Meriah sungguh majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Bersama Perantau di Taman Tamadun Islam (TTI), semalam.
Lebih 6,000 perantau bersama keluarga menghadiri majlis itu yang turut diserikan dengan nyanyian lagu raya oleh artis tempatan.
Beberapa ahli Exco turut menghadiri majlis yang bermula kira-kira 9 pagi hingga 2 petang itu.
Datuk Ahmad Said bukan sekadar hadir sebagai tetamu khas tetapi beramah mesra dengan hadirin malah hampir satu jam beliau melayani tetamu untuk bergambar.
Majlis dalam suasana mesra dan akrab itu yang sebelum ini diadakan di sebuah hotel bertujuan memperkenalkan lagi TTI selain dewannya boleh memuatkan tetamu kira-kira 1,000 orang pada satu-satu masa.
Ahmad Said dalam ucapannya menerangkan beberapa dasar kerajaan seperti e-book, pelancongan Kenyir, pelancongan perubatan serta usaha kerajaan meningkatkan lagi pendidikan untuk anak negeri.
Wakil perantau turut berucap dan Exco yang datang juga beramah mesra dengan hadirin.
Wednesday, September 23, 2009
Taman anggur tarikan baru pelancongan Terengganu
Sumber: Utusan Malaysia
Terengganu bakal mewujudkan taman anggur sebagai tarikan pelancongan baru di Tasik Kenyir yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 10 hektar tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tanaman itu dijangka mula dilaksanakan penghujung tahun ini dan ia bukan untuk dieksport sebaliknya sebagai satu tarikan baru pelancongan di negeri ini selain bagi keperluan domestik.
Beliau berkata, buah anggur itu merupakan spesies anggur yang ditanam di Thailand berwarna merah dan hijau yang sesuai untuk ditanam di negeri ini, berbanding benih dari Amerika Syarikat (AS) atau rantau Eropah.
''Anggur yang diusahakan di Thailand sangat berjaya, kenapa kita tak boleh buat, malah di Perlis dan Negeri Sembilan pun ada anggur.
''Saya yakin kita boleh berjaya, masalahnya sekarang yang tak berjaya sebab kita ambil benih anggur dari Amerika Syarikat dan Eropah, ia tak sesuai dengan (iklim) kita sedangkan teknologi di Thailand sangat maju dan kualiti buahnya sama," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Bersama Perantau yang dihadiri kira-kira 6,000 orang di Taman Tamadun Islam (TTI), semalam.
Ahmad menjelaskan, buat masa ini pihak mana yang akan diberi tanggungjawab untuk menguruskan projek tanaman tersebut masih belum diputuskan.
Namun katanya, untuk peringkat awal kerajaan negeri bercadang melantik Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan tersebut.

Mahasiswa dinasihat bijak pilih pengajian
Mahasiswa perlu bijak memilih pengajian yang diminati bagi memastikan mereka mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, mereka perlu mengambil bidang pengajian yang sukar untuk lulus tetapi menjanjikan peluang pekerjaan yang baik.
Menurutnya, tiada guna jika mereka memilih bidang pengajian yang mudah semasa di universiti tetapi sukar mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian.
"Sebaliknya jika mahasiswa sanggup memilih bidang yang agak sukar untuk lulus, ia adalah lebih baik kerana bidang tersebut mempunyai peluang kerja yang lebih luas," katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut menyatakan demikian selepas majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Mahasiswa Besut anjuran Sekretariat Mahasiswa Besut di Kampung Raja, kelmarin.
Menurut Idris, mahasiswa juga perlu memiliki keyakinan, keterampilan diri serta mampu berkomunikasi dengan baik untuk mendapat pekerjaan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Mara bercadang memperluaskan pendidikan Ulul Albab dengan melaksanakannya di sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pada tahun depan.
Katanya, perkara itu masih di peringkat perbincangan dan jika segala-galanya berjalan lancar, kemungkinan sebuah atau dua buah lagi MRSM dipilih untuk melaksanakan pendidikan itu.
"Kalau sebuah MRSM dipilih maka seramai 350 orang pelajar akan diambil dan jika dua buah yang akan dibuka maka 500 orang pelajar akan diambil untuk mengikuti pendidikan berteraskan Ulul Albab.
"Tahun ini kita mulakan di MRSM Kota Putera yang hasilnya ramai pelajar menunjukkan kemampuan menghafaz sehingga tujuh juzuk al-Quran dan ini satu perkembangan memberangsangkan," jelasnya.

