"Sebanyak 20 peratus pemandu memecut antara 110km/j hingga 130km/j manakala 50 peratus memandu laju dengan purata melebihi 140 km/j...sikap pengguna memandu laju, purata melebihi had kelajuan 110 km sejam antara penyumbang peningkatan kadar kemalangan maut di LPT2."
- Kajian Jabatan Kerja Raya
Lebuhraya
Pantai Timur 2 (LPT2) berbahaya!
Selain
beberapa tempat permukaannya tidak rata, beralun, berlaku mendapan, keadaan belokan
bahaya dibeberapa tempat turut mencipta “kolam air” apabila berlaku hujan lebat
(baca laporan ini).
Mudah untuk menuding
jari dan mengatakan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu ‘klu-klek’
dalam isu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Juga mudah untuk
mengatakan bahawa pemimpin kerajaan tidak peka atau ‘ambil mudah’ mengenai
nyawa yang melayang di LPT2.
Pemimpin PAS asyik
menyalahkan kerajaan BN tanpa melihat realiti.
Soal asas ialah pemanduan
yang berhemah dan mematuhi arahan adalah sangat penting.
Walaupun
bengkang-bengkok, tidak rata, licin atau pun ‘ada hantu’ di LPT2 sekali pun,
jika pemandu mematuhi larangan dan peraturan yang ditetapkan melalui pemaduan
selamat dan berhemah, semua mungkin dapat mengelakkan kemalangan, termasuk kemalangan
maut.
Menerusi kajian yang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR), hanya 30 peratus pengguna di LPT2 mematuhi
had laju yang ditetapkan.
Hasil kajian bagi tempoh sehari, mendapati kira-kira 20 peratus pemandu memecut antara 110km/j hingga 130km/j manakala 50 peratus memandu laju dengan purata melebihi 140 km/j ketika menggunakan lebuh raya tersebut.
Hasil kajian bagi tempoh sehari, mendapati kira-kira 20 peratus pemandu memecut antara 110km/j hingga 130km/j manakala 50 peratus memandu laju dengan purata melebihi 140 km/j ketika menggunakan lebuh raya tersebut.
Semantera
had kelajuan pemanduan maksimum yang direkodkan JKR semasa kajiannya di LPT2
sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, di sini ke Kampung Gemuroh, Kuala
Terengganu itu adalah 177km/j.
Berdasarkan statistik
Polis Diraja Malaysia (PDRM), LPT2 dari Jabor di Kemaman sehingga Gemuruh di
Kuala Nerus meragut 85 nyawa sejak dibuka Januari 2011 secara berperingkat.
Pihak berkuasa menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan dan had kelajuan yang ditetapkan ketika mengguna laluan itu.
Semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar atas) mengadakan lawatan tinjauan dan diberikan penerangan mengenai risiko kemalangan bertempat di KM258.9 LPT2 dekat Kemaman yang merupakan lokasi kemalangan meragut nyawa enam sekeluarga baru-baru in .
Pihak berkuasa menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan dan had kelajuan yang ditetapkan ketika mengguna laluan itu.
Semalam, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (gambar atas) mengadakan lawatan tinjauan dan diberikan penerangan mengenai risiko kemalangan bertempat di KM258.9 LPT2 dekat Kemaman yang merupakan lokasi kemalangan meragut nyawa enam sekeluarga baru-baru in .
Turut hadir Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu Ir Rosli Othman dan Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman.
“Kebanyakan kemalangan di LPT2 berpunca daripada faktor manusia antaranya dengan memandu laju. Kita akan berusaha memberi kesedaran kepada pemandu supaya mematuhi had laju ditetapkan seperti memasang lebih banyak papan tanda amaran di sepanjang lebuh raya ini bagi mengurangkan kemalangan maut,” katanya.
Semasa
tinjauan itu, petugas media turut dibawa menaiki kenderaan Pengimbas Jalan
Ikram (IRS) iaitu sebuah kenderaan yang dilengkapi mesin pengimbas dan kamera
untuk melihat proses mengutip data termasuk dari segi alunan serta kerataan
jalan raya.
Dalam pada
itu, Fadillah berkata, berdasarkan perkiraan kasar beliau, kira-kira 20 peratus
keadaan jalan raya di LPT2 dikesan bermasalah seperti beralun dan memerlukan
perhatian terutama berhampiran struktur jambatan.
