke, PKR ke...mereka yang tidak disambung itu gagal mematuhi skop dan prosedur kerja yang ditetapkan.”
- Pengarah YIT, Mohd Kamarul Amin Ismail
Majikan akan menentukan syarat dan hala tuju syarikat berkenaan dan pekerja perlu mematuhinya.
Sekiranya enggan mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan seseorang tidak perlu memohon pekerjaan berkenaan atau yang memohon perlu meletak jawatan atau tanggung risiko akan dibuang atau tidak diperbaharui kontrak.
Jika mahu mohon juga, syarat dan peraturan perlu dipatuhi dan tidak beretika sama sekali jika seseorang cuba memperlekeh dan tidak mempedulikannya.
Dalam mana-mana syarikat atau organisai, seseorang pekerja tidak boleh ‘melawan’ atau ‘ingkar’ kepada majikannya, apalagi kakitangan kontrak.
Pada Jumaat (3 Januari 2014), Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bagai mencabar Yayasan Islam Terengganu (YIT) apabila mengatakan pihaknya memandang serius isu melibatkan sejumlah guru-guru KAFA yang dilaporkan ditamatkan kontrak.
Mereka menuduh YIK menamatkan kontrak mereka itu sebagai tanpa alasan kukuh. Sedangkan YIT ada Pegawai Penyelia yang membuat seliaan ke atas tugas-tugas guru berkenaan setelah dilantik setiap tahun, jadi semua perjalanan kerja, disiplin dan pematuhan tugas setiap guru ada dalam rekod.
Rekod itu YIT semak dari masa ke semasa, terutama di penghujung tahun untuk menentukan semula kelayakan mereka sama ada layak atau tidak disambung tugas untuk tahun seterusnya.
Guru KAFA biasanya mengajar di sebelah petang di beberapa buah sekolah rendah di negeri ini, manakala Guru Khidmat Masyarakat yang mengajar di kelas-kelas persendirian, di surau, masjid dan sebagainya, termasuk yang mengajar agama, ceramah agama dan kelas-kelas berzanji.
Guru KAFA dengan bayaran elaun sebanyak RM800 berdasarkan tugas mengajar selama 3 jam sehari, 9 jam seminggu dan 36 jam sebulan.
Setiap tahun RM35 juta dibelanjakan untuk membayar elaun mereka, suatu jumlah yang agak besardan YIT mendapat peruntukkan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia- JAKIM.
Dulu sebelum JAKIM membiayainya, Kerajaan Negeri Terengganu tanggung sepenuhnya yang dinamakan Kelas Agama Petang.
Kelas seumpama ini telah lama diwujudkan. Sebelum ini kebanyakan kelas-kelas berjalan secara sukarela, dan kerana YIT dan kerajaan negeri peka kepada kepentingan agama dan rakyat, langkah membayar elaun diadakan. DPPNT nampaknya memainkan perkataan kontrak dengan mengatakan menamatkan kontrak bukan memperbaharui mereka yang sudah tamat kontrak, atau menyambung semula kontrak yang sudah tamat. DPPNT nampaknya memulakan kenyataan yang sudah jauh tersasar.
Ketua DPPNT Kamaruzzaman Abdulah berkata, satu pertemuan akan diadakan diantara DPPNT dengan Pengarah Yayasan Islam Terengganu hari ini 6 Januari 2014 bagi mendapatkan penjelasan.
“Sepucuk surat segera bertarikh 2 Disember, telah dihantar kepada Pengarah Yayasan Islam Terengganu bagi memaklumkan perkara tersebut: “(perbincangan) mengenai Surat YIT yang menyebut Notis Tidak Sambung Perkhidmatan Sebagai Guru KAFA Yayasan Islam Terengganu.”
Kamaruzzaman mengatakan DPPNT amat prihatin di atas permasalahan dan kesulitan yang dihadapi oleh para guru KAFA terlibat dan menuntut penjelasan sewajarnya diatas tindakan yang dilakukan oleh pihak YIT dan menyelesaikannya dengan cara yang terbaik.
“DPPNT menegaskan agar YIT yang merupakan antara badan agama terbesar di Terengganu mestilah memastikan keadilan sewajarnya kepada para guru KAFA dengan menarik balik penamatan dan pemecatan guru-guru KAFA tersebut,”katanya.
Tidak dapat dipastikan sama ada pertemuan itu berlangsung atau sebaliknya.
Apapun alasannya ‘pecat’ atau ‘tamat’ tidak sesuai digunakan kerana penjelasan baru-baru ini menyebut, konrtak guru-guru KAFA berkenaan tidak diperbaharui.
Memetik JAWAPAN KEPADA PESURUHJAYA PAS TERENGGANU dalam isu guru KAFA ini, berikut adalah faktanya: Yang pasti, mereka bukan dipecat, tetapi ‘tidak disambung kontrak’.
