Pelabur dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) menunjukkan minat yang mendalam untuk merebut peluang potensi pelaburan yang meluas di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Malaysia, kata penasihatnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, semalam.
Ber dasarkan kepada pertemuan beliau dengan pelabur di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Abdullah berkata yang pelabur ini telah melahirkan minat dalam bidang pertanian, pelancongan, pendidikan, pembaikan sumber bersepadu dan program kesihatan.
"Dari perbualan yang telah kami adakan dengan beberapa pihak di sini didapati minat mereka terhadap koridor ini adalah baik dan (telah) menunjukkan kecenderungan untuk pelaburan," katanya.
Bekas perdana menteri itu berada di sini kerana mengetuai delegasi untuk Misi Pelaburan ECERDC ke Timur Tengah, mulai 7-17 Mei.
Misi itu bertujuan menarik pelabur dari negara-negara Teluk di samping meningkatkan hubungan perniagaan dua hala antara Malaysia dan negara-negara Timur Tengah.
Antara yang menyertai delegasi itu termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingham Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation CEO Datuk Seri Jamil Bidin, Datuk Mahadiah Mohamad, Timbalan Setiausaha Negeri Pahang (Pembangunan) dan ketua Pegawai Eksekutif ECER Terengganu, Zulkifli Mohamad.
Abdullah berkata peta hala tuju untuk kerjasama telahpun disediakan, "jadi, kita perlu lihat butirannya dengan terperinci."
"Apa yang perlu ialah memberi maklumat tambahan kepada mereka agar keputusan dapat dicapai dengan cepat.
Di samping itu, mereka juga bersetuju membuat lawatan untuk meninjau dan melihat sendiri ke kawasan koridor ini pada bulan Julai atau Ogos ini," kata Abdullah.
Antara lain Abdullah berkata tujuan kedatangan rombongan ECER di sini ialah untuk mencari pelaburan bagi kawasan ECER. Pada masa yang sama, ia juga untuk menerangkan dan memberi taklimat mengenai apa yang "kita rancangkan untuk pembangunan kawasan ECER."
Selain itu, beliau menambah yang pelabur juga diberi maklumat yang ada hubungkait dengan projek yang dirancangkan dan juga apakah insentif yang kerajaan telah sediakan.
Katanya, para pelabur juga turut dimaklumkan tentang kemudahan infrastruktur yang terdapat di ECER termasuk pekerja terlatih, kelengkapan komunikasi, pengangkutan termasuk air dan udara.
Rantau itu menawarkan insentif fiskal dan bukan fiskal yang menarik yang telah disesuaikan khusus kepada para pelabur yang menceburi kluster atau kelompok ECER masing-masing seperti pelancongan, minyak, gas dan petrokimia, pembuatan, pertanian dan pendidikan.
Dua insentif teras yang diguna pakai ke atas semua projek ialah pengecualian cukai pendapatan dan elaun cukai pelaburan (ITA). Insentif yang telah disesuaikan turut ada, berdasarkan kepada merit setiap kes.
Para pelabur di ECER juga menikmati insentif bukan fiskal yang ditawarkan. Antaranya, termasuklah premium harga-harga tanah, keanjalan dalam pengambilan ekspatriat, tarif keutamaan untuk utiliti, memberikan status ECER kepada syarikat berkelayakan dan peruntukan geran kepada projek berdaya maju.
Abdullah berkata: "Saya menganggap misi ini telah berjaya dan insyaallah kelak akan menghasilkan pelaburan bagi projek tertentu yang akan diadakan di situ."
Sementara itu, Jebasingam yang turut hadir semasa temubual itu berkata hubungan dan jalinan kerja baik mantan perdana menteri telah menjuruskan kepada kejayaan misi ini di sini.
"(Tun) Abdullah mempunyai hubungan yang baik di sini. Menerusi hubungan beliau dan juga bantuan dari kedutaan kita di sini, kita mampu menembusi rantau ini dan mendapat maklumbalas yang baik," tambah beliau.
ECERDC, ialah jentera tujuan khas yang ditubuhkan untuk memacu pelaksanaan projek dan program penting yang telah dikenalpasti dalam Pelan Induk ECER.
Ia diperkasakan untuk menyediakan hala tuju yang betul, dasar dan strategi berhubung dengan pembangunan dalam lingkungan ECER.
Majlis itu turut diperkasakan untuk menyediakan kerjasama antara entiti kerajaan dalam menggalakkan perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pembangunan aktiviti-aktiviti di ECER.
ECER meliputi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta wilayah Mersing di Johor.
Tuesday, May 11, 2010
Anak Terengganu menyertai ekspidisi Kuala Lumpur London dengan motosikal.