Bagaimanapun
kata beliau, laporan penuh berhubung keadaan itu belum diperoleh dan tidak
boleh dibuat andaian sama ada ia menjadi punca kemalangan sehingga kajian
dilakukan oleh Ikram Paves Sdn. Bhd. tentang kadar kelicinan jalan raya
selesai.
Sementara
itu, beliau memberitahu, sejumlah 72 kemalangan di sepanjang LPT2 dikenal pasti
berpunca daripada limpahan air yang melintasi jalan dan tindakan seperti
membina sistem perparitan telah diambil bagi mengatasi masalah berkenaan.
Berhubung
permintaan supaya kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang LPT2 dibuka
secepat mungkin bagi membolehkan para pengguna beristirehat serta menyegarkan
diri, beliau berkata, pihaknya dalam proses melantik syarikat konsesi yang
dijangka dapat diketahui dalam tempoh sebulan.
Sebagai langkah penguatkuasaankeselamatan, polis memasang
lebih banyak perangkap had laju di sepanjang laluan 184 km LPT2 itu.
Selain itu papan tanda amaran juga akan diperbanyakkan bagi
memberi kesedaran dan peringatan kepada para pemandu yang menggunakan laluan
tersebut.
JKR juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi
memastikan elemen keselamatan terus dipertingkat termasuk meminta pihak konsesi
membenarkan kiosk perniagaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) beroperasi
bagi memberi keselesaan kepada pengguna lebuh raya itu.
Kerana itu, sudah-sudahlah pemimpin PAS, terutamanya Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS
Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Marang Mohd
Nor Hamzah yang mengkritik tanpa melihat kajian yang dihasilkan.
Menyalahkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang mengatakan kecuaian
pemandu sebagai faktor utama atas kemalangan-kemalangan yang telah berlaku di
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang empat tahun ianya dibuka boleh
dipertikaikan.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Ir. Rosli
Othman turut menyokong pendapat yang menjadikan pemandu sebagai faktor utama
kemalangan di LPT2.
Sudah jelas bahawa laporan-laporan polis dan Lembaga
Lebuhraya Malaysia (LLM) ialah sebanyak 70 peratus daripada jumlah keseluruhan
kemalangan yang sehingga 16 Oktober baru-baru ini berjumlah 1989 kemalangan
dengan 82 kematian adalah berpunca daripada kecuaian pemandu, 14 peratus aspek
persekitaran, sembilan peratus faktor kenderaan dan lain-lain kes.
“Daripada
kajian, kemalangan berlaku di jalan lurus dengan keadaan jalan dan cuaca baik.
Kita percaya pemandu memandu laju dengan kelajuan melebihi 120 km sejam,”
ujarnya.
Beliau juga mahu keputusan hasil siasatan berhubung punca
nahas di LPT2 disegerakan bagi memastikan tahap keselamatan LPT2
dipertingkatkan.
Bila mula Menteri Besar mahu lepas tangan dan bersikap ‘klul-klek’ dengan pelbagai
alasan dan memproses ‘bahan separuh masak tetapi terus dihidangkan kepada orang
ramai’?
Ahmad Razif menyebut berdasarkan fakta dan beliau tidak pernah
menafikan mana-mana wujudnya pelbagai masalah di LPT2.
JKR sendiri mengesahkan terdapat 27 tempat yang perlu
diperbaiki dan memerlukan sejumlah RM6 juta bagi kos baik pulih tersebut.
Ini menggambarkan betapa pemandu perlu mematuhui semua
arahan dan memandu dengan berhemah.
Kesungguhan kerajaan turut buktikan
apabila 300 orang termasuk a pelajar sekolah pondok dan Sekolah Menengah Imtiaz
menunaikan solat maghrib dan solat hajat diketuai Imam Besar Negeri Terengganu,
Aizi Saidi Abd. Aziz di pekarangan Plaza Tol Ajil di Hulu Terengganu baru-baru
ini.
Tujuannya adalah bagi melindungi para pengguna daripada ditimpa
musibah dan gangguan makhluk halus.
Kita yakin dengan ketentuan Ilahi mengenai sesuatu
kemalangan, termasuk kemalangan maut tetapi tidakkan nasib kita di tangan kita
sendiri yang tentukan?
Sebagai pemandu, jadilah pemandu yang berhemah.
Mahu kenyataan dan jawapan yang bagaimana lagi?
Jangan politikkan soal kematian dengan menyalahkan kerajaan
BN semata-mata kerana pelbagai usaha dilakukan.