Bahagian Akhir
Semalam malalui tajuk 'Izin Dalam Paksa' -Ahmad Razif Perlu Tunaikan Janji...’ blog ini membawa soalan, apakah Menteri Besar sekarang akan
memperjuangkan tuntutan RM1.8 bilion daripada Kerajaan Pusat selain kenapa LPT2
dikenakan tol tetapi tidak dengan Lebuhraya Pan Borneo.
Kita bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa
Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman
bahawa keputusan mengenakan tol di di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bermula
selepas tengah malam ini, bukan
keputusan tergesa-gesa.
Ir Rosli...tidak membebankan |
Kadar caj tol yang dikenakan sama dengan LPT1 dari
Kuantan ke Karak sebanyak RM0.12 sen bagi sekilometer bagi kenderaan kelas satu
(kereta).
Malah, Ir Rosli berpendapat, pengenalan tol berkenaan masih
relevan serta tidak membebankan pengguna.
Kita juga bersetuju bahawa LPT2 yang beroperasi di bawah
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu memerlukan kos operasi dan penyenggaraan.
Bagaimanapun ia perlu menyediakan kemudahan lebih lengkap kepada
pengguna seperti perkhidmatan peronda, kawasan rehat dan rawat (R&R) serta
lain-lain kemudahan untuk keselesaan pengguna.
"Saya yakin apabila pengurusan lebuh raya masuk,
tahap keselamatan dan keselesaan R&R akan dapat ditingkatkan dan keputusan
pembayaran tol ini bukanlah tergesa-gesa sebab kita bukannya baru buka LPT2
kepada orang ramai.
"...tetapi dah lebih setahun kita buka dan pembinaan
lebuh raya ini dah makan masa selama 10 tahun dari dahulu hingga
sekarang...kosnya juga telah meningkat berkali ganda," katanya pada sidang
media di Kemaman semalam.
Pertanyaan ialah, sejauh mana kerajaan negeri boleh
menjamin syarikat konsesi mengutip tol itu akan membelanjakan kutipan itu untuk
tujuan operasi dan penyelengaraan?
Kita bimbang ia akan berorientasikan keuntungan.
Contohnya dalam konteks PLUS sendiri, jika bersandarkan kenyataan kewangannya berakhir 31 Disember 2014, jumlah hasil kutipan
tol PLUS adalah sebanyak RM2.61 bilion dan jumlah keuntungan selepas cukai
berjumlah RM8.4 juta.
Tetapi ia hanya membelanjakan hanya 20 peratus sahaja
daripada hasil kutipan untuk tujuan operasi dan penyelenggaraan. Kos menaik
taraf dan membaik pulih pula hanya 15-20 peratus sahaja.
Kemana baki 50 peratus lagi? PLUS gunakan untuk bayaran
balik pinjaman yang dibuat oleh konsesi tersebut.
Selain itu pada masa yang sama, Kerajaan Negeri bagaikan
‘tiada upaya’ atau ‘mengalah terus’ dengan Putrajaya dalam perkara-perkara asas
membabitkan kepentingan hak dan harta rakyat negeri ini.
Kononnya untuk menggantikan jumlah wang kerajaan negeri
yang tertangguh, dicadangkan pembinaan LPT3 dari Gemuruh ke Jertih.
Sehingga kini tiada jawapan konkrit. Apakah ia akan
dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Posit? Percuma atau bertol? Apakah ia
melebihi RM1.8 bilion?
Menteri Besar sejauh ini tidak dapat menjawab dengan
jelas sebaliknya mengatakan ia bergantung ‘kepada kelulusan Kerajaan Pusat yang
bergantung pula kepada keupayaan kewangannya.”.
Kerajaan Negeri Terengganu dikatakan bersandar kuat pada
jawapan ini. Dengan kedudukan kewangan atau pendapatan kerajaan Pusat sekarang
merosot, apa jaminan ia akan dilaksanakan? Tiada janji melalui Rancangan
Malaysia ke berapa dan apa buktinya!
