Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Azan Ismail kata
PAS Terengganu sedang mabuk. Ini dilaporkan melalui Dateline Malaysia, sebuah portal yang rapat dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Mabuk apa ya? Duit atau kuasa?
Kalau mabuk duit, PAS atau pemimpinnya mungkin tengah
banyak duit ke sekarang? (Saya ulangi, mungkin). Kalau benar, dari mana mereka
dapat?
Atau kalau mabuk kuasa, rasanya dengan kedudukan 14
kerusi sekarang di DUN Terenganu ia belum cukup. Tetapi tidak tahulah
kalau PAS Terengganu sudah ada kerusi yang diyakini dimenanginya.
Tidak tahu juga sejauh mana PAS berkeyakinan akan menang jika pilihan raya negeri (PRN) diadakan
dalam tempoh terdekat. Itu kalau ada, kalau tidak ada maknanya PAS akan
kempunan hingga Pilihan Raya Umum akan datang. Lagi lamalah meroyan!!!
Sebelum itu, blog ini mengatakan PAS sedang meroyan mengenai kemungkinan PRN Terengganu akan
diadakan.
Menurut Ketua Penyelidik, Pusat Penyelidikan PAS Pusat
DrFadhli Ghani, berdasarkan situasi politik yang berlaku sekarang, Terengganu
dijangka mengadakan PRN selepas hari raya Aidilfitri
atau Hari Raya Puasa.
Kemungkinan itu adalah berdasarkan keadaan politik negeri
yang dilihat tidak menentu. Beliau menjangka, akan berlaku sekali lagi usul
undi tidak percaya terhadap Menteri Besar pada Sidang Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang akan datang. (Untuk rekod, sidang DUN akan datang akan diadakan pada
Ogos selama sehari dan pada Disember untuk pembentangan Bajet 2017).
“Terengganu lagi
berat………akhir sekali semua kata nasib kerajaan Terengganu ni di tangan PAS .
Razif (Haji Ahmad Razif Abdul Rahman) tahu dia jd Menteri Besar tapi tak boleh
(teruskan) sidang DUN kali ini, “kalau (mungkin) sidang kena usul tidak percaya
pulak…kalau ikut maklumat Terengganu ni akan bubar DUN lepas raya ataupun Najib
cepat-cepat bubar Parlimen sekali,”ujarnya.
Begitu yakin sekali PAS Terengganu mengenai PRK ini dan
keyakinan PAS di DUN Bandar pula berdasarkan kenyataan oleh timbalan pesuruhjaya PAS Terengganu Yahaya Ali, Sabtu lalu bahawa berdasarkan maklumat yang diperoleh
PAS negeri, kerusi DUN Bandar wajar ditandingi oleh parti itu pada pilihan raya
umum (PRU) akan datang.
“Ada (lawatan yang kita buat) dan kita dapat maklumat
dari bilik gerakan, secara peribadinya saya merasakan Dun Bandar sangat patut
diberi kepada PAS,” katanya.
Bagi Azan, sesiapa sahaja boleh bercakap untuk
bertanding, di mana sahaja kerana Terengganu ada 32 kerusi untuk direbut.
Malah dengan mengkhususkan kepada DUN Bandar, bermakna
PAS kini bernar-benar menjauhkan dirinya daripada pakatan pembangkang di negeri
ini dan mahu membuktikan ia layak untuk menjadi pembangkang yang kuat di
Terengganu.
Namun, bagi Azan, PAS Terengganu tidak perlu dilayan. “Usah dilayan orang sedang mabuk dan kemaruk
nak kerusi dan isteri-isteri. Orang tua-tua dah nasihat jangan layan orang gila
nanti jadi gila sama,” tegasnya.
Azan yang juga pengerusi perhubungan PKR Terengganu
membayangkan parti itu akan mempertahankan DUN Bandar dalam PRU akan datang.
Pada PRU 2013, Azan mengalahkan penyandang kerusi DUN
Bandar Datuk Toh Chin Wah dari BN dengan majoriti sebanyak 2,159 undi. Azan
mendapat 9,413 undi manakala Toh mendapat 7,254 undi sekaligus menyaksikan Azan
merupakan satu-satunya calon PKR yang menang di Terengganu.
Sikap mabuk dan meroyan PAS ini lebih menonjol semalam apabila Pesuruhjaya PAS Terengganu mengatakan PAS akan bertanding semua 32 kerusi serta lapan kerusi Parlimen (PAS kini memiliki tiga kerusi iaitu di Dungun, Marang dan Kuala Nerus sementara satu oleh Amanah) sekiranyanya PRN diadakan.
Flip-flop atau klu-klek PAS ini semakin menjadi-jadi
apabila malam kelmarin, Satiful Bahri Mamat pula mengatakan PAS dikatakan sudah membuat persedian bagi menghadapi
samada PRN atau pilihan raya umum akan datang.
“Saya tak kata (ada) pilihan raya kecil, (tapi)
kebarangkalian tu ada, jadi kita sebagai Badan Perhubungan PAS Negeri, kita
buat persediaan lah (menghadapi) apa-apa yang berlaku, “samada pilihanraya
kecil ataupun apa (PRU-14).” tegasnya.
Di nilai daripada cakap-cakap PAS yang menunjukkan
keyakinan tinggi mungkin selain faktor
‘pergelutan dalaman UMNO’, ada kemungkinan sebab-sebab lain di luar ‘pemikiran rakyat’ Terengganu
sama sekali.
Ia bukan kekuatan luar biasa yang dianugerah Allah s.w.t
tetapi mungkin PAS kini ‘berduit’ dengan mungkin sesetengah pemimpinnya
‘kantong yang sudah penuh’.
Persoalannya dari mana mereka mendapat duit atau sumber
kewangan?
Melihat gaya PAS Terengganu menganjurkan majlis dan
aktiviti, ia mengalahkan aktiviti UMNO (tidak dinafikan mereka sebenarnya lebih
aktif menganjurkan program daripada UMNO Terengganu), namun ‘kekuatan luar
biasa’ ini menimbulkan persoalan.
Ini bukan tuduhan. Ini hanya pertanyaan dan persepsi
semata-mata. Jika tidak benar PAS boleh menafikan.
Namun sekiranya ada kebenaran, UMNO jangan berdiam diri.
Kekuatan dan keyakinan luar biasa PAS Terengganu ini
mungkin disumbangkan oleh ‘pihak lawan PAS sendiri’.
Untuk tujuan apa mereka membantu PAS Terengganu?
Apakah mereka sudah berputus asa dengan UMNO dan BN?
Apakah kerana ‘bantuan dan sumbangan’ ini menyebabkan PAS
menyatakan tidak akan ‘menangguk di air yang keruh’ dan ‘melalui pintu
belakang’ apabila ada peluang PAS untuk bentuk kerajaan campuran?
Kenapa PAS tidak berminat untuk berkuasa, menggantikan UMNO dan BN di Terengganu, ketika ini? Ada sebab munasabah?
Kenapa PAS tidak berminat untuk berkuasa, menggantikan UMNO dan BN di Terengganu, ketika ini? Ada sebab munasabah?
Anehnya, jika melalui PRN, PAS Terengganu meroyan dan mahu
langgar semua lawannya, termasuk ‘lawan yang mungkin sedang membantu beberapa
pemimpin PAS’ ketika ini.
Jika sekiranya terdedah dan ada bukti bahawa PAS mendapat
‘sumbangan’ tertentu daripada ‘lawannya’, political
game apa yang sedang berlaku di Terengganu?
No comments:
Post a Comment