Azan di tengah bersama Raja Bahrin dan Ng Chai Heng (kiri). |
Untuk apa
ada kerjasama sedemikian jika tidak menguntungkan PAS?
Sudah
nyata, tiada apa yang boleh disumbangkan oleh wakil PKR di Terengganu (DUN
Bandar) dan DUN Guchil di Kelantan.
ADUN
Bandar, Azan Ismail di Terengganu bukan sahaja sukar untuk ditemui tetapi
banyak masa berada di luar. Beliau hanya akan berada di Kuala Terengganu jika
ada majlis berkaitan parti.
Yang pasti
ialah tiga sidang Dewan Undangan Negeri atau DUN iaitu April, September dan
November setiap tahun. Masa lain sukar mencari Azan. Kalau tidak di Kuala
Lumpur, beliau mungkin di Kuantan.
Itu dengan
PKR. Bagaimana dengan Amanah?
Timbalan
Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah tegaskan dengan jelas bahawa PAS
"tidak mungkin" dapat menerima kerjasama dengan Amanah.
Malah, PAS
juga tidak jelas sama ada akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau
sebaliknya.
Di
Terengganu, wakil Amanah hanya di Parlimen Kuala Terengganu walaupun ada ura-ura
ADUN Batu Burok dan ADUN Ladang akan menyertainya.
Malah,
ketika dalam PAS pun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu ini hanya mencipta isu
tetapi tidak berkhidmat untuk rakyat.
Untuk
sebarang penyelesaian masalah, mereka terpaksa berjumpa dengan Pengarah DUN dan
Parlimen Kuala Terengganu dari UMNO.
Lebih
menyakitkan hati PAS, gerakan Amanah kini didakwa giat menarik ahli dan meramPAS
bangunan milik parti berkenaan.
Semalam
Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah mencabar PAS Terengganu untuk menyatakan pendirian sama
ada untuk bersama Barisan Nasional (BN)
atau PH.
Raja
Bahrin memberi amaran keengganan PAS menyertai PH menyebabkan parti itu
ketinggalan di Terengganu berikutan PKR, DAP dan Amanah sudah bersetuju untuk
mempercepatkan penubuhan PH demi kepentingan rakyat.
Dalam satu
kenyataannya semalam beliau berkata
sekiranya PAS mahu menyertai PH pada masa akan datang, permintaan itu akan
dipertimbangkan melalui perbincangan parti komponen PH yang mana buat masa ini
disertai oleh DAP, Amanah dan DAP.
“Penubuhan
PH di Terengganu adalah atas permintaan akar umbi untuk terus maju ke hadapan
dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke 14. Tawaran
awal telah pun dibuat pada peringkat Pusat oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail, namun mereka (PAS) enggan menerimanya. Jadi PH perlu mengambil langkah
seterusnya,” katanya.
Raja
Bahrin merujuk kepada kenyataan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat
di mana beliau dipetik sebagai berkata, Pilihan Raya Umum akan datang perlu
kekal pertandingan dua penjuru – BN dan pakatan pembangkang.
Berikutan
itu, kata Raja Bahrin: “Pesuruhjaya PAS perlu menyatakan pendirian sekiranya
beliau benar-benar mahukan pertandingan dua penjuru,” katanya.
Dalam
kedudukan PAS yang tidak jelas, semalam dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim
berkata, apabila PAS bergabung dengan PKR sebahagian besar kerusi parti itu
diserahkan kepada rakan kerjasama dalam gabungan pembangkang. Turut
'diserahkan' ialah jentera dan petugas parti.
Namun
katanya, sekiranya PAS bergabung pula dengan Pakatan Harapan bermakna mereka
sekali lagi perlu menyerahkan kerusi kepada parti baru dan ia "tidak mungkin
berlaku".
"Soal
agihan kerusi akan menjadi masalah utama. PAS tidak akan bergabung dengan
Pakatan Harapan kerana tindakan DAP terhadap PAS. Melainkan DAP atau PKR
sanggup bahagikan kerusi mereka kepada AMANAH.
Tuan
Ibrahim sudah memberikan amaran bahawa: "PAS akan tetap meletakkan calon
di semua kerusi yang ditandinginya (sebelum ini) kerana itu adalah hak PAS.
Jika komponen parti pembangkang lain khususnya AMANAH juga meletakkan calonnya,
ia menjadi penyambung tali hayat kepada UMNO atau BN," kata beliau.
Ini
bermakna bahawa apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan di Terengganu tidak
akan membawa apa-apa keuntungan kepada PAS termasuk tujuan kerjasama.
Tanpa PAS,
perjanjian persefahaman telah ditandatangani semalam yang disertai oleh tiga pengerusi parti
negeri iaitu Azam Ismail dari PKR, Raja Bahrin dari Amanah dan Ng Chai Heng
bagi pihak DAP.
Persetujuan PKR, Amanah dan DAP di Terengganu menjadikan ia negeri pertama menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk Pakatan Harapan Terengganu, selari dengan gabungan yang telah pun dibentuk di peringkat Pusat.
Persetujuan PKR, Amanah dan DAP di Terengganu menjadikan ia negeri pertama menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membentuk Pakatan Harapan Terengganu, selari dengan gabungan yang telah pun dibentuk di peringkat Pusat.
MoU itu
merupakan inisiatif awal untuk mengelak perlawanan tiga penjuru dalam pilihan
raya umum akan datang khususnya melibatkan ketiga-tiga parti.
Ditanya
sejauh mana kerjasama PKR dengan PAS, Azan memberitahu pihaknya mengalu-alukan
kerjasama daripada mana-mana pihak sambil memberitahu bahawa keputusan untuk
bersama Pakatan Harapan bukan dibuat bersendirian, tetapi ia merupakan dasar di
peringkat pimpinan.
Walaupun Tuan Ibrahim bercakap secara umum, menurut beliau tindakan
tergesa-gesa DAP, PKR dan Amanah membentuk PH menonjolkan kepada rakyat sikap
terlalu mementingkan diri sendiri sesetengah pihak yang menjadi punca keretakan
Pakatan Rakyat.
Tambah Tuan Ibrahim, PAS berharap tidak akan berlaku
perpecahan kerjasama dengan PKR walaupun bibit perpecahan itu mula kelihatan.
Sejak Pakatan Rakyat berkubur, PAS hanya bekerjasama dengan
PKR dan memutuskan hubungan dengan DAP.
Perselisihan itu berlarutan ekoran beberapa isu - terutama
apabila membabitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - dan DAP.
Kata Tuan Ibrahim, ketika ini ada pihak ingin menjadi juara
dengan mengawal parti pembangkang lain.
Beliau jelas merujuk kepada DAP.
Dengan adanya DAP dalam pakatan di Terengganu, sedangkan
pengaruh parti itu tidak seberapa, amat jelas pada pilihan raya umum akan
datang, tidak aka nada pertandingan dua penjuru.
Dengan kedudukan PKR dan DAP yang lemah disamping wakil
Amanah yang tidak ke mana, pilihan raya umum akan datang – kerusi DUN dan
Parlimen – pastinya akan ditandingi oleh sekurang-kurangnya tiga pihak iaitu
BN, PAS dan pakatan pembangkang yang baru.
Dan seperti biasa akan ada pengacau yang meletakkan calon
Bebas untuk memeriahkan lagi pilihan raya umum di Terengganu yang dijangka pada
2018.
No comments:
Post a Comment