Daripada www.caknasayang.blogspot.com
Orang Malaysia pergi ke London perkara biasa. Salah satu destinasi MAS ialah KL - London. Bila ada orang Malaysia nak pergi ke London ikut jalan darat itu adalah perkara yang luar biasa. Pastinya perjalanan tersebut dengan motisikal.
Ekspidisi dijangka bermula pada 1 Julai 2010 terdiri daripada 5 orang rakyat Malaysia akan mengembara dari KL ke London.
Ekspidisi Merdeka 1Malaysia Kuala Lumpur - London yang terdiri daripada 2 orang keturunan Melayu, China, India dan Kadazan. Mereka dijangka tiba di London pada 31 Ogos akan datang dan akan menyertai rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan di sana.
Semangat kental mereka seharusnya dijadikan idola kepada rakyat Malaysia. Misi mereka ialah untuk memungut derma bagi menubuhkan 40 buah perpustakaan di rumah anak yatim dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia.
Salah seorang daripada mereka ialah anak Terengganu ia itu Saiful Haizan Hasam seorang wartawan Eksekutif Utusan Malaysia. Berasal daripada Kampong Darau Besut Terengganu. Berumur 32 tahun.
Antara lain tujuan ekspidisi ini ialah untuk mempromosi gagasan 1Malaysia kepada dunia melalui kerjasama antara penunggang yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan Kadazandusun.
Menterjemahkan gagasan 1Malaysia dengan cara tersendiri untuk membantu kefahaman masyarakat terhadap falsafah dan tujuan gagasan itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak .
Sebagai iktibar kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil dicapai jika semua kaum bersatu padu dengan semangat 1Malaysia .
Membangkitkan kesedaran bahawa kemerdekaan negara wajib dipertahankan oleh semua kaum untuk diwariskan kepada generasi akan datang
Penglibatan anak Terengganu dalam ekpidisi ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana orang Terengganu sememangnya hebat dalam semua aspek. .

Rancang bina dua kilang
Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) merancang untuk membina kilang memproses isi ikan dan kilang air batu tidak lama lagi.
Pengerusinya, Hamzah Jusoh berkata, persatuan itu sudah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan kilang air batu iaitu berhampiran Kompleks Perikanan Pulau Kambing di sini, manakala tapak untuk kilang memproses isi ikan masih sedang dicari.
"Kami jangka kilang memproses ikan akan melibatkan kos pembinaan RM200,000 manakala kilang air batu yang dibuat secara kecil-kecilan memerlukan peruntukan RM100,000," katanya ketika semalam.
Beliau berkata, PNKTS juga melabur kira-kira RM1.3 juta untuk membeli sebuah bangunan tiga tingkat di Jalan Sultan Sulaiman untuk disewa sebagai pejabat dan lot-lot kedai.
"Bangunan yang dibeli itu sudah hampir siap. Apabila siap nanti, kami akan sewa bagi menambah dana persatuan," katanya.

Polis Terengganu Tumpas Kegiatan Pengedaran Ubat Batuk
Polis Terengganu berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran ubat batuk terbesar di negeri ini hasil penahanan dua lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Kolam, Mengabang Telipot dekat sini Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata dalam serbuan kira-kira 1.10 tengah hari itu sebanyak 100 liter ubat batuk bernilai lebih RM10,000 yang diisi dalam 25 tabung plastik putih dan disembunyikan dalam tandas di rumah itu berjaya dirampas.
"Ia merupakan rampasan yang terbesar oleh JSJN Terengganu dalam tempoh tiga tahun dan kita percaya kedua-dua lelaki berkenaan merupakan pembekal ubat batuk di sekitar daerah ini," katanya kepada pemberita semalam.
Roslan berkata semasa serbuan dilakukan seorang daripada mereka yang bersembunyi di bahagian bilik cuba melarikan diri melalui bahagian dapur, namun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui seorang lagi rakannya yang bersembuyi dalam tandas di rumah itu.
Katanya kedua-dua lelaki masing-masing berumur 27 dan 32 tahun, yang bekerja sebagai buruh, merupakan penagih dadah jenis pil kuda dan mereka menjadikan ubat batuk sebagai alternatif kepada pil itu.
"Permintaan ubat batuk adalah tinggi berikutan penagih-penagih tidak mampu membeli bekalan dadah dan ubat batuk dijadikan gantian sebab harganya lebih murah," katanya.
Katanya siasatan awal juga mendapati salah seorang daripada lelaki yang ditangkap itu merupakan bekas penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di utara yang terkandas dalam pengajiannya.