Ia memberi makna yang berbeza. Kenapa guru KAFA tidak disambung kontrak?
1. Tidak menunjukkan akhlak yang baik seperti menabur fitnah. Ada guru KAFA menyebar cerita kononnya MB Terengganu ditangkap khalwat di Hotel Hilton, KL.
2. Ada guru KAFA berbalah dengan anak murid apabila bertegas dengan kenyataan bahawa Perdana Menteri membunuh Altantuya.
3. Guru KAFA tidak menjalankan tugas dengan jujur apabila menghasut orang ramai membenci kepimpinan Menteri Besar Terengganu.
4. Ada guru KAFA menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur.
5. Malah, ada kes guru KAFAA ponteng tugas dengan menghadiri perhimpunan haram di Kuala Lumpur.
6. Ada guru KAFA yang bertumbuk dengan Ahli Jawatankuasa JKKK di sebuah kampung di Dungun.
7. Ada guru KAFA menunjukkan perangai yang boleh merosakkan imej pendidikan di Terengganu seperti memberi kefahaman yang salah. Contohnya isu kalimah Allah dan Kerajaan Kafir.
8. Ada guru KAFA yang tinggalkan tanggungjawab dan menyertai program parti politik Pakatan Rakyat selama 3 minggu di luar Terengganu.
9. Ada guru KAFA yang menerima elaun daripada Kerajaan tetapi menjalankan tugas di Pejabat PAS Kawasan. Kes ini berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Dungun.
10. Ada guru KAFA menunjukkan akhlak yang buruk kepada masyarakat. Contoh kes, mencuri sejadah masjid dan membuat kutipan derma di masjid tanpa pengetahuan Jawatankuasa Masjid. Derma itu digunakan untuk membiayai program penerangan PAS.
11. Ada guru KAFA menjadi ‘agen’ parti PAS apabila secara terang mengedar risalah kempen PAS, manifesto PAS Terengganu PRU 13 dan CD ceramah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng pada PRU 13.
12. Ada guru KAFA tidak memberi komitmen yang baik terhadap tugas apabila tidak hadir ke majlis atau perjumpaan anjuran YIT dan Kerajaan Negeri.
13. Ada guru KAFA sudah hilang komitmen dengan tugas apabila sibuk dengan perniagaan dan aktiviti pertanian.
14. Ada guru KAFA berlakuan tidak sopan apabila ugut untuk buang kakitangan kontrak YIT yang menegur masakah disiplin apabila PAS memerintah Terengganu selepas PRU 13.
15. Ada guru KAFA yang rela dipecat, asalkan dapat ‘berjuang’ bersama PAS. (SMS guru KAFA kepada kakitangan YIT).
Ini hanyalah sebahagian sahaja.
Menurut jawapan itu, profil individu terbabit tidak tidak akan dedahkan kerana mahu menjaga air muka dan aib keluarga bekas guru Kafa terbabit.
Persoalan di sini ialah kenapa mereka ini menggunakan saluran politik untuk membantu menyelesaikan masalah mereka?
Kenapa antara mereka tidak berpakat atau melantik jawataankuasa sementara dengan diwakili seorang ketua untuk berjumpa YIK memperjuangkan nasib mereka?
Sedangkan dalam soal pelantikan , penamatan atau pnyambungan sebarang kontrak, peraturan YIT adalah berdasarkan prosedur kerja dan peraturan serta disiplin yang dibuat untuk memastikan mereka menjalankan tugas dengan amanah dan tidak membazirkan wang peruntukkan yang digunakan untuk membayar elaun mereka.
Namun bagi sesetengah mereka yang tidak disambung kontrak, mereka memilih penyelesaikan politik sedangkan YIK adalah sebuah badan kerajaan - walaupun kerajaan negeri diperintah oleh Barisan Nasional – namun adalah lebih sesuai dan ‘beradab’ jika melihat masalah ini dari sudut pentadbiran bukan politik kepartian.
Di pihak jabatan pula, ia melakukan proses pemutihan dalam jabatan kerajaan dan menjadi perkara biasa yang dilakukan setiap tahun.
Ia dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri dan jabatan mempunyai kuasa untuk melantik, melantik semua atau tidak memperbaharui kontrak seseorang kakitangan.
PAS sendiri ketika memerintah Terengganu antara 1999 dan 2004 turut melakukan proses yang seakan sama, antaranya:
1. Menamatkan kontrak lebih 100 kakitangan Unit Perpaduan Ummah (UPU);
2. Memecat dan menamatkan kontrak lebih 200 imam dan bilal;
3. Memecat ketua-ketua kampung, JKKK dan tubuh JSR dikalangan penyokong PAS;
4. Menghentikan bantuan 1,500 keluarga fakir dan miskin serta,
5. Memecat pegawai tinggi kerajaan seperti Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Ketua Pegawai Eksekutif TATI.
