"Perincian mengenai konsep wakaf yang akan diamalkan di bandar tersebut akan diuruskan oleh Maidam...kawasan meliputi 8.8 hektar itu akan diperhalusi balik oleh Maidam dan jika perlu akan menambah keluasannya pada masa akan datang."
- Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
Oleh Hambali Abdul Latiff
Bandar
Wakaf yang bakal dibangunkan di Kuala Nerus bukan sekadar mercu tanda
kebangkitan ekonomi umat Islam di Terengganu tetapi di Malaysia amnya.
Selain
itu, yang penting ialah bandar di tapak seluas 22 ekar itu akan meyediakan
pusat perniagaan, perumahan dan hotel yang membabitkan secara langsung kumpulan
asnaf dalam pembangunan mega.
Ini sesuatu yang mendahului
konsep pembangunan bandar di negara ini. Sebelum ini pembangunan bandar sering
dikaitkan dengan kumpulan peniaga, elit, kakitangan kerajaan serta yang
berkemampuan sama ada memiliki hartanah dan mengusahakan kegiatan perniagaan. Atau
dengan kata lain perbandaran lebih kepada kumpulan pertengahan dan yang berada.
Sementara
yang kelas bawahan dan berpendapatan rendah hanya sebagai ‘penumpang’ di
bandar-bandar berkenaan.
Tan Sri Muhammad Ali Hashim |
Namun, bertepatan
dengan namanya ‘wakaf’, sudah pasti tujuan murni Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan Kerajaan
Terengganu ialah membantu golongan asnaf dan yang tidak berkemampuan terutama
pelajar dan peniaga bagi meringankan beban mereka.
Ini termasuk
memberi peluang kepada peniaga untuk menyewa kedai secara percuma demi membantu
meningkatkan ekonomi umat Islam.
Manakala
pelajar universiti yang miskin boleh tinggal di kawasan perumahan (dalam bandar
baharu) untuk meringankan beban kewangan mereka.
Konsepnya
baik dan sewajarnya disambut oleh rakyat, bukan sahaja di Seberang Takir dan
Kuala Nerus amnya tetapi di Terengganu seluruhnya.
Apa yang
penting ditekankan di sini, apabila pelaksanaannya, ia hendaklah mengambil kira
matlamat dan niat suci penubuhannya.
Beberapa
pertimbangan penting perlu dirangka kerana apabila disebut ‘percuma’ - lot kedai dan kediaman pelajar – akan timbul
beberapa persoalan:
Bagaimana
proses memilih dilakukan;
1. Pihak mana yang akan menanggung kos untuk perkhidmatan ‘percuma’ berkenaan;
2. Apa kesannya kepada perbelanjaan kerajaan juga mungkin Pihak Berkuasa di bandar berkenaan; dan
3. Paling mustahak ialah siapa dan bagaimana mahu dikekalkan pengurusan
dan urus tadbir ke atas perkhidmatan percuma berkenaan.
Ahmad Razif yang mengumumkan
bandar ini sudah pasti akan menjamin bandar berkenaan dapat diwujud dan
berfungsi seperti yang dirancangkan.
Ahmad
Razif semalam berkata perincian mengenai konsep wakaf yang akan diamalkan di
bandar tersebut akan diuruskan oleh Maidam.
Malah, kawasan meliputi 8.8 hektar itu akan
diperhalusi balik oleh Maidam dan jika perlu akan menambah keluasannya pada
masa akan datang.
Pada 25
Oktober lalu, Menteri Besar Terengganu memaklumkan bahawa bandar itu masih
dalam perbincangan namun dicadang untuk membangunkannya di kawasan persekitaran
UniSZA dan Padang Nenas.
"Diharap
dengan wujudnya Bandar Wakaf ini kelak akan dapat menyelesaikan masalah kepada
mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian," katanya.
Beliau
berkata terdapat dua buah universiti di sini iaitu UniSZA dan Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) serta beberapa institusi pengajian tinggi seperti
Institut Pendidikan Guru, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Imtiaz dan beberapa
institusi kemahiran.
Semalam,
bercakap kepada pemberita selepas
Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Rabu (4
November 2015), Ahmad Razif mengulangi bahawa ia bersifat membantu golongan
asnaf agar dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.
Bandar Wakaf yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu adalah sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam Bandar Baru Kuala Nerus.
"Maidam akan memiliki pusat perniagaan yang akan diberi kepada golongan asnaf untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui ekonomi serta kawasan perumahan untuk golongan asnaf yang layak.
"Kebetulan juga kawasan Bandar Wakaf nanti berhampiran dengan beberapa pusat pengajian tinggi awam dan mungkin juga perumahan itu boleh diberikan kepada pelajar miskin yang layak sebagai penempatan untuk meringankan beban kewangan mereka," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Iman, di Kuala Terengganu, semalam.
Idea untuk membangunkan Bandar Wakaf itu adalah hasil perbincangan Maidam bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang turut mendapat kerjasama dari Waqaf An-Nur Corporation Bhd (WANCorp), iaitu institusi waqaf korporat pertama di Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Kita amat
yakin dengan kahdiran Muhamad Ali dalam projek ini, harapan kerajaan negeri dan
Menteri Besar sendiri akan terlaksana seperti dirancangkan.
Bandar
Wakaf pertama di Malaysia di kawasan seluas 8.8 hektar dalam Bandar Baharu
Kuala Nerus yang juga dikenali sebagai Bandar Al-Wathiqu Billah, adalah sebahagian daripada pembangunan bandar
baharu yang berkeluasan hampir 4,000 hektar.
Menurut
anggaran ketika ini, kerajaan negeri akan peruntukan kira-kira RM600 juta
dijangka mengambil masa empat tahun setengah dengan menggunakan konsep
pembangunan berpusat sepertimana Pusat Pentadbiran Putrajaya.
Mengulas mengenai
pembinaan Bandar Baru Kuala Nerus, Ahmad Razif berkata bandar seluas 3,785.65
hektar itu akan dibina dalam masa terdekat dengan mengambil masa empat tahun
setengah untuk dibina.
"Bandar itu yang juga dikenali sebagai Bandar Alwatiqu Billah akan menjadi pusat pentadbiran yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan secara berpusat seperti di Putrajaya yang akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat dalam mendapatkan pelbagai perkhidmatan," katanya.

Idea dan
tujuan yang baik ini hendaklah disambut oleh semua pihak, khususnya di Seberang
Takir dan Kuala Nerus.
Rakyat dan
kumpulan sasar – khususnya asnaf dan
pelajar – tidak sewajarnya hanya menunggu pelaksanaan projek ini.
Sebaliknya
berilah cadangan kepada kerajaan agar apabila dilaksanakan, ia benar-benar
dapat dimanfaatkan oleh mereka yang menjadi kumpulan sasar!