Beliau berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga 13 Mei ini untuk didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Monday, May 10, 2010
Amaran kepada pelancong asing jangan sebar risalah keagamaan
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said memberi amaran kepada pelancong asing yang mengunjungi negeri ini agar tidak mengambil kesempatan menyebarkan agama Kristian dengan mengedar risalah berbentuk keagamaan terutamanya di tempat awam.
Katanya, mereka perlu tahu bahawa agama Islam merupakan agama rasmi bagi rakyat di Malaysia dan jika ini berlaku akan menimbulkan sensitiviti di kalangan umat Islam.
"Perkara tersebut adalah serius memandangkan ia berkaitan dengan isu sensitif umat Islam dan saya akan arahkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memantau tentang dakwaan dua kakitangan keselamatan Lembaga Muzium Negeri yang menerima risalah berbentuk keagamaan Kristian.
"Bagaimanapun, dua kakitangan yang terlibat itu perlu melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak berwajib bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil," katanya kepada selepas merasmikan Majlis Penutup Program Sepakat Bestari Karnival Satu Malaysia Seni Budaya Terengganu di Kampung Atas Tol di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pendedahan sebuah akhbar tempatan berkenaan tindakan dua pelancong wanita dari Jepun berusia 40-an yang menyebarkan risalah yang turut mengandungi terjemahan kitab Bible dalam bahasa Melayu kepada orang awam di Muzium Negeri dekat sini pada Selasa lalu.
Dua wanita tersebut dipercayai mengedarkan risalah berkenan ketika melawat Galeri Muzium dan secara kebetulan telah mengedarkannya kepada dua kakitangan keselamatan muzium itu.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, beliau akan mengarahkan JHEAT menyiasat perkara berkenaan dan jika benar ia berlaku JHEAT perlu memberi peringatan dan amaran kepada pelancong-pelancong berkenaan.
Ini kerana jelasnya, ada kemungkinan pelancong-pelancong berkenaan tidak mengetahui tentang undang-undang di negara yang tidak membenarkan penyebaran agama Kristian terutamanya di tempat awam.
"Bagaimanapun kita akan siasat tentang perkara ini terlebih dahulu dan jika benar barulah kita akan mengambil tindakan," katanya.

10,000 sertai Melayu Bangkit
Kira-kira 10,000 orang termasuk ahli-ahli 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dijangka menyertai program Melayu Bangkit untuk membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.
Program anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dengan kerjasama Institut Integriti Terengganu itu dianjurkan dalam usaha menyatupadukan orang Melayu yang semakin renggang dan membangkitkan kesedaran orang Melayu terhadap hak mereka.
Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) akan menyampaikan ucaptama pada majlis itu yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak di sini pada 13 Mei ini.
Menurutnya, pada majlis itu turut akan diselitkan ialah pembacaan sajak ‘Melayu Bangkit’ oleh Ibrahim Mohamad dengan loghat Hulu Terengganu serta sesi soal jawab.
‘‘Kehadiran Dr. Mahathir akan disambut dengan perarakan oleh tujuh persatuan silat dengan diiringi gendang Melayu. Sehubungan itu, orang Melayu dijemput untuk bersama-sama menghayati ucapan beliau,” katanya di sini hari ini.
Hadir sama Pengarah Institut Integriti negeri, Arifin Deraman.
Menurut Razali, program itu merupakan program kedua Gertak selepas membangkitkan mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam baru-baru ini.
Beliau berkata, tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.
Sementara itu Arifin berkata, program itu bertujuan memberi kesedaran terutama kepada belia Melayu tentang peranan mereka memperkasakan masyarakat Melayu dalam era globalisasi.
Beliau berharap program itu menjadi pencetus motivasi kepada golongan muda kerana mereka merupakan bakal pemimpin pada masa depan.

Karnival galak penyertaan generasi muda
Kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kemajuan serta membaiki taraf hidup rakyat supaya memperoleh hidup yang lebih sejahtera.
Ahmad Said (tengah) bersama tetamu mencuba laksa Terengganu pada Program Sepakat Bestari Karnival 1Malaysia Seni Budaya Terengganu di Kampung Atas Tol, Marang, kelmarin.
Ketua Pengarah Penerangan Datuk Abdullah Murad berkata bagi meningkatkan tahap pencapaian yang lebih baik, kerajaan memberi keutamaan dalam beberapa bidang antaranya memerangi jenayah.
"Kerajaan berhasrat untuk mengurangkan kadar jenayah sehingga 20 peratus selain membanteras kegiatan rasuah secara habis-habisan agar amalan itu dihapuskan sama sekali," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Program Sepakat Bestari Karnival 1Malaysia Seni Budaya Terengganu oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Said di Kampung Atas Tol dekat Kuala Terengganu kelmarin.