Itu sebahagian contoh.
Dalam menimbulkan perkara ini, pemimpin PAS yang ‘memperjuangan nasib guru KAFA yang tidak disambung kontrak itu’ mungkin sudah lupa apa yang pernah kerajaan PAS lakukan sebelum ini.
Mereka perlu menghormati ‘keutamaan’ jabatan-jabatan yang ada di bawah kerajaan negeri bagi memperkemas, melicin dan menentukan hala tuju baru.
Secara kebetulan pemutihan dilakukan bagi menjamin guru KAFA di negeri ini sealiran dengan hasrat dan matlamat kerajaan negeri bagi meluruskan perjalanan pentadbiran YIT.
Bagi yang tidak diperbaharui kontrak, mereka sewajarnya sedar dan insaf serta menyalahkaan diri sendiri. Mereka gagal memanfaatkan peluang yang ada selain memilih untuk tidak bersama dengan kerajaan negeri menjayakan cita-cita dan perancangan memajukan anak-anak negeri dalam meningkatkan pendidikan dan syiar Islam di kalangan pelajar dan remaja di negeri ini.
Bak kata Pengarah YIT, Mohd Kamarul Amin Ismail: “Kita tidak sambung kontrak perkhidmatan kepada mana-mana guru KAFA yang didapati gagal mematuhi prosedur, arahan kerja dan melanggar disiplin, tidak kira penyokong UMNO ke, PAS ke, PKR ke, persoalannya mereka yang tidak disambung itu gagal mematuhi skop dan prosedur kerja yang ditetapkan.”
Lagipun YIT ada Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu yang bermakna, YIT membuat keputusan secara mesyuarat secara sah, bukan kuasa pengarah dan pegawai sahaja untuk menentukan.
Berikutan itu sebarang tuduhan bahawa keputusan dibuat oleh pegawai tertentu, ikut telunjuk UMNO atau ‘orang-orang terpilih’ sahaja amatlah tidak benar dan tuduhan semata-mata.
Menghairankan, kenapa soal tidak sambung kontrak ini menjadi isu politik sedangkan sebelum ini, perkara sebegini dianggap melibatkan soal pentadbiran semata-mata.
Malah tuduhan YIT dan kerajaan negeri ‘bertindak zalim’ adalah perbuatan mereka yang tidak tahu atau tidak faham skop dan prosedur kerja yang ditetapkan oleh YIT.
Dan mungkin juga pemimpin PAS sengaja menjadikan soal pentadbiran YIT ini untuk keuntungan politik mereka semata-mata tanpa mengetahui bahawa mereka sebenarnya ‘membuka pekong di dada sendiri’!
YPU Beri RM6.1 Juta Bantuan Pinjaman Kepada 661 Usahawan Di Terengganu
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah menyalurkan RM6.1 juta bantuan pinjaman kewangan kepada 661 usahawan di negeri ini dalam tempoh lima tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Che Razali Adis berkata dana tersebut disumbangkan melalui dana T-Fund bagi membantu usahawan yang memerlukan pinjaman bagi menjalankan perniagaan mereka.
"Melalui dana ini, kita ada empat skim iaitu skim pinjaman kecil, pinjaman tanpa faedah, skim pinjaman flagship serta skim pinjaman kecil penjaja.
"Bagi tahun ini, YPU telah memohon dana sebanyak RM4 juta daripada pihak kerajaan untuk membantu usahawan medapatkan modal perniagaan," katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Che Razali Adis berkata dana tersebut disumbangkan melalui dana T-Fund bagi membantu usahawan yang memerlukan pinjaman bagi menjalankan perniagaan mereka.
"Melalui dana ini, kita ada empat skim iaitu skim pinjaman kecil, pinjaman tanpa faedah, skim pinjaman flagship serta skim pinjaman kecil penjaja.
"Bagi tahun ini, YPU telah memohon dana sebanyak RM4 juta daripada pihak kerajaan untuk membantu usahawan medapatkan modal perniagaan," katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari ini.
Islam Perlu Dipertahankan Walau Dalam Politik - Umno Selangor
Kepentingan Islam mesti dipertahankan seperti dalam isu larangan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam di Selangor walaupun dalam perjuangan politik, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata bahkan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata PAS bersatu di bawah Pakatan Rakyat (PR) hanya berkaitan politik tetapi tidak dalam urusan agama dan tiada kompromi tentang hukum-hakam dan Islam.
"Justeru rakyat perlu melihat perkara ini dengan lebih jelas kerana apa jua yang diperjuangkan di dalam politik kita mesti mempertahankan juga agama, " katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.