Sebagai penjaga amanah negeri, perjuangan Kerajaan Negeri
mesti diteruskan. Soal dapat atau tidak dapat lain cerita, namun dengan berdiam
diri kerana ‘bimbang terhadap sesuatu’ akan hanya menjejaskan sokongan rakyat
kepada kerajaan.
Kita bimbang isu tol yang diperkenalkan semalam akan
menjadi bahan kempen pembangkang untuk menunjukkan pentadbiran kerajaan negeri
yang lemah dan ‘tunduk setunduknya’ kepada Putraja, walaupun melibatkan nkepentingan
rakyat Terengganu.
Perbelanjaan wang kerajaan negeri oleh Kerajaan Pusat ini
akan menjadi rekod atau sejarah buruk kepada Barisan Nasional (BN) Terengganu
dan akan direkodkan sebagai kelemahan pentadbiran Menteri Besar UMNO sejak 2004
hingga kini.
Perlu diingat bahawa projek yang diluluskan oleh
Kementerian Kewangan pada 15 Julai 2004 sepatutnya dibiayai sepenuhnya oleh
Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR).
BN menang melalui janji seperti ini tetapi selepas menang
dan memerintah, apakah rakyat yang mengundi BN dibebankan pula dengan masalah
‘duit pendahuluan itu tidak dikembalikan’ dan ditambah dengan dikenakan tol?
Namun kerana ‘baik hati’, Kerajaan BN negeri mendahulukan
RM1.8 bilion untuk menjamin ia dilaksanakan sebagai memenuhi janji pilihan
raya.
Adilkah kepada rakyat Terengganu yang memberikan
kepercayaan sedemikian dan kepercayaan itu dibalas dengan keadaan seperti ini?
Pada 8 Mei 2010, Menteri Besar ketika itu, Datuk Ahmad
Said (belum Datuk Seri) mengatakan kerajaan Terengganu kecewa dengan kelewatan serta kemajuan yang
perlahan pembinaan LPT2 diakibatkan oleh masalah kontraktor yang turut
merugikan kerajaan negeri.
Menururnya, pembatalan beberapa kontraktor dan proses menender semula projek
itu pastinya akan memberikan kesan kepada projek berkenaan.
Sebelum itu, pada blog hambali1 dalam analisisnya pada 20
Jun 2009 bertajuk ‘KELEWATAN
LPT2 – AKIBAT KERENAH KONTRAKTOR ‘KRONI’? menyebut bahawa Ahmad Said
menjelaskan, berikutan kegagalan kontraktor berkenaan, LPT2 yang sebelum ini dijadualkan siap pertengahan
2011, dijangka mengalami kelewatan setahun lagi.
Ahmad Said menjelaskan, kontraktor itu menarik diri berikutan harga bitumen, yang merupakan bahan utama bagi kerja-kerja menurap lebuh raya itu, melambung tinggi.
Malah, Ahmad Said benar-benar berang apabila masalah LPT2
yang tidak siap-siap menjadi pertanyaan dan komen sinis pembangkang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Isu ini turut menjadi modal kempen PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Buruk Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (kini Ahli Dewan Undangan Negeri) yang meletakkan kegagalan kepada Barisan Nasional (BN) kerana gagal menyempurnakan projek berkenaan.
Isu ini turut menjadi modal kempen PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 khususnya calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Buruk Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (kini Ahli Dewan Undangan Negeri) yang meletakkan kegagalan kepada Barisan Nasional (BN) kerana gagal menyempurnakan projek berkenaan.
Blog ini dalam laporan 29 Mei 2013 melalui tajuk “LPT2 -Jangan Biarkan Rakyat, Pembangkang Terus Salahkan MB, Kerajaan BN Negeri...” memetik Ahmad Said sebagai berkata: "Dia
nak cabar saya minta keluarkan nama kontraktor yang tidak meneruskan projek itu
kenapa?... dia tahu ke tak, projek LPT II merupakan projek Persekutuan... bukan
di bawah kuasa kerajaan negeri, dia nak cabar tetapi dia pun tak tahu apa-apa.