Abdullah berkata perkara lain yang diberi perhatian utama ialah menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih sempurna dan membasmi kemiskinan dengan menyediakan kemudahan perumahan serta peluang pekerjaan yang lebih baik.
Mengenai penganjuran Program Sepakat Bestari Karnival 1Malaysia Seni Budaya Terengganu, katanya program itu berjaya menarik golongan muda melibatkan diri dalam aktiviti seni dan kebudayaan masyarakat setempat.
Katanya, melalui program berkenaan mereka dapat mengenal dan mempelajari kepelbagaian budaya dan tradisi penduduk sesebuah kampung yang semakin kurang diminati.
Justeru katanya, program berkenaan bakal diteruskan di tempat lain bagi membolehkan lebih ramai generasi muda dan belia menyertai program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.
"Di negeri ini kita mempunyai kira-kira 83 buah Komuniti Bestari dan setiap kawasan mempunyai keistimewaannya sendiri yang perlu ditonjolkan sekali gus dapat mempopularkan kawasan tersebut.
"Melalui peruntukan sedia ada, kita yakin dapat memanfaatkan program Komuniti Bestari di setiap kawasan dalam usaha mengekalkan seni budaya masyarakat setempat," katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Sepakat Bestari Karnival 1Malaysia Seni Budaya Terengganu di Kampung Atas Tol di sini semalam.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Ahmad Said serta isteri, Toh Puan Norliza Mahmud yang turut menyempurnakan majlis penutup selain melawat pameran yang diadakan di karnival berkenaan.
Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 Mei itu menjadi tumpuan apabila kira-kira 2,000 orang mengunjungi karnival berkenaan.
Pelbagai aktiviti disediakan seperti pameran pelbagai agensi kerajaan, aktiviti kesukanan, kebudayaan, pertandingan membuat wau dan kuih tradisional.
Sementara itu seorang peserta karnival, Esah Osman, 46, yang mahir dalam membuat kuih tradisional Melayu mengakui amat gembira apabila berpeluang menyertai karnival berkenaan.
Menurutnya, karnival yang julung-julung kali diadakan di kawasan itu menarik ramai pengunjung terutama di kalangan belia.
"Rugi jika tak datang ke sini kerana pelbagai aktiviti diadakan contohnya pada hari ini saya menunjukkan demonstrasi membuat kuih tradisional 'lok lit' yang amat sukar untuk dinikmati pada masa kini, jelasnya.

Lebih Banyak Gelanggang Permotoran Akan Dibina Di Terengganu
Kerajaan negeri Terengganu akan membina lebih banyak gelanggang sukan permotoran dalam usaha mencungkil bakat baru dalam sukan itu di negeri ini.
Selain itu ia adalah saha membendung kegiatan mat rempit di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kerajaan negeri juga mahu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat dalam menganjurkan aktiviti permotoran melibatkan golongan muda di peringkat daerah.
"Kita harap pembinaan gelanggang permotoran ini secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah mat rempit di negeri ini," katanya selepas majlis perasmian pameran automotif di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu semalam.
Menurut Abdul Rahin, setakat ini kerajaan negeri telahpun membina dua litar diwujudkan iaitu di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak dan di Lembah Bidong, Setiu.
Abdul Rahin berkata litar di Gong Badak menelan belanja RM400,000.
''Litar di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak kini digunakan untuk acara lumba motosikal sprint oleh pelbagai pihak termasuk kelab-kelab permotoran," ujarnya.
Beliau berkata, litar di Lembah Bidong yang digunakan untuk acara 'drift' bagi kereta dan motosikal pula terpaksa ditutup selepas masyarakat setempat mengadu ia menjadi tempat masalah sosial berleluasa.
''Kerana kawasan tersebut dikelilingi semak samun, ia sering disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, jadi kita terpaksa tutup tempat itu.
''Namun, jika ada pihak yang sanggup memastikan ia dapat diatasi ketika menganjurkan acara permotoran di litar itu, kita tidak ada masalah membukanya," jelasnya.
Katanya, penglibatan NGO-NGO selain kelab-kelab permotoran dalam menganjurkan aktiviti berkenaan akan membantu mengadakan banyak aktiviti terutama di peringkat daerah.
Katanya satu perhimpunan kelab permotoran negeri Terengganu yang dijangka dihadiri 10,000 peminat motor akan diadakan di Stadium Tertutup di Gong Badak pada 18 Mei ini.