Tuesday, September 22, 2009
Sambutan Hari Raya Perantau di TTI
Majlis Hari Raya Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said Bersama Perantau diadakan (hari ini Hari Raya Aidilfitri Ketiga) bersamaan 3 Syawal 1430H atau 22 September 2009.
Ia dijangka bermula seawal jam 9 pagi bertempat di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Dijangka seramai 3,000 orang perantau anak Terengganu termasuk pelajar di luar Terengganu yang pulang berhari raya akan bersama Menteri Besar dalam suasana mesra Hari Raya, sesuai dengan pendekatan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan yang menjadi fokus Kerajaan Negeri.
Selain Menteri Besar, barisan exco Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dijangka akan hadir sama meraikan perantau yang terdiri dari pelbagai lapisan, termasuk ahli akademik, petugas media dan tokoh serta personaliti anak Terengganu yang mencipta nama di luar Terengganu.
Selain menikmati hidangan hari raya, tetamu akan dihiburkan persembahan bercorak budaya Terengganu, melihat tayangan video tentang Terengganu.
Menteri Besar juga akan menyampaikan ucapan bagi memberi maklumat kepada perantau tentang pembangunan dan hala tuju pembangunan Terengganu masa kini.
Ia merupakan program tahunan Kerajaan Negeri bagi meraikan dan menghargai perantau sempena kembali berhari raya.
Majlis Hari Raya yang bertemakan Rakyat Di Hatiku ini dijangka berakhir pada jam 2.00 petang.

Terengganu Jelapang Padi Terbaharu
Jika dahulu, sebut sahaja negeri jelapang padi pastinya Kedah merupakan negeri pertama yang terlintas di fikiran.
Namun kemajuan perkembangan tanaman ruji ini yang semakin berkembang menjadikan ia mampu dimajukan di negeri lain.
Terbaru, negeri Terengganu kini mampu mendabik dada apabila tanah seluas 735 hektar yang pernah gersang selama lapan tahun dahulu kini subur menghijau dengan sawah padi seluas mata memandang.
Kampung Jelapang di Daerah Setiu telah dipilih menjadi projek perintis kepada tanaman ini.
Projek bernilai RM46 juta itu berpotensi untuk menghasilkan tanaman padi dua kali setahun yang bakal meningkatkan tahap sara diri rakyat negeri itu hampir 55 peratus.
Seramai 200 petani daripada kawasan tersebut telah terlibat dalam projek berkenaan di mana setiap petani diagihkan tanah seluas 3.9 hektar untuk diusahakan dengan tanaman itu.
Siapa sangka tanah yang hampir dibiarkan itu akhirnya berjaya dimajukan hasil idea bernas Menteri Besar Terengganu yang ingin melihat rakyatnya keluar daripada kepompong kemiskinan yang selama ini membelenggu mereka.
Difahamkan, pada 1972 hanya enam orang petani yang mula mengusahakan tanah sawah di sekitar kampung tersebut namun ketika itu masih tiada kelengkapan pengairan.
Setelah hampir 30 tahun mereka mengusahakan sawah tersebut pada 2002 masalah pengairan timbul sehingga menyebabkan para petani terpaksa berhenti daripada meneruskan penanaman padi.
Natijahnya, selama lapan tahun tanah tersebut dibiarkan sehinggalah pada Jun 2008 lalu, ia dipilih sebagai jelapang padi Negeri Terengganu melalui Projek Pengairan Jelapang yang telah dirasmikan sendiri oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu.
Jika lapan tahun lalu petani di sini terpaksa berhenti daripada menanam padi kerana tiada sistem pengairan yang sistematik, namun kini mereka tidak perlu bimbang lagi apabila segala kemudahan pengairan dan infrastruktur telah dilengkapkan.
Dengan menggunakan sumber air dari Sungai Bari dengan keluasan tadahan seluas lebih kurang 37 kilometer persegi, tanaman padi di kawasan tersebut hidup subur.
Tambahan pula kemudahan sistem tali air, jalan ladang, jambatan, pembetung, rumah pam dan pam saliran telah disediakan.
Selain itu, pintu kawalan air turut dipasang bertujuan mengawal pasang surut air dan mengelakkan air masin masuk ke dalam sistem pengairan selain menyediakan bekalan air pada musim kemarau.
Bagi mengelakkan limpahan air Sungai Bari daripada menenggelami sawah, sebuah ban telah dibina di sebelah sungai tersebut setinggi lebih kurang 1.5 meter selain mendalamkan dan melebarkan sungai itu.
Kerajaan negeri juga membina parit saliran sepanjang 42,335 meter untuk mengalirkan air keluar dari sawah ke Sungai Bari.
Projek yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu itu turut menerima bantuan tenggala, benih, baja dan racun dalam tempoh percubaan daripada jabatan tersebut.
Justeru, tidak mustahil program penanaman padi itu akan membuahkan hasil lumayan sekiranya mendapat kerjasama penduduk setempat untuk memajukan kawasan itu.
Selain itu, kerajaan negeri turut menggalakkan penduduk yang mempunyai tanah yang terbiar agar memberikannya kepada kerajaan untuk dimajukan.
Sudah menjadi kebiasaan di mana penduduk lebih gemar 'menyimpan' tanah mereka berbanding dimajukan dengan pelbagai jenis pertanian lain.
Sehubungan itu, seharusnya kaedah Projek Pengairan Jelapang ini dicontohi oleh semua pihak dan dijadikan projek perintis untuk projek lain.