Ini berkaitan dengan tender kerajaan pusat, apa kena-mengena dengan saya.”
Amat nyata pembangkang sewenang-wenangnya mengaitkan isu isu
LPT2 dengan ‘kelemahan kerajaan BN negeri’ dalam kelewatan dan isu pemilihan
kontraktor itu.
Yang nyata, sekali, mereka sedikit sebanyak mendapat
keuntungan dari segi sokongan dan undi!
Rakyat mungkin
dapat memaafkan kelewatan siapnya projek LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula
dari Jabor hingga ke Kampung Gemuroh, Terengganu yang asalnya dijangkakan siap
pada Jun 2012. Ia hanya dibuka sepenuhnya pada 31 Januari 2015.
Pada Pilihan Raya Umum 2013, isu ini turut dimainkan oleh
pembangkang dan kesan kelewatan dan tuduhan mengatakan projek ini hanya
‘mengkayakan kroni’ (kroni siapa?) sedikit sebanyak ‘umpannya di makan’ oleh
pengundi.
Apalagi kenyataannya ialah telah mengakibatkan kos asal berjumlah RM3.7
bilion meningkat sebanyak 15 peratus kepada RM4.25 bilion. Katanya, ia berikutan berikutan
kenaikan harga barang binaan dan kegagalan beberapa kontraktor menyiapkan pakej
masing-masing.
Malang juga kerana walaupun siap tetapi keadaan kualiti permukaannya
amat tidak menepati standard malah prasarana
tidak lengkap. Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengakui pembinaan LPT2 yang
diuruskan Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah tidak memuaskan.
JKR itu jabatan di bawah Kementerian Kerja Raya, dan ia
milik siapa? Kerajaan neheri turut menerima tempias.
Untuk beberapa ketika rakyat ‘pejam mata’ kerana ia
percuma. Akibatnya? Keadaan tidak selesa untuk pemanduan dan banyak tempat
berbahaya menyebabkan berlakunya 849 kemalangan dengan 36 kematian direkodkan
bagi tempoh Februari hingga November tahun lalu.
Salah pengguna atau keadaan lebuh raya berkenaan?
Berhantu> Macam-macam teori tetapi ia jelas kombinasi banyak faktor.
Tetapi apabila tol dikenakan, rakyat yang tadinya ‘pejam’
kini ‘celik’ dan melihat kepimpinan negeri kini ‘tersangat lemah’ dalam beberapa
perkara khususnya dalam isu tuntutan dikembalikan
‘wang rakyat’ yang dibelanjakan sebanyak RM1.8 bilion serta tiada ‘perkongsian
kerajaan negeri dan kerajaan Pusat’ melalui pendapatan kutipan tol.
Amat nyata, permintaan hak perkongsian konsesi sebanyak
40% kepada Kerajaan Negeri Terengganu sebagai imbal balik daripada kos yang
telah dibelanjakan itu juga gagal diperolehi.
Sudahlah semua pihak, mungkin termasuk Kerajaan Negeri sendiri
meraba-raba mengenai isi kandungan perjanjian konsesi, rakyat juga tidak dapat menilainya
dari segi untung dan rugi terhadap mereka.
Apakah rakyat Terengganu hanya layak menerima apa sahaja
yang dikenakan terhadap mereka?
Nak pakai duit rakyat RM1.8 bilion, pakailah...nak
kenakan tol, kenakanlah, lagipun ia langsung tidak membebankan dan relevan.
Begitu juga dengan kemudahan dan penyelenggaran di LPT2,
ada tidak ada, jangan bising-bising...guna atau memandulah di laluan lain.
Jika berlaku kemalangan, itu salah pemandu dan banyak
hantu.
Tetapi siapa sebenarnya HANTU sejak 2004 hingga kini, dalam isu-isu
membabitkan LPT2 ini?