Tender bina veledrom basikal Terengganu
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata tender untuk pembinaan veledrom basikal yang pertama seumpamanya di Terengganu di Kampung Che Lijah, Dungun akan dikeluarkan tidak lama lagi.
Rahin berkata velodrom yang berharga lebih kurang RM2 juta itu sepatutnya sudahpun siap tahun ini jika cadangan pembinaan asalnya diterima oleh penduduk Kampung Sura.
"Mungkin velodrom ini akan dibina selepas selesai Sukan Malaysia (Sukma) nanti," katanya di Kuala Terengganu semalam.
Pemohon Terengganu antara 400 Berketurunan Cina Mohon Sertai SPRM
Hasrat Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menambah bilangan anggota daripada kalangan kaum Cina bakal menjadi kenyataan apabila 400 pemohon berketurunan Cina
menghadiri sesi temuduga bagi mengisi jawatan pegawai siasatan dan penolong pegawai siasatan sempena Hari Kerjaya SPRM semalam.
Di kalangan pemohon, ada yang datang dari Terengganu. Perak, Pulau Pinang dan beberapa negeri lain.
Rata-rata mereka yang ditemui pada sesi temuduga di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur di sini melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan ruang sedemikian dan berikrar untuk berkhidmat dengan sebaiknya sekiranya ditawarkan ke jawatan itu.
Bagi mereka usaha itu adalah sesuatu yang amat baik kerana kebiasaannya masyarakat Cina kurang terdedah dan diberikan peluang untuk menyertai sektor kerajaan.
Mereka juga berharap usaha itu tidak hanya tertumpu kepada SPRM sahaja sebaliknya mahu jabatan-jabatan lain juga terlibat sama dalam memberikan peluang kepada kaum Cina kerana biasanya mereka kurang terdedah dengan maklumat bagaimana untuk memohon menjadi penjawat awam.
Tay Sue Yean, 23, berpendapat SPRM sepatutnya menawarkan lebih banyak jawatan kerana mereka seharusnya sedar peluang sebegini biasanya tidak akan dilepaskan begitu sahaja malahan kaum lain yang fasih berbahasa Mandarin juga akan turut sama memohon walaupun ia hanya ditawarkan kepada kaum Cina.
"Ini program yang bagus sebab boleh tarik lebih ramai kaum Cina menyertai agensi kerajaan tetapi lagi baik sekiranya lebih banyak jawatan disediakan.
"Sepatutnya skop jawatan juga perlu diperluaskan kerana ia bukan sahaja akan dipohon oleh kaum Cina malah kaum lain yang fasih berbahasa Mandarin juga tidak akan lepaskan peluang ini. Lebih baik sekiranya pemohon ditawarkan jawatan tetap bukannya kontrak seperti ini," katanya yang berasal dari Terengganu.
Sim Tik Hooi, 30, berkata peluang yang disediakan SPRM adalah sesuatu yang dinantikan kerana bagi kaum Cina, bukanlah sesuatu yang mudah untuk mereka menyertai perkhidmatan jabatan kerajaan.
"Bagus, sekurang-kurangnya kerajaan memberikan peluang kepada kaum Cina untuk bekerja bersama SPRM dan usaha baik ini patut diteruskan," katanya yang sanggup datang daripada Teluk Intan, Perak semata-mata untuk menghadiri temuduga itu.
Chan Saw Seng, 26, dari Pulau Pinang berkata beliau mengambil kesempatan untuk menghadiri temuduga itu walaupun terpaksa menempuh perjalanan jauh keranan menyedari kurang daripada kalangan kaum Cina berkhidmat dalam sektor awam.
Chan berkata dia akan menggunakan kelebihannya menguasai bahasa Mandarin dan Hokkien selain bahasa Inggeris untuk cuba memikat panel penilai kerana sebagai badan yang banyak terlibat dalam aktiviti siasatan, SPRM memerlukan petugas fasih dalam pelbagai bahasa.
Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya SPRM (Bahagian Pengurusan dan Kecemerlangan) Zainal Adam ketika ditemui berkata pihaknya menerima 400 permohonan.
"Semua borang permohonan akan dihantar kepada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk perincian sebelum pemohon disenarai pendek untuk dipanggil temuduga oleh SPRM dalam tempoh tiga minggu dari sekarang.
"Kita berharap kedua-dua jawatan itu akan diisi sepenuhnya Jun ini," katanya yang turut mengakui menerima permohonan daripada pemohon berbangsa Melayu.
SPRM menawarkan sebanyak 40 jawatan kosong sebagai pegawai siasatan dan penolong pegawai siasatan di mana pengambilan bagi jawatan kontrak selama tiga tahun itu diperlukan bagi mengisi kekosongan di seluruh negara.