Ramli Nuh kena jawab isu tanah RM500 ribu
Ada tuduhan melalui sebuah blog mengatakan ADUN Tepoh ada membeli sebidang tanah dengan harga RM500 ribu.
Menurut blog berkenaan rakyat dan pengundi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh semakin gelisah apabila disana sini kedengaran cakap-cakap yang wakil rakyatnya tidak lagi ’cakna’ rakyat.
Menurut blog berkenaan: “Rata-rata rakyat DUN Tepoh sekarang rasa, YB tidak lagi seperti dulu, sewaktu penggal pertama menjadi wakil rakyat,”kata seorang ahli Umno yang ditemui blog berkenaan.
Kata blog berkenaan, “...yang paling malang bagi YB Ramli Nuh, ada tuduhan yang mengatakan bahawa beliau kini sedang sebok mengumpul harta bernilai jutaan ringgit,” kata ahli Umno dan pengundi DUN Tepoh yang tidak mahu dikenali.
Melalui blog berkenaan, beliau mempersoalkan bagaimana dalam masa dua penggal sahaja, Ramli boleh membeli 3 lot tanah dan merancang membina sebuah rumah baru.
”Mu beli tanah RM500,000 dan nak buat rumah RM500,000, ambil pitih mana,”soal ahli Umno tersebut yang ditujukan kepada ADUN Tepoh terbabit.
Berikutan itu, ADUN berkenaan perlu ‘membersihkan namanya’ dan menjelaskan apakah benar tanah itu miliknya dan akan mendirikan rumah berharga yang disebut oleh blog berkenaan.
Nampaknya, ini bukan sekali ADUN berkenaan ‘diserang’ oleh blog berkenaan tetapi sebelum ini blog berkenaan turut mempertikaikan mengenai peribadi ADUN berkenaan.

RM6 Juta Untuk Dua Pasukan Bola Sepak Negeri Terengganu
Sumber: Bernama
Pasukan bola sepak Terengganu dan T'Team, masing-masing bakal menerima peruntukan RM3 juta daripada kerajaan negeri untuk menghadapi cabaran liga Malaysia tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata sumbangan itu sebagai menyuntik semangat pengurusan dan pemain-pemain untuk menghadapi kejohanan Piala Liga, Piala FA dan Piala Malaysia.
"Kita harap kedua-dua pasukan itu mencapai kejayaan dan sekaligus akan mengharumkan nama Terengganu dalam kejohanan tersebut," katanya.
Rahim yang juga Pengurus Pasukan T'Team berkata, tahun ini tugas pasukan T'Team lebih mencabar kerana buat pertama kali pasukan itu akan berentap dalam pertandingan Liga Super.
Beliau berkata ini bermakna T'Team akan berhadapan dengan banyak pasukan terbaik, terutamnya pasukan negeri yang sememangnya hebat dan sukar ditandingi pasukan baru seperti T'Team.

Projek pengairan Jelapang mula berhasil
Impian kerajaan negeri untuk mempunyai hasil padi sendiri kian tercapai apabila Projek Rancangan Pengairan Jelapang yang diusahakan di Kampung Mak Jintan dekat sini tahun lalu mula membuahkan hasil.
Projek yang melibatkan tanah sawah seluas 735 hektar itu mula dituai 15 September lalu dengan anggaran perolehan empat tan per hektar untuk satu musim.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, projek tersebut yang melibatkan kos sebanyak RM46 juta termasuk kemudahan pengairan, infra dan pembaikan kawasan serta perataan tanah itu mula menunjukkan hasil walaupun diusahakan dalam masa tiga bulan.
Katanya, melalui projek berkenaan, kerajaan yakin dapat mencapai 55 peratus tahap sara diri negeri Terengganu.
"Apabila keseluruhan projek ini siap beroperasi sepenuhnya, kita yakin akan mencapai sasaran sara diri 100 peratus tanpa mengharapkan hasil padi dari negeri lain.
"Ini kerana, Projek Pengairan Jelapang ini berpotensi untuk tanaman padi dua kali setahun yang bakal meningkatkan ekonomi penduduk sekali gus negeri ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Tuai Padi di Kampung Mak Jintan di sini semalam.
Projek Pengairan Jelapang itu mula diusahakan bertitik tolak daripada idea Menteri Besar Terengganu tahun lalu apabila ingin mengurangkan masalah kemiskinan rakyat di negeri itu dengan membuka kawasan penanaman padi baru di kawasan kampung.
Seramai 200 orang peserta daripada penduduk tempatan telah terlibat dalam program berkenaan di mana setiap peserta diberi 3.9 hektar tanah untuk diusahakan dengan tanaman padi.
Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, beliau berharap petani yang terlibat dengan projek itu akan berkerja keras bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak tahun depan.
Ujarnya, pada tahun depan proses penanaman padi akan bermula pada bulan Mac.
"Kita yakin tahun depan anggaran hasil yang akan diperoleh ialah RM4,000 hingga RM9,000 per hektar untuk satu musim.
"Dengan jumlah tersebut, petani-petani di sini mampu memperoleh anggaran pendapatan RM3,600 sebulan untuk tanah seluas 3.9 hektar ini dan sekali gus mampu keluar dari kelompok kemiskinan," jelasnya.

FELCRA Pelawa Pemuda Tempatan Bekerja Di Ladangnya
Felcra Berhad Wilayah Timur mempelawa golongan muda yang tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk bekerja di ladang-ladang sawit milik lembaga itu di Terengganu bagi mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.
Eksekutif Kanannya, Che Mohd Zainun Abdul Jalil berkata Felcra memajukan kawasan seluas 24,000 hektar tanah di Terengganu, tetapi kebanyakan pekerja ialah warga asing.
Katanya daripada jumlah tanah yang diusahakan itu, 22,000 hektar ditanam dengan kelapa sawit manakala bakinya getah.
Dalam pada itu, beliau berkata Felcra sedia memajukan tanah-tanah terbiar milik orang perseorangan melalui konsep penyatuan dan pemulihan.
"Jika ada tanah terbiar, kami kumpulkan dengan membuat penyatuan supaya tanah itu lebih luas, sekurang-kurangnya 40 hektar manakala pembahagian hasil keuntungan akan dibuat mengikut keluasan tanah yang mereka miliki," katanya.
Che Mohd Zainun berkata Felcra juga memberi peluang kepada pesertanya menambah pendapatan dengan mengusahakan pelbagai tanaman selain kelapa sawit dan getah yang sedang diusahakan agensi berkenaan.
Katanya mereka boleh mengusahakan tanaman kontan seperti jagung, tembikai dan serai, yang boleh membawa keuntungan sebelum tanaman kelapa sawit dan getah mengeluarkan hasil.

Gaji T Team Naik, 90 peratus pemain kekal
Pengurusan T'Team akan membuat persiapan rapi bagi pemain termasuk mencari pemain baru untuk memperkukuhkan pasukan.
Pengurus pasukan, Datuk Rahin Mohd. Said berkata bayaran bukan perkara utama, tetapi yang lebih penting ialah kita mahu mencari pemain-pemain berkaliber dan bersedia membantu pasukan T'Team.
Beliau berkata pihak pengurusan T'Team mengambil keputusan mengekalkan jurulatih Chekku Marzuki Chekku Mohd Nor memandangkan kejayaannya membawa pasukan itu menjadi naib juara Liga Perdana musim ini.
Selain itu, pengurusan T-Team akan menaikkan gaji pemain pasukan bola sepak itu sebanyak 10 peratus tahun depan berikutan kejayaan mereka menjadi naib juara Liga Perdana musim ini.
Langkah itu diharap akan menjadi penyuntik semangat pemain-pemain bagi mengharungi cabaran Liga Super tahun depan.
"Kita harap dengan kenaikan gaji ini, pemain-pemain akan lebih bersemangat menghadapi pertandingan Liga Super tahun depan," katanya semalam.
Rahin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri berkata, 90 peratus pemain musim lepas dikekalkan dalam pasukan T-Team tahun depan.
"Secara jujur saya katakan bahawa ramai pemain-pemain negeri berminat untuk mewakili pasukan kita tahun depan, tetapi kita kena tunggu sehingga pertandingan Piala Malaysia selesai," katanya.
Katanya, T-Team memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta untuk menghadapi Liga Malaysia tahun depan iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.
Rahin juga berkata, beliau akan cuba meminta kerajaan negeri membersihkan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak bagi membolehkannya digunakan tahun depan.
"Kalau boleh kita tidak mahu bermain di negeri lain sekiranya pasukan Terengganu dan pasukan T-Team bermain serentak," katanya.